Monday, December 17, 2012

Ikhlas

Cerita ni, bukan untuk riak/membangga diri/bajet baik. Cuma nak kongsikan satu peristiwa yang membuatkan aku berubah. Sepatutnya dalam membuat amal kita harus menjadi "tangan kanan menderma, tangan kiri tidak tahu". Selari dengan hadis nabi seperti dibawah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud: “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”

Sumber Rujukan Hadis : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Yayasan Dakwah Islam malaysia

======================================================
Dalam 2 minggu lepas, di talk hilal asyraf di Uitm Shah Alam. Dalam wallet aku, ada sekeping not RM50, 2 keping not RM10, dan 4 keping RM1. Sebelum talk, aku ada beli air mineral RM1. Pada penghujung talk tersebut hilal asyraf ada meminta derma untuk GAZA dan pembinaan semula dewan makan asrama di MATRI.

Nak dijadian cerita, aku bagi la 4 keping not RM1. Kerana itulah yang paling rendah nilainya dalam wallet aku. Lepas beberapa jam selepas tu. Sewaktu hendak membeli minyak hitam murah di UMW (ada sales hujung tahun di UMW shah alam), aku tersedar, duit aku hilang RM50. Fikir-fikir balik baru aku teringat. Yang sebenarnya aku derma RM53, bukan RM4. RM 1 tu aku dah beli air dan terlupa. Sebab not RM50 hampir sama warna dengan RM1.

Masa tu, aku agak tergamam sedikit. Cuba untuk ikhlaskan hati, teringat lawak jozan yang "saya ikhlas RM10 je, yang lain saya tak ikhlas".

Pengajaran aku dapat dari peristiwa itu setelah muhasabah diri dan perkongsian pada rakan.

1. Aku belajar ikhlaskan diri walaupun sebenarnya aku tidak tergerak untuk menyumbang sebanyak tu. (Dah umur 23, tapi masih tak pandai ikhlaskan hati. =_=ll )

2. Aku terasa/tersedar. Selama ni, kalau bab menderma. Pasti aku akan derma nilai paling sedikit di dalam dompet. Sedangkan sales minyak hitam, beli hp, top up, makanan dan lain-lain. Aku tak kisah mengeluarkan duit lebih dari RM50. Terutama bab makanan, aku pernah sekali sekala makan di restoran yang sekali makan mencecah RM60 +- for 2 person. Tapi, bab menderma, agak lokek untuk mengeluarkan RM50 atau jumlah.

3. Aku belajar juga, walaupun berapa banyak jumlah yang diberi, yang paling penting adalah ikhlas.

4. Banyak google kisah-kisah sahabat yang menderma semata-mata untuk jalan Allah. Ada yang memberikan hampir kesemua harta dan tidak takut pada kemiskinan. Jadi, cakap kat diri sendiri, "mengapa perlu takut miskin, sedangkan rezeki Allah ada dimana-mana"

5. Dalam menderma, tidak perlulah kita memberi sehingga menyusahkan diri. Berilah sekadar yang termampu dengan ikhlas hati. Contoh nafkah yang perlu diberi pada isteri kita beri pada orang lain Dan ianya boleh menyumbang kepada pergaduhan/penceraian. Utamakan tanggungjawab anda.

JazakAllah~

Tuesday, December 4, 2012

Hasbunallah wani'mal wakil Ni'mal maula wani'mal nasir

Dalam proses berubah, pasti kita akan sentiasa dilabel poyo, bajet alim, baru kenal islam ke? Yup, ianya disebab sejarah silam kita yang mereka sandarkan. Kehilangan kawan, goyah kedudukan, malah dibenci kerana dianggap menjengkelkan kerana cakap tidak serupa bikin. "Ah budak ni, bajet alim pulak, igt orang tak kenal kau macam mana?", "Eleh, alim keyboard. Takat menulis di keyboard pandai. Takat copy paste status orang shared sana status sini, kira bajet ustaz la nie?" 

Iya, ini harga yang perlu anda bayar kerana kesilapan dan kesalahan yang lalu. Tak mungkin luka parah akan sembuh dalam 1 hari. Ianya akan mengambil masa berhari2 atau berminggu. Malah bertahun bergantung sedalam mana luka tersebut. Tapi harus diingat, walaupun sudah sembuh. Parut itu akan kekal selama-lamanya. Ada parut yang akan sembuh, tapi akan ada parut yang boleh luka kembali. 

Tapi janganlah lemah dan mengalah. Bagi mereka yang betul-betul ingin berubah, jangan mengalah. Ingat zikir ini, "Hasbunallah wani'mal wakil Ni'mal maula wani'mal nasir". Maksudnya "Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik baik pelindung". Yakinlah dengan Allah. Ini cuma ujiannya untuk melihat sama ada kita betul-betul mahu kembali kepadaNYA. Jika dosa sesama manusia. Minta maaf.

Ya.. sangat susah, tapi itulah harga yang perlu dibayar. Mereka bukan Nabi, mahupun Tuhan yang sangat pemaaf. Cukuplah usaha kita untuk meminta maaf. InsyaAllah, segalanya akan ditentukan Allah. Allah melihat usaha kita, bukan hasil kita. Bukan manusia yang menentukan akhirat kita. Ada hadis tentang pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Tapi usahanya untuk bertaubat, dia telah dimasukkan ke dalam syurga.


Dalam proses berubah, insyaAllah. Allah takkan biarkan kita bersendirian. Kita akan bertemu sahabat dunia akhirat yang akan sentiasa mengajak kebaikan. Tapi jangan pula ditinggalkan kawan lama. Kerana ukhwah fillah, abadan abada. Alhamdullillah. Banyak cara kita boleh mencari sahabat akhirat. Melalui usrah, majlis ilmu, masjid, dan tempat-tempat yang sinonim dengan mencari Allah. Dan yang paling indah sekali, Kita akan tahu siapa sahabat dunia akhirat kita. Sahabat yang sentiasa memberi galakan dan bantuan. Sahabat yang menunjukkan kita jalan yang benar dan sentiasa membimbing. Sahabat inilah yang paling berharga. 

Kerana dunia, sahabat paling rapat menjadi musuh,
Kerana akhirat, musuh yang paling dibenci menjadi sahabat.

Perlu diingatkan, tak semestinya kita berkawan dengan yang baik-baik sahaja dan melupakan sahabat yang lain. Mereka tetap kawan. Mana tahu, sebenarnya mereka lebih mulia dari kita ataupun mereka akan berubah dan darjatnya berganda-ganda lebih mulia dari kita. Kerana Allah sahaja yang layak menentukan syurga neraka seseorang. 

Allahurabbi, mohon petunjukmu.

Wednesday, November 21, 2012

Sayang yang paling ikhlas dan istimewa bagiku.


Entri kali ini rentetan membaca kisah sahabat yang mempunyai adik istimewa. http://bidadaribesi09.blogspot.com/2011/11/dia-istimewa.html


Tahun 2006, sewaktu saya bersekolah di luar bandar walaupun duduk di bandar, maka saya selalu ulang alik sorang2 dari raub ke kl apabila cuti.


Nak dijadikan cerita, pada 1 hari saya menaiki bas di ke raub untuk pulang ke asrama. Ada seorang penumpang istimewa bersama keluarganya. Budak itu sentiasa tersenyum sambil menganga dan memandang sekeliling. 

Dia bercakap agak kuat di dalam bas dan bnyak bercakap. Oleh kerana kebiasaan orang naik bas akan senyap kerana masing2 tidak kenal masing2 atau sebab tertentu. Suara dia sentiasa kedengaran dan familynya asyik melayan. 

Oleh kerana ayahnya perasan yang orang lain agak kurang senang dengan perangainya. Kerana ada orang menunjukkan reaksi menyampah kepada mereka. Ayahnya meminta dia diam secara perlahan dan menunjuk isyarat jari di mulut. 

Pada mulanya, budak itu engkar, dan gelak secara kuat. Seluruh bas pandang mereka, dan membunyikan "sshhhhhh". Saya tak tahu apa yg disebut oleh ayahnya. Tapi budak itu membalas sambil menangis. "Aiman mintak maaf, aiman sayang ayah. Aiman diam. Aiman janji tak bising lagi. Aiman mintak maaf. Aiman sayang ayah" . (Namanya bukan aiman, tapi da lupa sbb kisah lama sgt). Berair air mata saya mendengarnya. Ayahnya memeluk budak tu dan mengusap rambutnya. 

Bagi orang lain mungkin tiada apa2. Tapi perkataan sayang yang diluahkannya sangat tulus, sangat suci. Itu yang buat saya berair air mata. Luahan itu tidak menipu, tulus dari hati ke mulut. 

Orang normal boleh mengatakan perasaan sayang secara menipu. Kadang2 ada tujuan yang kita tidak tahu ayng terbuku dihati mereka. Mereka boleh berlakon dan hipokrit, Tapi tidak bagi budak istimewa. Mereka tidak suka meraka zahirkan. Jika mereka suka mereka zahirkan juga. Jika perkataan sayang dan dia memeluk dan mencium seseorang. Perbuatannya adalah sangat ikhlas. 

Itu yang saya selalu tekankan dalam hati ini. Ikhlaskan diri. Kadang2 banyak perbuatan saya buat tak ikhlas kerana terpaksa seperti menjaga hati orang, menzahirkan perasaan dan sebagainya demi kehidupan yang harmoni. Iyalah, kadang2 terlepas juga. Kadang2 kita terpaksa cakap suka, walaupun hati sebenarnya benci.

Cuba bayangkan jika kita seseorang cakap suka tapi akhirnya kita dapat tahu yang dia sebenarnya menipu. Luluh hati bukan? 


Itulah yang saya cuba sampaikan. Mereka sentiasa ikhlas menzahirkan perasaan. Sungguh bertuah mereka yang mendapat kasih sayang paling ikhlas oleh mereka yang sangat istimewa.

Monday, November 19, 2012

Palestin Iktibar Kami.



Medula oblongata kian aktif,
testosterone sebagai vaksin,
trinitrotoluene, uranium menghujani bumi,
radiasi gama dan neutron membasahi GAZA.

Allahurabbi, 

Mereka kuasai teknologi, kuasai ekonomi,
jajahan dikuasi melalui proksi,
berdekad sahaja melalui,
memperolehi kuasa duniawi.

Kita?

Sana sini illuminati,
sana sini cinta duniawi,
perjuangan apa yang kita julangi,
demi akhirat hakiki.

Perpaduan bermula dari solatmu,
luruslah saf tanpa assabiyahmu,
kiriman doa senjata kami,
En Sya Allah, janji Allah itu pasti.

-Musoddiq

Thursday, November 1, 2012

Aku yang berdosa.


Ada seorang ulama' yang memang dalam ilmunya, ramai yang pergi berguru dengannya.
satu hari, dia melihat ada seorang pemuda sering menangis teresak2 seusai solat. tangisannya bukan seperti yang biasa ulama' itu lihat. seolah-olah pemuda itu bakal mati esok dengan dosa bergunung.
hari demi hari, ulama' tersebut melihat hal yang serupa. maka, terdetik dihatinya mahu bertanya, apakah 'rahsia' atau penyebab yang buatkan pemuda itu menangis sedemikian seusai solat.
pemuda tersebut menceritakan bahawa dia pernah berbuat dosa. dia bimbang Allah tidak ampunkannya. dia takut mati dalam keadaan tidak diampunkan.
ulama' tadi pelik kerna sudah ramai orang yang dia lihat pernah lalui titik hitam bertaubat dan menangis tetapi tidak sepertinya yang begitu takut. itulah kali pertama ulama' tersebut melihatnya.
lalu pemuda itu membalas, "kalau tuan mahu merasai apa yang ku rasa, cubalah berbuat dosa sekali. pasti tuan akan lebih kusyuk dariku".
maka pemuda itu berikan pilihan.
1) minum arak.
2) berzina
3) membunuh.
ulama' yang tidak pernah tahu hal itu kerana sentiasa dalam golongan yang terjaga dan biah solehah membuat perkiraan sendiri.
ulama tersebut berkata pada dirinya. "kalau aku berzina, bagaimana jika wanita itu mengandung. pasti berat. Kalau aku membunuh pula, pasti aku pula yang bakal dibunuh. Baik aku minum arak saja, hanya seteguk, tidak perlu banyak".

Maka pemuda tadi membawa ulama' tadi pergi ke pub. Ulama' tersebut minum seteguk arak. dia terus mabuk kerana tidak pernah minum air najis tu. dia memandang wanita cantik dan terus berzina dengannya. ada seorang anak kecil melihat perbuatannya, dia bimbang aibnya terbongkar lalu terus membunuh anak kecil itu.

Orang ramai yang melihat kes pembunuhan tersebut terus menangkap ulama tadi. akhirnya dia diikat dan dihukum bunuh. pemuda tadi datang menghampirinya sambil tersenyum. ulama' tadi minta pemuda tadi membelanya dan membuka ikatannya tersebut.
pemuda tersebut berkata, "boleh, asalkan kamu keluar dari ajaran islam".
tanpa berfikir panjang, ulama tadi setuju dan menganggukan kepala. hatinya sudah beriktikad untuk keluar islam demi mahu menyelamatkan nyawa.
tidak sampai satu minit ulama tadi membuat pengakuan. kepalanya sudah dipancung. pemuda tadi tersenyum puas kerana berjaya meramaikan pengikutnya.
sebenarnya pemuda tadi itu adalah syaitan laknatullah.

moral of the story:
Dosa itu fitrah manusia.
Allah letak kita dalam jahil dan hanyut supaya kita kenal apa itu dosa.
bila hidayah dicampakkan dalam hati, itulah saat paling indah dan sangat menyesal akan dosa lalu.
masakan dikatakan beriman jika tidak pernah diuji.
Berbanding mereka yang lebih terjaga dari dosa.

Kerana itu saya katakan kamu beruntung berada dalam kalangan mereka. kesilapan yang mereka lakukan buat kamu makin dekat dengan Allah. Bukan dalam kalangan kalian kerana hidup saya sentiasa terarah dalam biah solehah

TAPI JANGAN SAJA2 BUAT DOSA, MATI TIADA SIAPA YANG TAHU..


Wahai penulis cerita ini kepadaku. Aku doakan supaya Allah sentiasa menjagamu, jangan sesekali memalingkan mukamu dari jalanNYA. Moga dia mati dalam keredhaanMU yang amat ku dambakan.

Allahurabbi. T_T

Aku yang berdosa.


Hidupku,
Atas nikmatMU,
Atas rezekiMU,
Atas keizinanMU.

Tapi,
Pernahkah ku syukurinya?
Pernakah ku menghargainya?
Pernahkah aku membalasnya?

Aku,
Cuba untuk berubah,
Menggapai seruanMU,
Mengamal sunnah pesuruhMU.

Mutakhir,
Aku hanyut dengan musuhku,
Lemah jiwaku,
Lemah imanku..

Seringkali,
Aku cuba sembahnyang awal waktu,
Aku cuba rajin berpuasa,
Aku cuba menghayati kalamMu..

Hanyalah,
Kekal sehari dua..
Berhenti dipertengahan,
Hanya beberapa juzuk ku kilas..

Ya allah,
Ku tahu pembalasanmu,
Ku tahu azabmu,
Ku tahu kekuasaanmu..

Rayuku,
Berikanlah hidayahmu,
Berikanlah agar terbuka pintu hatiku,
Berikanlah aku kekuatan..

Ya ghafur,
Moga aku peroleh cahaya keimanan,
Moga aku merasa kemanisan iman.
Moga aku tergolong dalam org yg diredhaimu.

Bertapa berdosanya aku..
Aku yg berdosa..
-Musoddiq

Thursday, October 11, 2012

Saturday, October 6, 2012

Bajet 2013 yang tidak relevan.

Assalamualaikum,

Saya bukan pakar ekonomi, mahupun pakar kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan wang. Uruskan duit sendiri pun masih tergapai-gapai. Tapi setakat ini Alhamdulillah.


Tetapi saya disini ingin membangkitkan 2 isu dalam perihal bajet tersebut. Saya sudah membaca hampir keseluruhan 173 bajet yang dibentangkan baru-baru ini, dan saya paling tidak bersetuju dengan fasal 120 bajet 2013.


Dalam fasal 73, bidang RnD hanya diberi bajet sebanyak 600juta dan diberikan kepada 5 universiti terpilih.


Saya amat tidak menyetujui pembaziran sebanyak RM300juta tersebut. Walaupun saya baru 3 bulan dalam bidang RnD disalah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, saya tahu dan mengalami sendiri situasi kekangan wang untuk membuat penyelidikan. Iyalah, baiklah, bidang RnD perlu matang dan berkualiti. Maka pandai-pandailah berjimat bukan? Tapi RM300juta duit telefon pintar adalah sesuatu pembaziran yang hakiki. Dalam masa 2-3 tahun, dalam 1 juta belia tersebut pasti akan menukar telefon pintar tersebut dengan yang lain ataupun rosak. Tetapi dalam pelaburan dalam bidang RnD akan memberikan pulangan lebih dari 300juta dalam masa jangka panjang. Mana satu yang sesuai?

Ada banyak kelengkapan dan prasarana di dalam makmal penyelidikan yang boleh dianggap tidak menepati ISO, dan agak uzur. Banyak juga prosedur yang dilakukan secara manual dan mendedahkan penyelidik kepada ralat paralaks (iaitu kesilapan manusia) yang tinggi. Sedangkan diluar negara atau institusi swasta mereka menggunakan alat yang canggih dan dapat meminimumkan ralat dalam sesuatu eksperimen. Hasil eksperimen sudah tentu lebih tepat dan memberi impak yang besar dalam penyelidikan. RM300 juta itu boleh membantu menyelesaikan masaalah kekangan wang yang dihadapi para penyelidik. Malah boleh diperluaskan di beberapa universiti untuk menjalankan penyelidian. Sudah tentu persaingan dalam bidang penyelidikan semakin berkualiti dan banyak hasil penemuan yang memberansangkan akan di cpai. Bukankah slogan  yang sering diguna pakai "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Saya tidak nampak RM300 itu akan memberi manafaat jangka panjang kepada rakyat, mahupun manafaat dalam pencapaian.

Memang bidang penyelidikan memerlukan kos yang agak tinggi, tapi pulangannya lebih dari apa yang dilaburkan. CERN, MIT, dan beberapa lagi institusi lain membelanjakan dana yang tinggi dalam bidang penyelidikan. Tetapi hasilnya? Mereka mampu memberi pulangan lebih dari apa yang mereka laburkan. Malah memangkinkan penemuan sainsifik yang terhebat dalam abad ini. Terbaru ini, intitusi asing mampu
mengejutkan dunia sains apabila memnemui beberapa bukti yang boleh mengubah sejarah sains seperti penemuan Higgs Boson, neutrino menjelajah melebihi kelajuan cahaya, dan mereka mampu membuat eksperimen big bang yang pernah dianggap mustahil 1 ketika dahulu.

Saya harap perdebatan dewan parlimen mengenai bajet 2013 akan membangkitkan isu ini.

Saturday, September 22, 2012

Kita Patut Ubah: Tentang Mualaf

Assalamualaikum,

Artikel kali ini tiada kena mengena dengan orang yang bergelar mualaf, tapi ditujukan pada masyarakat yang sememangnya yang beragama Islam.

Ramai yang bangga apabila berjaya mengislamkan orang yang bukan Islam. Tapi usahanya sampai disitu sahaja. Maka terkontang-kanting la saudara baru kita yang suci itu. Dan itulah salah satu punca mengapa saudara baru kita pulang ke agama asal. Ya, pahala mengislamkan orang adalah sangat-sangat besar dan dijanjikan syurga.  Sepatutnya selepas anda mengislamkan seseorang, anda pun perlu pastikan kelangsungan dia selepas masuk Islam. Akidahnya, feqahna, dan lain-lain lagi yang perlu dijajar.

Apabila perempuan dahi licin dari kaum lain yang masuk agama Islam. yang lelaki-lelaki ramailah yang berpusu-pusu untuk mengambil dia menjadi isteri. Sehari boleh mencecah 100 atau lebih jika kisahnya di siarkan di laman sosial. Yang mendoakan baguslah, yang terus proposed kahwin tu alahai. Kalau betul-betul lelaki itu ikhlas dan jujur. Lelaki tu perlu tahu, wanita mualaf tu ibarat bayi baru lahir. Semua benda tentang islam perlu diajar. Mengenal alif ba ta, tajwid, fardu ain, rukun iman, rukun islam. Anda kene pastikan dia sembahyang 5 waktu sehari. Jangan anda ingat dia akan ikut kita 100%. Mesti ada sesuatu yang agak berbeza dengan amalan harian yang sebelum ini. Pada masa itu, dakwah penuh hikmah sangat-sangat diperlukan. Anda mampu?

Tapi kalau anda memang berjodoh dengan mualaf. Maka anda memikul tanggungjawab yang lebih besar  dari wanita yang memang asalannya Islam. Jadi, jangan abaikan tanggungjawab anda tu. InsyaAllah, pahala yang dijanjikan Allah adalah sangat besar, dan anda sangat mudah dapat pahala. Secara tidak langsung anda pun boleh mengamalkan apa yang anda belajar. Anda perlu jadi guru fekah, tajwid, usuluddin, dan bidang agama-agama lain yang wajib dipelajari.

Sekarang ini antara 2 sahaja. Anda sanggup atau tidak sanggup untuk menerima tanggungjawab yang besar itu. Ini bagi yang asyik berfikir Selamat berfikir. Wassalam.




nota kaki:
Bagi Mualaf yang membaca, jangan risau. Ada beratus-ratus pertubuhan kerajaan dan NGO yang menjaga kebajikan anda, dan jangan risau tentang jodoh. Semuanya sudah tertulis sejak awal lagi. InsyaAllah, ramai yang sudi nanti. Artikel ini untuk menyedarkan bakal suami/isteri tentang tanggungjawab mereka. 

Monday, September 17, 2012

Dear future and past of me.

Diilhamkan dari video ini.




Dear little past of me,

I know, you dream a lot for me. Yes, thank you for that, because of your dream, I achieved beyond from some of the people think.

Lawak apabila teringat kembali, masa sekolah rendah, aku impikan menjadi saintis angkasa. Tapi, aku menjadi saintis dalam bidang solid state. Tapi aku tetap ahli fizik yang mempunya ilmu dalam bidang angkasa dan meminati nuklear dan radiasi. Jangan risau aku yang masa lalu, aku masih lagi separuh jalan untuk menjadi pensyarah. Peluang itu masih terbuka. Cuma menunggu waktu dan kelayakan sahaja.

Untuk "love story", maaflah, smua yang diimpikan tiada satu pun yang tercapai. Tapi, itu semua tidak penting sekarang. Yang penting impian terbesar kita~ Saintis berjaya! =)


Haha. Ada 4 aspek yang aku selalu impikan semasa aku kecil dahulu.

-Kerjaya
Aku mula impi menjadi saintis ketika aku sekolah rendah, sewaktu itu tidak silap semasa darjah 3. Waktu tu aku menonton "discovery channel" tentang lubang hitam dan angkasa. Aku sangat exited sewaktu itu. Aku impikan untuk menjadi saintis. =)

Keluarga
Aku mula impikan tentang perkahwinan bermula semasa aku berumur 13 tahun. Terlalu cepat bukan? hahaha.. Aku merancang untuk berkahwin sejurus selepas habis ijazah sarjana muda. Habis sahaja belajar terus bekerja dan berkahwin. Sewaktu itu aku impikan berkahwin dengan seseorang yang aku kenal dari sekolah rendah. hahaha.. Lawak sungguh kisah ini. Walaupun bukan dengan dia, tapi rancangan awal untuk berkahwin selepas degree adalah sangat menyimpang. Tapi tidak apa ya aku yang dulu. Ini sekarang tidak penting buat kita buat masa ini.

Rumah/Harta
Aku impikan rumah teres 2 tingkat. InsyaAllah, masih tidak mustahil. Untuk harta yang lain, aku sangat-sangat impikan untuk memandu kereta Lancer GT2.0 (semenjak tahun 2007) . InsyaAllah, tidak mustahil kerana harganya cuma RM120k

Pencapaian
Pencapaian yang aku sangat idamkan sewaktu kecil, Hadiah nobel dalam bidang fizik. Nampak agak terlalu berangan-angan. Tapi tidak salah bukan? Tetapi sekarang ini, ada kebarangkalian besar untuk aku dapat jika aku menceburkan diri dalam budang superkonduktor. InsyaAllah, satu hari nanti.


Setakat ini, impian aku tidaklah mustahil bagiku, cuma pencapaian itu masih lagi dalam peringkat mustahil. Tapi, apa salahnya bukan?


Dear future of me.

Harap anda membaca dalam masa 10 tahun nanti. Waktu itu kau berumur 33 tahun.
4 aspek utama yang lepas untuk kau sempurnakan dan ada sedikit tambahan. Cabaran ni. :D

Pendidikan dan kerjaya
Aku nak kau mendapat PhD sebelum berumur 30!
Aku nak kau menjadi pensyarah!

Keluarga
Yang penting kau kawin dan bertanggungjawab. Tidak kisah bila dan dengan siapa. 1 hari nanti, bawa isteri dan mak kau pergi haji.

Rumah dan harta.
Rumah pula, ikut keadaan semasa la ya. Faham, makin lama harga rumah makin meningkat. Jangan lupa, kereta idaman kita ya. Lancer 2.0GT

Pencapaian
InsyaAllah, kita sama-sama berusaha untuk masa depan kita yang satu lagi untuk mencapainya. Boleh?
Satu lagi, aku nak kau menyumbang sesuatu yang sangat berharga dalam ilmu sains kepada masyarakat demi Islam. Terutama mereka yang tidak mendapat kemudahan yang sempurna.



Qasidah.

Qasidah bermaksud syair.


  



::*TUJOH:*:BINTANG*::Mawla Ya Solli wa sallim da iman abadan
'Ala habi bi ka khayril khal qi kulli himi
Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau limpahkan
kepada kekasihMu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan

O Mawla (Protector),
send prayers and peace always and forever
Upon Your Beloved, the best out of all of Creation
.

Muhammadun Sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami
Muhammad itu adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan jin),
dan ikutan bagi orang Arab dan bukan Arab.

Muhammad is the Sayyid (Master) of the two worlds
and the two groups (men and jinn),
And the Guide of both the Arabs and the non-Arabs.

Huwal habibul ladzi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Dialah Kekasih Allah diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal kebaikan yang dilakukan

Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Tsumma ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami
Kemudian redha daripada Abu Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan

Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
'Ali and 'Uthman the generous one

Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami
Wahai Tuhan ! Perkenankan hajat kami dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan

O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,O Most Munificent One!


Qasida Burdah
Arabic-English-Malay Translation

Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermahzab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.

Syair ini disusun ketika beliau yang jatuh sakit hingga lumpuh.
Beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan Rasulullah sendiri
yang melengkapi syair yang sedang disusun itu. Dengan mukjizat
Rasulullah SAW beliau sembuh dari penyakitnya.




CINTA MASJID Qasidah:Solatun Bissalamil Mubin

Friday, September 7, 2012

Reply to "Untung laa sape jadi cikgu" dan pada cikgu sekalian

Assalamualaikum, 

Entry ini melibatkan profession perguruan yang aku tidak pakar, tetapi aku sentiasa ada dekat dengan mereka sehinggalah umur 23. Aku masih lagi belajar dan terus belajar. Jadi entry ini adalah pandangan warga awam dan juga sebagai murid. Oleh kerana ada unsur copy paste, aku label dengan warna.. warna hijau adalah tulisan ku. Warna biru adalah blogger yg tulis entry kurang enak pada cikgu, dan warna merah adalah tulisan dari bakal cikgu.

Baru-baru ini, kawan aku bakal cikgu ada shared tulisan tangan seseorang yang agak memperlekehkan profession perguruan. Ini antara statement dia. 


Untung laa sape jadi cikgu

assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"
 kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..

Tak perlu letak sumber kat sini, sebab nak lindungi aib dia..Well cik akak engineer.. Ini balasan dari cikgu kepada anda.


answer to the question : life as a teacher?

1. Betul dah cikgu gaji 2K. Tambah-tambah elaun adalah dalam RM 3000. Standardnya mcm tu la. Memang layak la cikgu-cikgu ni dapat gaji sedemikian rupa. Diorang belajar nak dapat ijazah. Jgn la banding dengan operator kilang. Ni namenye perbandingan bodoh atau dalam bahasa baiknya perbandingan orang tak cerdik.

2. Secara hakikinya memang cikgu masuk keja pukul 7.30 keluar pukul 4.30 petang. Tapi! Balik karang kene menanda kertas, buku, buat RPH, buat ABM. pikir disiplin budak. Mesyuarat seminggu sekali kene masuk. Kelas tertinggal kene kejar balik. Meh sini aku nak citer lagi, lepas tuh kene buat analisis kedatangan, analisis subjek, pelajar lemah pelajar bijak. Kalau keje lain ade? Bila nak mengadap anak bini plak? 

3. Cikgu nih keje around the clock. Balik rumah pon pikir lagi apa nak ajar esok. Kalo jadi operator kilang (bukan aku hina, tapi ko pilih perbandingan ni) tak de nye nak pikir bagai. Doktor pon tak de nye pikir. Ko igt time menanda buku budak malam-malam buta tu dapat OT ke? Kalo dokter, datang keje malam dapat OT. Kang cikgu dapat OT kang, lagi ko jaki pulak.

4. Cikgu ada annual leave. Sume orang pon ade. Cikgu ada 12 hari je setaun. Cuti ujung taun tu ko pikir duduk lenggang kaki ke? Mesyuarat jalan, kursus jalan. Belum lagi kene panggil dgn PPD, Jabatan Pelajaran Negeri. Cuti yang 12 hari setaun tu la, nak bawak mak abah sakit pegi klinik, amek anak sekolah asrama, tgk anak kat universiti. Kalau sume boleh plan time cuti ujung taun je senang. “Mak abah, kalau nak sakit tunggu ujung taun ok. Jah sebok”

5. Eleh, ko cerita nak maen blog jual kain bagai. Takkan maen blog pon salah. Tulis entri bukan smpai sehari. Ko pon update blog gak. Cikgu jual kain pon ko nak pertikaikan. Selagi tak ganggu dalam P&P dia dalam kelas, tak salah rasanya. Kitorang ni, nak jawab henpon dalam kelas kalau tengah mengajar pon salah. Tau dak? Kalau rumah terbakar pon, tau-tau dah hangus. Kalau online FB tengah mengajar tuh, jangankan ko, aku pon tak puas ati. Tapi rasenya kalau nak ckap cikgu, orang keje lain pon buat jugak...

6. Pasal cikgu yang bukak pusat tusyen nih, selalunye cikgu nih dah resign dari jadi cikgu. Tapi kalau buat kelas tambahan kat rumah tu ade lah. It upon syarat punye ketat. Ko tau tak? Bukan senang-senang je nak buat tusyen kat rumah tu. Lagi 1, ko pikir senang-senang ke cikgu nih nak ajar ala kadar je dalam kelas? Kalau budak-budak tak dapat skor, sia-sia kene panggil smpai ke peringkat negeri. 

7. Ko pikir cikgu senang-senang nak escape sekolah. Yang kene hantar pegi hospital tu, kalau apa-apa jadi, ko nak tanggungjawab? sesetenga Mak ayah tau, “Cikgu salah! Anak saya trauma! SAMAN!!!”. Sedangkan cikgu tu lah yang selamatkan budak tu jatuh longkang ke. Jangan senang sgt nak bersangka buruk. Orang yang pandai sangat bersangka buruk nih mesti sebab dia pun selalu buat benda buruk. Tak gitu? HAHAHAH~

8. Ok la. Yuran mansuh. PIBG? SUWA? Ko pikir bende tuh nak kumpul sendiri? Lepas tuh, duit peruntukan kerajaan bagi tiap-tiap tahun tuh? Sape yang nak memikirkan? Takkan pak guard ngan tukang kebun plak? Bukan cikgu-cikgu ke? Ceh... suke cakap pakai lutut tau, geram I... rase nak cubit-cubit je perut u. #Dush!

9. Sekarang ni, tak ada dah budak-budak nak masukkan markah. Nak log in web kementerian tuh pon ada macam-macam etikanya. Nak suh budak-budak buat pe? Hanya kerana cikgu ko MINTAK TOLONG dulu yang ko berkira sampai sekarang, tak bermakna semua cikgu sama dan hanya pikir nak senang kerja. Kadang-kadang orang mintak tolong tu bersebab.

Zaman sekarang, budak-budak ‘nakal’nya dah lain macam. Setakat tgk blue tuh, darjah 2 tu standard dah. Bukan semua mak bapak mcm ni, tapi sesetengah tu, semuanya nak salahkan cikgu. Asal jerit sikit, tengking sikit, rotan sikit dah SAMAN je. Ko pikir nak didik budak 1 kelas mcm ne? Alangkan anak 3 org pon kadang-kadang mak ayah pening kepala jaga. Bayangkan sekelas nak jaga. Dapat plak yg macam ko. Sebulan mengajar dah layak pakai tittle arwah.

Jangan senang sangat nak memperlekehkan profession keguruan ni. Apa yang kau ada sekarang ni pon hasil didikan cikgu-cikgu ko. Bersyukur la pada tuhan sikit. Jgn kufur nikmat sgt. HAHAHAHAHA. Kalau nak tau senang susah keja cikgu ni, try la. Aku bg 2 minggu je.... lepas tuh ko sure chow.

Allah memang angkat orang yang menjaga dan memelihara Ilmu. Nabi pon cakap “Jadilah orang yang mengajar ilmu, belajar, pendengar ilmu dan pencinta ilmu. Janganlah jadi golongan kelima. Nescaya celakalah.” Agak-agakla... ko dari golongan 1,2,3,4 ke???????? 5? 

Credit to : Saya Benci Harga Barang Naik.

Well, akak engineer, da nampak sedikit kesusahan profession perguruan? Sekarang ini pandangan aku pula untuk komen. Pandangan daripada seorang murid.


Tidak dinafikan maybe dia tujukan pada segelintir sahaja, bukan pada semua guru. Ada benar kata-kata balasan dari guru, dan ada benar tulisan bolgger tersebut. Tapi tak perlu dia pandang yg segilintir dan menganggap semua cikgu adalah sama seperti tulisannya.
Sejujurnya blogger tersebut ada menulis.



"aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru."



Ada benarnya kenyataan tersebut.

Zaman sekarang, nakal pelajar tidak seperti dulu. Kalau anda hadapai sendiri memang rasa nak sepak masuk longkang.  Tapi kalau anda sepak, "see you in court je la"



Cikgu A: Honestly, aku sendiri pernah kena sepak dalam kelas sebab tidak datang ke kelas, pada mulanya ada perasaan benci dalam diriku kepada guru tersebut. Beliau juga dia juga di anggap cikgu paling tidak disukai oleh pejajar kerana dianggap sewenang-wenangnya merotan pelajar yang membuat kesalahan. Macam-macam gelaran teruk beliau dapat dan beliau mengetahuinya. Kalau saya sebagai manusia biasa pun mungin akan terlemah sedikt dengan gelaran-gelaran tersebut. Apabila meningkat usia, dialah antara heroku. Patutlah dia langsung tidak endah apa pandangan orang lain padanya, kerana dia tahu. Satu hari nanti pelajar tersebut akan sedar perbuatan dan kata-katanya. Mulianya beliau.



Cikgu B: Aku pernah jumpa cikgu yang selalu tidak datang ke kelas, dan bila membuat kelas ganti. Dia ajar sekali jalan dan terus dalam 1 hari habis 2-3 bab. Semasa dia manjaga peperiksaan (tidak ingat hanyalah ujian atau peperiksaan akhir tahun atau pertengahan tahun. Yang pasti memang ia memberi kesan yang besar dalam pemarkahan keseluruhan), semasa pelajar tersebut menjawab peperiksaan, testimoni pelajar kelas dia sendiri menyatakan ayat lebih kurang begini. "saya keluar sekejap pergi kantin, awak semua jawab exam baik-baik dan jangan meniru" dan dia meninggalkan tanpa pengawasan sepanjang peperiksaan dan hanya pulang apabila hampir habis waktu menjawab. Pada masa itu, apa lagi, yang betul-betul jujur sahaja yang tidak meniru. dialah hero para pelajar. Semua pelajar sayang dia. Tapi benarnya dialah penghancur masa depan pelajar-pelajarnya.. Iya, memang peperiksaan bukan 100%, tapi yang paling penting adalah mempersiapkan pelajar tersebut dalam kehidupan yang akan datang. 

Kedua-dua tersebut adalah contoh cikgu yang pernah ada dalam memori aku. Iya, terdapat juga cikgu yang bukan cikgu wujud. Tapi ramai lagi cikgu yang betul-betul cikgu wujud.

Aku teringat guru besar aku semasa darjah 2-6 dahulu. Masa tahun 2001, beliau buat tusyen secara percuma untuk murid-murid yang bakal mengambil peperiksaan upsr tiap-tiap sabtu dan ahad. Buku-buku latihan beliau jual dengan harga murah. Boleh hutang dulu, bayar ansur-ansur. Yang laun beliau pakai duit beliau sendiri. Walaupun kedatangan pelajar agak tidak memberansagkan, beliau tetap buat tiap-tiap minggu. Rasanya calon upsr pada waktu itu rasanya lebih 100+, tapi kedatangan hanya 15+. Beliau tenang sahaja. Yang menariknya beliau mengajar smua subjek. Ckgu Pn Salmah Osman. She was a hero to me. Dalam masa beberapa bulan tusyen percuma dengan beliau. Aku dari tidak tersenarai langsung sebagai pelajar harapan ntuk dapat 3A, aku dapat 4A upsr, mengejutkan guru-guru yang pernah mengajarku. Walhal, aku ada rekod kedatangan terburuk di sekolah sebab sakit. Sewaktu keputusan keluar, beliau datang peluk mak aku. Sedangkan dalam fikiran mak aku hanyalah untuk mencium tangannya. Beliau ada kat pintu dewan setiap kali sebelum waktu peperiksaan. Seorang-demi sorang beliau lihat sewaktu hendak masuk dewan exam. Jadi memang tidak hairan beliau dapat anugerah guru cemerlang. Anak-anak dia pun ramai yang berjaya. Jika tidak silap aku, beliau duduk di london bersama dengan anaknya.


Wahai para guru dan bakal guru, kalau mmg anda sudah tanamkan diri betul-betul nak jadi cikgu A. Anda tidak perlu terngadah sangat dengan statement dia. InsyaAllah, anda akan jmpe kenyataan lagi teruk dari apa ayng dia tulus dia tulis. Terutama dari masyarakat yang sangat manjakan anak dan meletakkan pemikiran jauh ke bawah dari anaknya. Memang tidak dinafikan, memang wujud cikgu yang seperti blogger itu tulis.. Tapi dia lupa cikgu A masih ramai yang wujud. By the way, kenyatan dia itu cabaran untuk para guru sekalian buktikan yang kamu semua bukan apa seperti yang dia tulis.

Ya, aku tahu. Tugas guru adalah sukar, masalah disiplin dan perangai budak zaman sekarang adalah sangat naik hantu dan boleh resign kalau orang biasa yang tidak terlatih ambil tugas guru. Tapi, begitu juga dengan kerja-kerja yang lain ada didunia ini. Masing-masing ada kepakaran masing-masing.

Dari blog Aiman Azlan.


Guru Kita Tak (Dapat) Buat Kerja


Saya banyak bersembang dengan guru-guru, termasuk juga pensyarah-pensyarah universiti. Ajaib, masalah yang mereka hadapi hampir sama. Mungkin kerana meraka di bawah sistem yang sama. Selama ini saya lalui kehidupan saya di alam persekolahan tanpa menyedari hakikat ini. Kini setelah saya bersembang dengan mereka heart to heart, barulah saya tahu.

This is another side of the coin that we need to consider. 

Pentadbiran: Okeh cikgu semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun ni.

Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam pace yang sederhana. Pelan ni memang nice.

Pentadbiran: Great! Kami ada satu pengumuman: sekarang kita ada satu acara untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir.

Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran forward skit la ye. Takpe-takpe.

Pentadbiran: Ha, bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar yang kita akan buat nanti. Suma pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati skit kepada yang hadir.

Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk keep up dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju skit gak ni.

Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada VIP yang nak melawat kita. Dia nak tengokprogress kita camna.

VIP datang.

VIP: Hmm…belum menepati standard.

VIP balik.

Pentadbiran: Selepas lawatan VIP, dia tekankan kepada kita supaya kita up kita punyaperformance. Kita ketinggalan skit dengan silibus kita. Keje umah pun tak cukup.

Cikgu: Baiklah. Kami akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyakhomework. Kami akan ajar lagi laju.

Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan anda, sekarang ni dah bulan September so harap-harap silibus kita akan dapat dihabiskan by the end of this month. Apa progress kita sekarang?

Cikgu: Umm...kami baru cover 20% silibus.

Pentadbiran: Say what?! Belum cukup bagus ni. Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi lagi.

Cikgu angguk sahaja.

Cikgu: Kalau macam tu, kami akan go turbo. Kami akan banyakkan keje umah dan kelas tambahan.

Meanwhile dalam kelas…

Cikgu: Tolong buat latihan daripada bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.

Pelajar: Cikgu, banyaknya keje! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni.

Meanwhile dalam pejabat guru…

Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keje umah ni?! Kesian anak saya.

Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan silibus. Sudah kesuntukan masa.

Ibu Bapa: Macam mana boleh tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran kot?

Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami, kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh tu.

Final exam menghampiri.

Pentadbiran: Hello cikgu semua, kita ada acara besar coming up. Suma pelajar wajib hadir ye. Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk habiskan silibus ek?

Cikgu: ...

Cikgu, saya sayangkan cikgu. Tidak perlu saya tunggu 16 Mei untuk saya ungkapkan kata-kata itu. Saya bersedih dengan kesusahan yang cikgu lalui. Saya lebih menghargai cikgu selepas mengetahui hal ini.

Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil, luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang sebenar.

I wish I saw this side of the coin sooner.
http://www.aimanazlan.com/2012/09/guru-kita-tak-dapat-buat-kerja.html

Monday, August 27, 2012

Wanita Malaysia antara paling tak setia?


MALAYSIAN women often cheat on their mates, according to a survey that listed them among the most unfaithful lovers in the world.
Some 39% of Malaysian women confessed that they cheated on their partners in the poll which covered 29,000 women in 36 countries,Kosmo! Ahad reported.
The Malaysian women came third behind Ghana (62%) and Thailand (59%) in the worldwide survey carried out by condom producer Durex.
In fourth and fifth place were Russia (33%) and Singapore (19%) respectively.
Among couples cheating on each other, Malaysia trailed behind South Korea and chart-topper Thailand.
The same survey placed men from Singapore and Hong Kong as being the most promiscuous in Asia, with an average of 16 bed partners in their lifetime.
Malaysian men, the survey revealed, have sexual relations with an average of three women on a casual basis.

- The Star (August 27 2012)

Bagi aku, antara punca utama seseorang itu curang adalah kerana mempunyai kuasa memilih.

Contoh situasi:

Perempuan itu sudah berpunya dan couple dengan lelaki A. Tapi pada masa yg sama, lelaki B, C, D, E pun proposed dia. Dia masih setia dengan lelaki A sebab dia sayangkan lelaki A. Tapi, laut mana yang tak bergelora. Apabila dia bergaduh atau tidak puas hati dengan lelaki A, sudah tentu dia perlu tempat mengadu. Ada antara mereka akan mencari kawan baik (tak kira la lelaki ke perempuan). Dan ramai yg dalam mindset diorang, tinggalkan je la lelaki A nie, sbb lelaki B, C, D n E ada.

Lelaki itu ada isteri, tapi isterinya sudah tidak menarik dan buat beliau tawar hati. Lepas tu, ada pula golongan perempuan yg memang tertarik dgn suami org disebabkan kematangannya. Dari segi layanan sehingga la seksual kerana berpengalaman dari orang muda yg gopoh dan berdarah muda. Maka apabila si suami itu berjumpa dgn golongan itu. Tidak mustahil dia akan kahwin lagi 1.

Situasi di berlainan tapi faktor yang lebih kurang. Ada kuasa memilih.


Remember ada survey dari majalah mana ntah, yang menyatakan lelaki gemuk adalah golongan lelak paling setia. KERANA dia tak de kuasa memilih. Yang sudi terima dia. yg 1 tu je lah. Sebab itu dia setia pada yang 1. Cuba bayangkan ada 5 lagi wanita yg cantik-cantik dan baik2 pun menunggu dia. Tak mustahil dia pun akan curang.


Bedasarkan survey di atas, perempuan mengorat lelaki adalah tidak diterima oleh masyarakat Malaysia yang dipengaruhi oleh kaum melayu sehingga wujudnya pepatah "perigi cari timba". Bagi mereka perempuan yang memulakan dahulu ada tidak boleh diterima adat, kerana perempuan melayu sepatutnya menunduk malu dan sentiasa bersopan santun. Jika mencari lelak dia akan anggap gatal, dan kadang-kadang dilabel perempuan murahan.

*Sedangkan dalam islam, tidak salah langsung jika wanita yang meminang lelaki. Tapi haruslah berlandaskan syariat.

Maka di Malaysia, lelaki yang gentleman adalah mereka yg memulakan dahulu. Jadi kuasa memilih bagi lelaki adalah terhad. Malah ada yg pernah ditolak beberapa kali dan mula takut untuk mencuba lagi pada orang lain. Maka menjadikan kuasa memilih dia jadi terhad, dan kadang2 amik masa yang lama untuk mendapat sesorang.

Berbeza pula bagi perempuan, dia hanya perlu menunggu org proposed. Bak kata masyarakat malaysia. Perempuan duduk rumah je tunggu orang meminang. Lelaki pula akan disuruh, bila nak meminang??

Berbeza pula di negara lain. Mereka tidak kisah jika perempuan itu yang memulakan, sebab first come first serve bukan? Mahupun mentaliti mereka yang ada "free will" dan konsep sama rata antara lelaki. Jika lelaki boleh buat kenapa mereka tidak boleh?

Konsep tersebut ada baik da buruknya. Tapi kita ambil sahaja yang baik, tinggalkan yang buruk.

Maka disini, lelaki di tempat mereka juga mempunya kuasa memilih yang besar, sebab antara inilah lelaki juga dilabel tidak setia. Mereka juga mempunyai kuasa memilih sepertimana perempuan.

Jadi di sini, perempuan Malaysia ada kuasa memilih yang sangat besar. So, apabila lelaki itu sudah tidak berkenan dihatinya, maka dia akan memilih yang baru. Maka inilah salah satu faktor mengatakan wanita malaysia antara paling tak setia oleh akhbar the star.

Bagi aku, sesiapa sahaja yang ada kuasa memilih, tak kira lelaki atau perempuan pasti akan curang. Sebab dia diberi pilihan. Tapi ada juga yang memang setia walaupun ada kuasa memilih.

Wallahua'lam~

Saturday, August 4, 2012

We are so weak!

"Islam encorages science? Tell me more about scientific research in islamic countries..
Let's be honest: in islam, science is reading quran and learning sharia. Islam sees itself as science. That's why the religious people in islamic world are called "oulama" or scholars. So please, get your facts straight. It's been centuries and centuries since last time when muslims discoverd something."

One of the non-muslim said this. Come on Muslims, we are so weak right now.

Friday, August 3, 2012

Awak, macam mana cinta kerana Allah?

Ramadhan yang ke 13, diwaktu aku tengah tunggu azan maghrib. Aku bukak la TV al-Hijrah, waktu itu cerita bazaar al-Mubarak ditayangkan.. Dari segi lakonan dia, mmg bagi aku agak hampeh la, dengan sketsa dan lawak jenaka yg tak berapa nak best. Tapi aku perasan ada unsur2 nasihat yang berguna. Maka aku teruskan lah tegok cerita ni. Tiba-tiba ada satu dialog yang terkesan buat aku,

Macam mana kita nak tahu yang kita mencintai zarah itu kerana Allah?


"Apa bila kita mencintainya, zarah itu makin mencintai Allah, dan keinginan kita akan bertambah untuk membawa zarah tersebut ke jalan Allah.
Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:


«مَنْ أَعْطَى ِللهِ وَمَنَعَ ِللهِ وَأَحَبَّ ِللهِ وَأَبْغَضَ ِللهِ وَأَنْكَحَ ِللهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ»


Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim)."



Hush2~ MasyaAllah, aku pernah memiliki perasaan ini. Ya, aku tahu. Aku hamba yang lemah. Kadang2 perasaan ini hilang. Dan di campuri oleh nafsu.. T_T . Ya Allah.. hurm..

Tapi kini, insyaAllah. Aku akan tanamkan hati kerana aku dah tahu bagaimana kita mencintai kerana Allah. 

 One of my friend ask me. Siapa Allah? Then berjela2 jugak la aku jawab berdasarkan rasa hati dan pengalaman aku. End of the conversation. Aku faham soalan dia.. 

Bila sebut pasal cinta, biasanya bila kita nak bercinta, mesti kita kenal org atau benda yang kita nak cinta betul? So, adakah kita betul-betul cintai Allah? Siapa Allah yang kita pong pang pong pang cakap mencintaiiNYA?

Tapi pastikan ada mencari guru yang betul semasa mengenal Allah.. kalau silap guru, nnti takut2 korang g serang kementerian pakai parang lak~ huhu.

Firkirkan lah~ lagipun ini pun blog untuk berfikir betul? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...