Sunday, November 20, 2011

We supposed to be a best friend. (2)


This should never happen. 



This also should never happen. 







This is what should happen.


video


Come on! We supposed to be best friend!


Credit to
Rivky Pradana Putra, Indonesia
Zuhilmi zahir, Malaysia

We supposed to be a best friend.

Haritu aku tengok cerita How I Met Your Mother season 2 episode11 bertajuk How Lily Stole Christmas  Ada 1 scene buat aku terusik kejap.. hee~ *sengih tunjuk gigi*

Ted: "Yes I owe you and apologies, and I did it already"

Lily: "Why you still mad at me?" 

Ted: "You leave for a three month, and you never give a call. Came on lily, we supposed to be friend!!" 





Nota kaki: Maaf kalau ada sesiapa yang terasa. I'm sorry again.

Monday, November 14, 2011

Homeless Boy Steals Korea's Got Talent show


Sung-bong, 22.. Kami sebaya, tapi dia ada kisah silam yang berlainan. Tapi dia berjaya lebih dari apa yang aku penah ada. Dia dimasukkan ke rumah anak yatim semasa berumur 3 tahun, dan melarikan diri pada umur 5 tahun kerana dipukul oleh orang disana. Dia meneruskan hidup dengan menjual gula2 getah dan air penambah tenaga di jalanan. Dia kadang-kadang tidur di tangga atau di tandas awam. Dia mula menyanyi semasa menjual gula2 getah di kelab malam dan mendengar nyanyian penyanyi disitu dan begitu terpeun. Dia tak pernah ambil mana2 kelas menyanyi dan hanya mendengar nyanyian orang dan berlatih sendiri. Dan akhirnya, dia mendapat tempat ke-2 di Korea's Got Talent. Great story to tell..

Friday, November 4, 2011

Sperma kromosom Y sendiri yang tidak jaguh, salahkan isteri.


Amaran: Kalau rasa entry ini lucah, sila duduk dalam hutan.

Wanita lahir anak perempuan didenda


2011/11/03

Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang 

PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.
Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.
Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan. 

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews. 

“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya. 
Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan. 
“Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya. 

Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu. 

“Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai,” kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu, Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri. 


Selepas diyakinkan kaunselor, pasangan itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi


_________________________________________________________________________________

Tak sangka, masih ada lagi yang berfikir macam tu. Sini aku terangkan bagaimana proses jantina anak terjadi.


Ini adalah DNA.

Mula2 aku nak menunjukkan perbezaan DNA lelaki dan perempuan.

       
  Lelaki                                               Perempuan
    
Nampak tak perbezaan pada susunan kromosom terakhir? Kromosom lelaki akan ada 1 pasangan kromosom yang pendek dan panjang, kromosom perempuan ada 1 pasangan kromoson yg sama panjang.

Sperma dan ovum mempunyai maklumat DNA pemilik masing2. Dari warna rambut sehingga la ke bentuk tulang,  Maka, DNA amat penting untuk menentukan rupa bentuk dan jantina tersebut. Hitam ibu dan bapanya, hitam la anaknya..




Setiap sperma hanya akan mempunyai 1 jenis kromosom yang menentukan jantina.. Iaitu Sperma kromosom X, dan Sperma kromosom Y. Manakala Ovum hanya mempunyai 1 jenis sahaja, Ovum kromosom X.

Bermula apabila suami menjimak isteri dan memberi sperma ke dalam vagina dan berenang ke dalam uterus dan mencari ovum. Semasa proses sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, hanya satu  sperma sahaja yang akan masuk (boleh dua atau lebih, maka fenomena bayi kembar akan berlaku) dan seterusnya proses pertukaran maklumat DNA dan proses pencambahan sel akan berlaku dan membentuk bayi.

serangg!



Jadi, kalau sperma yang berjaya menembusi ovum adalah sperma kromoson X. Pertukaran maklumat antara 2 DNA tersebut akan menghasilkan seorang bayi perempun. Jika sperma yang membawa maklumat kromosom Y berjaya menembusi ovum tersebut, Bayi lelaki akan terhasil.





Nampak? penentuan jantina bayi tersebut, ini semua ditentukan oleh sperma lelaki itu sendiri. Ovum hanya menerima sahaja DNA dari sperma X atau Y yang jaguh.



Setiap orang yang dilahirkan dalam dunia ini adalah jaguh sperma. Korang JUARA!



Nota: Penentuan jantina bayi adalah ditentukan oleh Allah. Aku hanya terangkan bagaimana peroses itu berlaku. By the way, kalau ada budak biologi yang baca.. tolong betulkan apa yang salah.. sebab aku budak fizik.. Last time aku belajar biologi secara formal, masa tingkatan 5. Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...