Friday, December 30, 2011

PUISI PENUH JIWA~~~~ PEREMPUANKU....

perempuanku..
mengapa kamu diperintahkan menutup kepala?
kerana kamu begitu berharga.
yang nilainya tidak mampu disamakan dengan seberapa banyak harta.
Allah ukir kamu dengan kecantikan yang tiada tolok bandingnya.
kerana itu, kamu dikejar-kejarkan oleh para pemuda.
mereka meracau menginginkan kamu setiap masa.
maka aku rayu dengan menawarkan segala jantung raga.
selubunglah dirimu tanpa tersisa.
kerana engkau ibarat permata yang perlu dijaga.
jangan calar ia melalui darah-darah noda.

pernahkah engkau membaca?
tentang surah yang nyata?
mengatakan perempuan baik hanya diserahkan pada laki-laki yang beriman waja?
tidak adil kamu berkehendak yang sempurna tapi kamu degil untuk memeliharanya.

perempuanku..
agama kita adalah agama yang cukup menjaga.
bukan mengurungmu secara suka-suka.
Allah menyusun hukum kerana Dia saksama.
digalurkan hikmah-hikmah yang mesti kita baca.
bukan dengan minda tapi dengan mata hatimu yang penuh bersedia.

cuba kau lihat antara kaca dan permata,
siapa lebih orang ambil dan suka?
permata kerana ia rapi disingahsana.
dilihat tapi takbisa disentuh rasa.

perempuanku..
mahkotamu adalah HARTA DUNIA!
maruahmu adalah TARUHAN NEGARA!
baik engkau maka baiklah RAKYAT JELATA!
jahat engkau maka punahlah SEMUA MANUSIA!
kerna rahimmu adalah punca SEGALA-GALANYA!

ya Allah..ya Rahman Rahim.
jika aku tidak fikir akan kepentinganku.
akan aku himpunkan semua impianku.
semua doa-doaku.
untuk digalang gantikan kepada semua wanita-wanita yang masih LAMBAT memahami suruhan-MU.

percayalah saudaraku..
jilbab itu adalah tanda megah.
kekuatan ummah.
jangan diremeh apalagi dihina-hina.
berani berubah!aku ada membentengi cemuhan-cemuhan dunia!
masa kita sudah singkat untuk "MENANTI HIDAYAH".
usaha.usaha.usaha!

mari...
aku pimpin tangan.
kita "pulang" yah...sayang...
Rasullulah merindukanmu...

*kesat airmata*


-UMMI~ 

Tuesday, December 27, 2011

CINTA MUKA BUKU

Jika kau cintakan aku
Jumpalah waliku~ :D

Mula2, aku tak suka gila dgn lirik cinta muka buku.. Tapi aku suka dgr melodi lagu yg agak catchy dan rileks.. Lagi bertambah suka apabila dinyanyikan oleh seorang yg agak berbakat.. Bagi aku, lirik dia agak kebudak budakan.. Tapi lirik lagu versi ini.. Aku suka! haha

Thursday, December 22, 2011

The Trending Marriage Proposal



If you read 9gag.com, you'll understand.





Both of them are using the same song.

Kalau aku pun nak proposed mcmnie orait tak? :p
Tapi aku ada imaginasi yg lain~ hehe..

Sunday, December 18, 2011

Panglima Nak Ludah Muka Mahasiswa

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.



 "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."


"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.



Mereka berjuang kerana apa?


Saturday, December 17, 2011

Edisi Sajak..



Atas permintaan, saya akan terangkan setiap maksud rangkap demi rangkap ataupun secara keseluruhan sajak yg ada di edisi sajak~


Ramai yg suka, tapi tak faham maksud. :)

But not today. dalam masa terdekat.. :)

Tuesday, December 6, 2011

Bagaimana Pelangi Terbentuk?

Salam, sepatutnya entry ini patut letak kat science site , tapi rasanya ini pengetahuan asas sahaja. Saje letak disini. Sbb tau dah, ramai yang jarang bukak science site.. Entry ini adalah untuk seseorang yang bertanya bagaimana pelangi terbentuk, tapi penjelasannya secara saintifik. Hehe..

Fenomena ini pertama kali diterangkan oleh Issac Newton, pada tahun 1672, dihadapan "The Philosophical Transactions of the Royal Society".






Dalam fizik optik, fenomena ini dinamakan "dispersion" dan  "refraction" atau dalam bahasa kebangsaan, serakan dan pembiasan. Tahukah anda bahawa warna putih adalah kombinasi daripada 7 warna? Iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu? Ya. Cahaya putih adalah gabungan dari warna-warna tersebut.

Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. Apabila cahaya melalui ketumpatan bahan yang berbeza, ia akan terbias dan berubah arah dalam sudut tertentu bergantung kepada kelajuannya.

Dispersion ataupun serakan adalah fenomena apabila gabungan 7 warna tersebut yg membentuk warna putih dipecahkan mengikut kelajuan tunggal warna tersebut. Contohnya, kelajuan tunggal warna merah, kuning dan sebagainya.

Refraction atau pembiasan adalah fonemena perambatan cahaya mengikut kelajuannya.



Mengikut Snell Laws, nisbah antara sin θ sudut tuju dan sinθ pembiasan adalah bersamaan dingan nisbah laju dalam kedua-dua bahan, dan bersamaan dengan nisbah bertentangan dengan indeks pembiasan masing-masing.


\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1} .

Seperti yang dinyatakan tadi, setiap cahaya mempunyai kelajuan tersendiri, ada yang laju dan ada yang perlahan sedikit dari yang lain.
Apabila warna putih masuk ke medium yang lebih tumpat daripada ruang asalannya. Setiap warna akan berubah arah mengikut kelajuan masing2.. Warna merah akan mempunyai sudut biasan yang rendah kerana mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain, diikuti dengan wrna jingga yang mempunyai kelajuan yang kurang dari warna merah tetapi labih laju dari warna kuning dan yang lain2. Sudut biasan yang paling besar adalah warna ungu kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih rendah.






Apabila ia melalui dinding prism yang kedua, ia akan terbias sekali lagi kerana melalui medium ketumpatan yang berbeza.

Fenomena ini sama seperti kita melihat pelangi apabila selepas hujan.


So, rumusannya adalah, 
- cahaya putih adalah gabungan dari 7 warna.
- setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza.
- kelajuan yang berbeza-beza mempunya sudut pembiasan yang berbeza.
- apabila cahaya putih masuk ke dalam medium yang berbeza ketumpatan, cahaya tunggal tersebut
  akan terserak (dispersion) mengikut halaju cahayanya tersendiri.
- maka fenomena pelangi akan terjadi.



Gud luck for next week..

Saturday, December 3, 2011

Hilter?


Salam permbuka bicara.

Actually kisah nie da lama, aku baru nak komen pasal nie. Bukan apa, ada salah sorang kawan aku post link dgn komen, I love Hitler.

Ini artikelnya,

Tak tahu pemilik asal artikel tersebut, tapi artikel tersebut ada bnyak bukti yg tak sahih dan sgt meragukan. Artikel tersebut ditulis seperti Islam membela Hitler dan Hitler membela islam. Dan secara tak langung membuatkan ramai org Islam berfikir Hitler itu hero org Islam. Bukan apa, Hitler terkenal sebagai antara diktator paling kejam di dunia ini. Tambahan pula fenomena Islam-phobia masih berlaku semenjak peristiwa 9/11. Masyarakat dunia telah menggambarkan bahawa penganut Islam itu adalah pengganas. Jika ramai yang terlampau fanatik dgn artikel tersebut, dan sampai berlaku peperangan di Internet yg hanya jaguh di keyboard, mana tahu isu Hitler ini terkeluar dan org Islam mengagung-agungkan hitler? Boleh nampak apa pandangan org bukan Islam terhadap Islam nanti? Malah ini akan memenangkan org Yahudi itu sendiri.

So apa salahnya kalau kita agungkan dia sebab dia menolong org Islam dgn membunuh org yahudi yg nyata sgt zalim dan musuh Islam sehingga sekarang? Nampak tak apa yang Yahudi buat di Palestin? Iraq? dan negara2 Islam yang lain?


Pernah baca KISAH QOTZMAN PAHLAWAN NERAKA?



Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

 "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.




Aku highlight skali lagi ya..

Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Hitler bukan Islam, dan dia berperang bukan kerana Islam.

So ambil iktibar la ya.

Sunday, November 20, 2011

We supposed to be a best friend. (2)


This should never happen. 



This also should never happen. 







This is what should happen.


video


Come on! We supposed to be best friend!


Credit to
Rivky Pradana Putra, Indonesia
Zuhilmi zahir, Malaysia

We supposed to be a best friend.

Haritu aku tengok cerita How I Met Your Mother season 2 episode11 bertajuk How Lily Stole Christmas  Ada 1 scene buat aku terusik kejap.. hee~ *sengih tunjuk gigi*

Ted: "Yes I owe you and apologies, and I did it already"

Lily: "Why you still mad at me?" 

Ted: "You leave for a three month, and you never give a call. Came on lily, we supposed to be friend!!" 





Nota kaki: Maaf kalau ada sesiapa yang terasa. I'm sorry again.

Monday, November 14, 2011

Homeless Boy Steals Korea's Got Talent show


Sung-bong, 22.. Kami sebaya, tapi dia ada kisah silam yang berlainan. Tapi dia berjaya lebih dari apa yang aku penah ada. Dia dimasukkan ke rumah anak yatim semasa berumur 3 tahun, dan melarikan diri pada umur 5 tahun kerana dipukul oleh orang disana. Dia meneruskan hidup dengan menjual gula2 getah dan air penambah tenaga di jalanan. Dia kadang-kadang tidur di tangga atau di tandas awam. Dia mula menyanyi semasa menjual gula2 getah di kelab malam dan mendengar nyanyian penyanyi disitu dan begitu terpeun. Dia tak pernah ambil mana2 kelas menyanyi dan hanya mendengar nyanyian orang dan berlatih sendiri. Dan akhirnya, dia mendapat tempat ke-2 di Korea's Got Talent. Great story to tell..

Friday, November 4, 2011

Sperma kromosom Y sendiri yang tidak jaguh, salahkan isteri.


Amaran: Kalau rasa entry ini lucah, sila duduk dalam hutan.

Wanita lahir anak perempuan didenda


2011/11/03

Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang 

PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.
Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.
Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan. 

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews. 

“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya. 
Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan. 
“Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya. 

Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu. 

“Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai,” kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu, Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri. 


Selepas diyakinkan kaunselor, pasangan itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi


_________________________________________________________________________________

Tak sangka, masih ada lagi yang berfikir macam tu. Sini aku terangkan bagaimana proses jantina anak terjadi.


Ini adalah DNA.

Mula2 aku nak menunjukkan perbezaan DNA lelaki dan perempuan.

       
  Lelaki                                               Perempuan
    
Nampak tak perbezaan pada susunan kromosom terakhir? Kromosom lelaki akan ada 1 pasangan kromosom yang pendek dan panjang, kromosom perempuan ada 1 pasangan kromoson yg sama panjang.

Sperma dan ovum mempunyai maklumat DNA pemilik masing2. Dari warna rambut sehingga la ke bentuk tulang,  Maka, DNA amat penting untuk menentukan rupa bentuk dan jantina tersebut. Hitam ibu dan bapanya, hitam la anaknya..




Setiap sperma hanya akan mempunyai 1 jenis kromosom yang menentukan jantina.. Iaitu Sperma kromosom X, dan Sperma kromosom Y. Manakala Ovum hanya mempunyai 1 jenis sahaja, Ovum kromosom X.

Bermula apabila suami menjimak isteri dan memberi sperma ke dalam vagina dan berenang ke dalam uterus dan mencari ovum. Semasa proses sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, hanya satu  sperma sahaja yang akan masuk (boleh dua atau lebih, maka fenomena bayi kembar akan berlaku) dan seterusnya proses pertukaran maklumat DNA dan proses pencambahan sel akan berlaku dan membentuk bayi.

serangg!



Jadi, kalau sperma yang berjaya menembusi ovum adalah sperma kromoson X. Pertukaran maklumat antara 2 DNA tersebut akan menghasilkan seorang bayi perempun. Jika sperma yang membawa maklumat kromosom Y berjaya menembusi ovum tersebut, Bayi lelaki akan terhasil.





Nampak? penentuan jantina bayi tersebut, ini semua ditentukan oleh sperma lelaki itu sendiri. Ovum hanya menerima sahaja DNA dari sperma X atau Y yang jaguh.



Setiap orang yang dilahirkan dalam dunia ini adalah jaguh sperma. Korang JUARA!



Nota: Penentuan jantina bayi adalah ditentukan oleh Allah. Aku hanya terangkan bagaimana peroses itu berlaku. By the way, kalau ada budak biologi yang baca.. tolong betulkan apa yang salah.. sebab aku budak fizik.. Last time aku belajar biologi secara formal, masa tingkatan 5. Harap maklum.

Thursday, October 27, 2011

Malam tadi aku bermimpi~


                 Malam tadi aku bermimpi, aku ada sebuah kereta honda civic 2.0 warna putih. Bukan kereta kegemaranku, tapi aku sukakannya.. Sebab itu yg aku ada, aku hargainya dan sayangkannya. Kemana saja semua org akan memuji kereta ku. Aku berbangga, kadang-kadang aku jadi fobia bila org dekat dengan ketetaku. Takut org tu calarkan ke, apa ke. Kalau mereka dekat, aku akan lihat setiap perilaku mereka. 

                 Aku mula memgubah suai keretaku itu, supaya kelihatan makin cantik dan meriah. Aku pasang bumper yang garang dan cantik, aku tukar lampu depan, belakang dan sebagainya. Aku menambah sistem bunyi yang mantap. Makin hari makin sayang aku pada keretaku. Kemana saja mesti aku membawanya dan bermegah dengannya.

                Hari demi hari, tahun berganti tahun. Kereta ku mula meragam, rosak sana dan rosak sini. Tapi aku tak kisah, aku keluar duit dan bergadai untuk membaiki keretaku itu. Dah elok dah, aku bahagia, selang beberapa bulan kemudian, rosak tempat lain pula. Tiada apa-apa, aku masih sayangkan keretaku itu, bnyak berjasa padaku. Malah itu satu-satunya kereta yang aku ada.

                Sampai satu tahap, aku mulai tertekan. Wang simpananku telah habis, malah keretaku mula rosak kembali, duit untuk minyak pun sudah tinggal sikit. Aku mula mengabaikannya sebab aku tidak mampu menanggungnya lagi. Maafkan keretaku, aku tahu kau inginkan proses baik pulih, tapi aku tak mampu. Aku bukan mekanik untuk membaik pulih sendiri

                1 hari, kereta aku hilang. Aku terkejut sangat-sangat. Aku buat laporan polis, dan mencari dengan sedaya upaya. Tapi, apakan daya. Aku hanya aku, berlari-lari mencarimu. Akhirnya aku jumpa kamu. Jauh dari pandangan mataku. Aku ingin kita berjalan bersama, aku jadi mekanik sendiri, aku google segala cara dan setiap apa yang perlu untuk membaikimu.

                Setelah ikut setiap langkah yang ditulis di google. Kamu berjalan kembali, aku gembira sangat. Tapi aku tak sedar, yang aku dah terlebih skru. Aku abaikan sebab kau sudah pulih. Itu yang aku nampak, hakikatnya. Setelah beberapa ratus kilometer. Kau rosak kembali, aku dah buntu. Honda pun sudah mula bising dengan tindakanku membaik pulih sendiri, katanya, "sudah tiada warranty, baik jual saja kereta tu., biar kereta tu jumpa tuan baru." Aku sedih sangat, tapi aku tetap pertahankan kau. Aku tak nak kau hilang lagi.
                Kau makin rosak, aku baik pulih sendiri, makin rosak. Akhirnya, aku mengalah, aku tunggu apa yang berlaku. Keesokan paginya, kau hilang kembali. Aku tak mampu untuk buat apa. Aku biarkan saja engkau. Hari demi hari, aku merinduikan kau. Teringat bagaimana aku mengubahsuai engkau, semasa membeli set kerusi baru untuk kau. Aku bnyak tentukan kau, dan aku berubah seseorang yang berani untuki untuk memandu sebuah kereta mahal, laju, dan cantik.

                1 hari, aku dah tidak tahan, aku mencari kau, dan membaiki semula. Tapi aku tiada kepakaran, dan akhirnya, enjin kau rosak teruk. Aku sangat-sangat rasa bersalah, buntu, tak tau nak buat apa. Alu cuba mintak pertolongan. Tapi mereka semua tidak tahu membaiki enjin tersebut. Akhinya, aku pasrah. Aku da kehilangan kau wahai keretaku. 

                Tapi satu hari yang bodoh, aku membuat persiapan untuk membaiki kau kembali, lama aku tunggu dan kumpul duit dan bahan. Tapi, aku nampak kau berjalan sendiri, aku terus menengking dan memarahi kau. Aku tak sedar bahawa rupanya ada orang mengalihkan kau kerana ingatkan kau sudah tidak bertuan. Ya kau memang sudah tidak bertuan, kenapa aku tidak boleh terima hakikat itu, aku dah buat 1 kesalahan besar. Enjin kau patah di depan mataku kerana aku cuba untuk membaiki buat kali terakhir.

                Maafkan aku, makin aku membaiki, sebenarnya makin aku merosakkanmu, makin aku memaksamu berjalan, makin kau semput untuk berjalan. Tapi apakan daya, nasi dah jadi bubur.. Aku kehilangan kau lagi. Tak mampu nak apa-apa. Mekanik pun tak mampu, kecuali tukar enjin. Kalau tukar enjin kau, kau sudah tiada ingatan padaku lagi. Setiap langkah yang aku lakukan, hanyalah salah satu lagi kesilapan besar. Aku berjalan bersendirian, banyak lagi kereta tak bertuan. Tapi aku masih menoleh engkau. 



*cerita nie adalah kisah benar apa yang aku mimpi malam tadi, dan kisah ini sangat-sangat menusuk hati aku.  Sebab cerita ini adalah METAFORA terhadap kisah aku. Siot je kan mimpi ini?? (sigh!)






Faham kan maksud metafora?


 

Think Out of Box!

Salam, aku tertarik dgn cara steve job, john nash, richard fynman, ibnu sina, ibnu haitam, dan lain2 lagi.. kenapa mereka berjaya? mereka ada usaha dan keazaman yg kuat.. tapi semua tu kene ada matlamat dan cara berikir yg hebat.. kalau tak, mcm menembak tanpa sasaran la.. usaha ada, hasil entah apa-apa.

Di sini, aku nak menunjukkan cara mereka berfikir~



sambungkan 4 titik tersebut dengan hanya menggunakan 3 garisan sahaja.. tapi, dengan syarat,
  1. 1.permulaan garisan adalah akhiri garisan..
    faham? maka, kalau korang start dari titik atas kanan. Di akhir garisan, korang akan sampai di permulaan garisan korang.
  2. Jangan angkat pen/penseltekan.  

cuba sekarang, please jgn scroll ke bawah dulu, try dulu..








.


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
1.2.3. 

4.



Mustahil la.. Mana dapat.. Kalau aku angkat pen boleh?

sebenarnya.. ramai yang terperangkap dalam kotak tersebut.. sedangkan ada bnyak cara ntuk selesaikannya.. cuba fikir balik, luar kotak tu masih bileh buat garisan kan?




see? dapat kan? kenapa nak terperangkap dalam kotak tu je?

percaya tak.. kalau aku kata.. aku boleh buat 1 garisan je nak sambung semua titik tu??


ha? mana boleh~ mustahil la.. eh~ ko main trick ya?

hehe.. watch this..



Tujuan entry nie akan difahami oleh mereka yg berfikir je~ :) sbb nie blog "Blog luahan hati untuk mereka yang berfikir~"

pEREMPUAN bAIK iKUT kAMUS hIDUP kU nGEH..nGEH..nGEH?


Kebanyakannya Cakap Lelaki Baik Tuk PompuanBaik..Tapikan, Camno Yang Dikatakan Pompuan Baik Tu..??? Tu La Aku DukFikir Nih. Adakah Sume Pembaca Membayangkan Pompuan Baik Ni Yang JenisPakai Tudung Labuh Dan Berjubah Semata Mata. Ataupun Yang Lagi HebatCam Zorro Atau Ninja Tu..Nampak Mata Jer…Waa Caaa….


Ish Ish Ish….Kalu Camtu Kesian Ler Kat Pompuan Pompuan Yang Ade NiatSuci Murni Nak Jadi Muslimah Sejati…Ndak Ndak Yang Baru Convert IslamTakkan La Nak Biar Diorang Terkontang Kanting Sorang Sorang..


Bagi Aku Pompuan Yang Baik Ialah Sume Jenis Pompuan Yang Mau Jadik Baik…Tak Kira La Camno Background Idup Dia Sebelum Nih…


Mungkin Pompuan Ni Sorang Pelacur Atau Gro. Dan Mungkin Juga Yang JenisTak Tau Solat Or Memang Tak Pernah Solat. Ada Juga Yang Baru MasukIslam…Dan Langsung Tak Tau Apa Apa Tentang Islam. Kalu Tanya Kat AkuSiapa Dan Bagaimana Ciri2 Wanita Muslimah Idaman Aku.., Sini TerusTerang Aku Cakap Pompuan Camni La Aku Cari Nak Buat Isteri……Huhuhu


Kadang kadang kita mau fikir secara positif skit. Yang jahil agama tumungkin datang dari keluarga yang memang buta agama jenis makan punpakai camca (sudu garfu) sokmo. yang tak pernah tgok mak bapaksembahyang seumur hidupnya. Tak pernah tgok mak bapak baca quran…bacasuratkhabar ade laa.. yang kat umah pun tadak tikar sembahyang kecualikarpet tebal tebal sampai tenggelam kaki…yang dari kecik mak bapak dukbagi pakai pakaian or baju tak cukup budget… dedah sana dedah sinisebab Malaysia ni iklim khatulistiwa panassss tak sesuai pakaian tutuptutup nie nanti peluh busyukkk…


Mungkin pompuan pompuan nie ade sekeliling kita, hidup camtu tapi jauhdi sudut hati mereka nakkan suami yg soleh…. Tapi malu dan anggap diritak layak. Plak tu banyak sangat artikel duk tulis “pompuan baik tuklaki baik” . “siapa la aku nak kan lelaki soleh berjubah dan berserbannih…emmm memang aku tak layak..”mungkin tu keluhan rasa mereka sapeyang tahu kan…
Yang ustaz ustaz ni lak memang duk tackle ustazah ustazah langsungtadak fikir pompuan pompuan this kind of type…ushhh..omputih lakkuikuikui…..apa aarr takpe takpe aku ade..ngeh..ngeh..ngeh..


Tapi Yang Paling Utama Bagi Aku Ialah Pompuan Pompuan Yang Aku SebutKat Atas Tadi Mahu Berubah Jadik Muslimah Sejati….Mau Belajar Dan AmalTutup Aurat Sempurna, Mau Belajar Solat Dan Jaga Solat, Pendek Kata MauBetul Betul Dan Sungguh Sungguh Amal Ajaran Islam Yang Sempurna.


Aku Kat Sini Hanya Berfungsi Sebagai Pembimbing Jer Menjadi Al SebabKebaikan Pada Mereka. Aku Rela Tanpa Paksa…Pehhhh Bunga LakAyat…Huhuhu..Aku Sanggup Korban Kan Diriku Bukan Setakat Satu Kali Tapi4 Kali Pun Sanggup Ku Korban…


Biarla Aku Jadik Suami Pada Bekas Pelacur….Suami Pada Bekas Gro..SuamiPada Kafir Masuk Islam…Suami Pada Bohsia Huhuhu…Asalkan Mereka BetuiBetui Nak Jadik Wanita Muslimah.
Perkahwinan Bukan La Pada Nafsu….Kawin Nie Bagi Aku Bagaimana AgamaDapat Tersebar Melalui Kawin Nie..Aku Pun Bukan Cerdik Sangat PasalAgama Nie..Amalan Pun Besa Besa Ajer Tadak Yang Luar Biasa Tapi HatiIni Tersangat Suka Bila Dapat Mendekatkan Seseorang Pada Allah.


Aku Berjanji Akan Mendidik Pompuan Sebegini Ataupun Dalam BahasaHikmahnya Bakal Bakal Isteriku (Kuikuikui) Menjadik Muslimah SejatiYang Mana Kematian Mereka Akan Dicemburui Dan 8 Pintu Syurga AkanMerebut Rebut Mereka…….Amin.


Tapi kan…..aku sorang jer ker??? Tadak ker laki lain nak bantunih…nanti kalu penuh kotak email aku org nak risik camno….!!! Nanti laaku nak cari lagi kengkawan yg berjubah serban yang baik dan sanggupjadik pembimbing pompuan cam tu…


*emmm gelak gelak jugak tapi aku serius nie… kalu ade pompuan camtu email jer kat aku….akan diusahakan cari tuk dia lelaki soleh.

credit to http://akuhuduh-kedai-iman.blogspot.com/2009/10/perempuan-baik-ikut-kamus-hidup-ku-ngeh.html

Drop Test~


Sesungguhnya mereka sangat kaya untuk mencuba benda2 nie.. haha.. Ni salah satu syarikat insurans nak promo diorang punya bisnes.. Tapi pengorbanan diorang sgt2 berbaloi dan bermanafaat kepada org lain.. Dalam masa 5 hari je, dah ada 6juta viewer. Mesti memberi tamparan hebat pada iphone 4s dan menguntungkan samsung galaxy s2. Watch and see it for yourself










Wednesday, October 19, 2011

New Update!

Hehe.. Mcmni la web idaman aku sejak dulu~ senang nak susun~ :) I'm fall in love with blogspot~ (^_^)



Tuesday, October 11, 2011

Will be update soon~

Photoelectic effect part 2 and so on
Compton Scattering
Pair Production
Quantum mechanical view on particle and waves,
and wave packet


New subject,
Statistical physics,
Analog and Digital Electronic
Statistical Physics

Semua tu dalam draft. tak publish lagi sbb tak complete.

Tuesday, October 4, 2011

Dr. Mahathir dan Tn. Guru Nik Aziz adalah idola aku semenjak dari sekolah menengah~

Tun Dr. Mahathir Mohamad mula aku kagumi semasa belajar sejarah tentang perdana menteri Malaysia. Fikiran beliau jauh ke hadapan, sampai masuk UiTM pun.. ada subjek koko "Pemikiran Mahathir". Beliau tak jatuh walaupun pernah kene pecat, malah menjadi salah seorang lagenda di Malaysia.

Aku pun kagum gila2 kat Tn Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, beliau sugguh humble, dan hidup bersederhana, tgok rumah dia pun mcm bukan rumah menteri besar je.Segala percakapan dan ceramah agama beliau. Sgt2 mendalam, tiap2 susah nak cari pemimpin yg menekankan solat. 





dan













Monday, October 3, 2011

Alamakk~ Buku aku kene air hujan

Masa tu hujan, aku redah je sambil berpayungkan jaket fizik. Jaket tu tak besar mana, so, bahagian bawah beg aku kene la hujan. bila sampai kat kete trus masuk.. Bila sampai kat bengkel abg aku, aku sedar yg bahagian bawah beg aku basah, pastu aku kuarkan smua isi dalam beg.. oh buku quantum aku kne air~ aku risau la, kot2 luntur ke apa.. tapi, terbaik la buku ni.. haha.. tak luntur pun tulisan, so, masih berguna la buku ini..




Short story from me~

Thursday, September 29, 2011

Piezoelectric Touch Screen

Salam smua.. Harini aku nak buat bahagian baru pulak. Pasal smartphone, aku akan khususkan pada bahagian skin sentuh "touch screen". Harini ramai da pakai hp android, iphone, blackberry, galaxy tab, ipad, dan bnyak lagi yang menggunakan applikasi piezoelectric. 


(idaman aku setakat ini)

Ramai yang masih tak tahu, macam mana skin sentuh berfungsi?  Tahu sentuh ada la kan? huhu.. macam aku mula2 dulu.

Ok, kita "back to basic", macamana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat eleketrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?

Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu. Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie menkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880.

Apa itu piezoelektrik?
Piezoelekterik adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik. Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjanakan kuasa elekterik, dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.


Nampak kat atas gambar nie? apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan  elektrik terhadap bahan tersebut.

Apa bahan piezoelektrik nie?
File:Quartz, Tibet.jpg              
            Kristal Quartz                                             
Rochelle salt

ada bnyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.


Aplikasi piezoelektrik.

Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.

 

budak-budak gitar panggil pickup.

Ini demonya




Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh!

skrin sentuh sangat2 popular pada telefon bimbit dan mini tablet. ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.



Aku pun tak sangka, genius sungguh mereka menggukanan aplikasi piezoelektrik, selama aku belajar, apa yang aku nampak hanyalah untuk alat muzik seperti drum elektrik, gitar dan sebagainya. 

Friday, August 26, 2011

Selamat Datang

Sekarang aku dah ada 2 blog.. ekceli.. 1 website dan 1 lagi blog.. huhu.. visit www.muz-1989.webs.com.


Kat sini aku mungkin akan menulis edisi sajak dan pengetahuan sains... supaya tak berserabut dan senang cari.. yg penting sekali.. backup untuk sajak2 aku yg asyik hilang.. =_=

Kat page nie.. sikit jer.. bnyak sajak2 aku dah hilang.. karya 1st.. masa tingkatan 3.. sampai la sekarang.. x henti2 tulis.. so.. korang leh agak kan? bnyak mana.. yg nie.. silit sgt.. sedey gak la.. hilang.. tulis dalam buku.. buku hilang.. tulis kat hp.. hp hilang la.. ader org delete la.. tukar hp.. lupa salin la.. T.T.. ohh.. tulis kat kertas.. simpan dalam fail.. hilang.. yg paling aku terkilan.. sajak2 yg menang pertandingan.. oh... 



Sebenarnya, aku da start blogging sejak tahun 2004 lagi.. semasa tingkatan 2.. time tu x der blog.. ada website.. masa tu buat website pakai web builder.. lama2 belajar cara buat website sendiri. dan akhirnya, aku terlancar la website aku yg pertama.. iaitu www.freewebs.com/muz-1989 .. aku rasa da tak wujud dah website nie.. lama kelamaan.. aku da pandai buat domain sendiri.. so.. aku guna domain free under cjb.net..


www.muz-1989.cjb.net.. Masa penghujung bulan 7 tahun 2004 rasanya.. masa tu megah gila ada website sendiri.. haha.. asal g kem je.. masa exchange biodata.. bagi skali website.. poyo je time tu.. hahaha..


Tapi.. sbb ilmu design web aku nie amatur.. pastu bnyak sgt fancy2 yg aku taruk.. lama2.. jadi sakit mata dan aku pun da jadi pening ngan coding2 smua tu.. da tak tersusun.. mana 1 background, mana 1 glitter pun dah bercampur2..


last2.. tahun 2009.. Aku buat website baru menggunakan web builder kembali.. so.. aku just tulis story.. diorang yg auto-generate website aku..


Yg nie mungkin akan jadi blog ke-2 aku la kot.. Bajet femes je nak ada 2 blog.. haha.. Aku akan cuba aktif 2-2 sekali.. Bye smua.. Salam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...