Sunday, June 29, 2014

Khilaf di bulan Ramadhan.

Betul ke puasa niat sebulan terus tak sah? Sebab mazhab imam Syafie mewajibkan niat puasa tiap-tiap hari.

jawapan:

Sebenarnya sah.

Niat kedua-dua itu diterima dari segi syarak. Niat puasa sebulan adalah bersandarkan mazhab maliki. Tapi pada permulaan malam 1 ramadhan, diniatkan puasa 1 bulan sebagaimana mazhab maliki. Manakala setiap malam sebelum bermula hari puasa, kita niat untuk sehari seperti mazhab Syafie. Supaya jika kita terlupa untuk niat sehari, tapi diganti dengan niat puasa sebulan untuk meraikan khilaf.

- Ustaz Azrul Ismail, Editor Syariah Telaga Biru. (di Ikim.fm, 26/6/2013)



*****************************************************

Puasa tapi tidak solat.

Sah tak puasa orang yang tidak solat?

Sah, yang tidak sah adalah orang bukan islam yang berpuasa. Kerana syarat sah puasa yang pertama sekali adalah Islam. Tiada termaktub syarat sah puasa kena sambahyang.

Cuma orang puasa tapi tidak sembahyang puasanya tidak kemana-mana kerana amalan yang mula-mula perlu ada adalah (tiang) agama. Kerana Rasullullah bersabda "Solat adalah tiang agama." (Hadis hasan diriwayat oleh Abu Nu'aim). Hendak buat rumah perlu ada tiang. Maka puasanya adalah rijab (dinding). Maka lantainya adalah zakat, dan atapnya adalah haji bak kata ulama'.

Jadi kalau tak ada tiang, tidak dihitung yang lain. Kerana mula-mula dalam kubur amalan yang ditanya adalah sembahyang. Kalau sembahyang itu ada, baru amalan lain diterima dan dihitung.

Dari segi feqah orang tidak sembahyang tapi puasa adalah sah.

Tapi jangan pula kita melawan hukum Allah dengan tidak berpuasa, kerana ianya menjadi rukun Islam. Samseng macammanapun kita, puasalah. Kerana yang bagi azab adalah Allah. Nanti jenuh nak ganti puasa bila sudah bertaubat.
 

- Diolah dari Ceramah Ustaz Idrus,

Saturday, June 28, 2014

Menyelongkar Falsafah Filem X-Men

http://spinoff.comicbookresources.com/wp-content/uploads/2014/05/x_men_days_of_future_past_banner-wide.jpg



Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi

Filem X-Men merupakan sebagai sebuah filem yang menarik; dimana filem ini banyak mengambarkan dimensi kehidupan sebenar didalamnya. Perbincangan seperti diskriminasi, rasis, ketidakstabilan politik dan bahaya bertindak ekstrimis adalah tema utama yang terdapat di dalam filem berkenaan.

Watak-watak yang terdapat di dalam filem X-Men mengalami krisis identiti, inferioriti kompleks, rasa bersalah dan malu untuk berhadapan dengan manusia. Akibat daripada itu, wujudnya dua kumpulan mutan yang utama iaitu daripada Xavier atau Professor X dan Eric atau Magnetto dalam merancakkan lagi plot francais filem ini.

Nilai estetika yang terdapat dalam filem ini adalah wujud dalam lingkungan sosial yang mencakup pelbagai suara rasa, pemikiran, abstrak yang mengambarkan khalayak itu sendiri, malahan tidak salah jikalau filem tersebut adalah cerminan masyarakat kita. Masyarakat yang wujud nilai perkauman, tidak boleh menerima perbezaan dan menggunakan kekerasan untuk menguruskan perbezaan. Falsafah inilah yang telah tercipta di dalam filem X-Men ini.

Antara Professor X dan Magnetto dengan Martin Luther King dan Malcolm X

Jika di selongkar filem ini secara mendalam, wujudnya dua kumpulan dominan dengan cara perjuangannya tersendiri. Kedua kumpulan ini mempunyai satu perjuangan yang sama iaitu untuk diterima oleh manusia tanpa ada rasa takut tetapi perjuangan mereka melalui cara yang agak berbeza.

Professor X memperjuangkan hak mereka secara diplomasi dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, berbincang dan menghormati manusia, manakala Magnetto memperjuangkan hak mereka secara kekerasan, keganasan dan ugutan.

Pola perjuangan Professor X yang bersifat toleran ini dianggap ada punyai mirip seperti tokoh hak asasi manusia Amerika, Martin Luther King Jr; manakala pola perjuangan Magnetto yang bersifat konfront punyai mirip yang sama seperti Malcolm X. Kedua Luther dan Malcolm X punyai perjuangan yang sama iaitu membebaskan kaum kulit hitam dari segala diskriminasi di Amerika pada setengah abad yang lalu.

Antara Professor X dan Martin Luther King, keduanya merupakan pemimpin yang percayakan bahawa mereka boleh meneruskan perjuangan mereka dengan cara diplomasi. Mereka percaya bagawa pendekatan yang tidak bersifat keganasan dapat menyempurnakan misi mereka. Integrasi dalam menangani perbedaan dan hidup dalam keadaan harmoni adalah jalan yang terbaik menurut mereka.

Magnetto tidak melihat cara yang dilakukan oleh Professor X akan berkesan. Baginya, dengan cara konfront dan keganasan dengan menggunakan kelebihan yang ada padanya boleh menyempurkan misi perjuangan ini. Gaya mirip aktivis sivil hak asasi manusia Amerika, Malcolm X yang memperjuangkan hak kaum Negro dengan menggunakan jalan yang agak keras. Dengan demonstrasi dan keganasan sahaja mampu menjadikan kaum Negro tidak ditindas.

Kedua-dua orang Martin Luther King dan Malcolm X mengalami nasib yang sama, menerima butir peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat kehidupan mereka. Bagaimanapun, nasib mereka setelah meninggal dunia agak berbeza dimana Martin Luther King diberi reputasi yang agak tinggi oleh sejarah. Layanan mereka mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan mereka.

Begitulah penonton menilai nasib kedua-dua mutan Professor X dan Magnetto, dimana penonton lebih gemar memberi kredit kepada Professor X berbanding Magnetto. Kredit ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan mereka, dimana Professor X menggunakan cara aman, sementara Magnetto mengangguk kepada keganasan.

Realiti Di Malaysia

Di Malaysia, drama atau filem kita secara umumnya berdepan dengan krisis seni dan intelektual. Ironinya, industri perfileman kita dihidangkan dengan kuantiti, bukannya kualiti. Krisis ini disuburkan lagi oleh sebahagian masyarakat yang kemarau idea dan kebanjiran idola.

Hal inilah yang membentuk masyarakat kita yang berfikiran paradoks. Krisis yang berlaku di Malaysia bukanlah permasalahan segregasi antara manusia dan mutan, tetapi kita berhadapan dengan isu segregasi kaum dan agama; di mana kaum bumiputera berhak mendapat hak yang lebih daripada kaum lain, sementara kaum lain diugut dan dinggap sebagai 'pendatang' yang menganggu kaum lain.

Krisis perkauman di Malaysia berlaku sejak sekian lama. Wujudnya NGO yang berjuang diatas nama kaum dan agama merancakkan lagi krisis perpaduan kaum ini. Sifat dogmatik segelintir pemimpin NGO yang berkeras memperjuangkan pandangan peribadi mereka tanpa menghiraukan kepada realiti dan pandangan orang lain.

NGO-NGO ini seharusnya menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam suasana pluraliti kaum di Malaysia. Tidak seharusnya pluraliti kaum di negara ini dianggap sebagai oxymoron. Ungkapan yang dianggap maksud yang sebaliknya. Perjuangan hak kaum dan kebebasan seharusnya disuarakan dengan nada yang lebih lembut dan berhemat bagi mengelakkan provokatif dan menyinggung perasaan kaum lain.

Mereka tidak perlu mengambil langkah memperjuangkan agama dan kaum seperti cara Magnetto; dengan menimbulkan banyak kenyataan yang agak menghina dan bersifat provokatif terhadap kaum lain di Malaysia. Mereka perlu kembali kepada hakikat sebenar kehidupan di negara ini.

Secara tuntasnya, filem ini membawa kita kepada perbicaraan antropomorfisme. Antropomorfisme adalah atribusi karakter manusia kepada makhluk selain manusia. Professor X dan Magnetto adalah perumpamaan kepada kaum minoriti yang mengalami kepupusan dan tertindas; menginginkan survival kaum dan bangsanya agar boleh diterima oleh masyarakat yang lain. Cuma melalui cara perjuangan berbeza.

*penulis merupakan exco penerangan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PERKEPIS)

My Ambition

http://economydecoded.com/wp-content/uploads/2014/02/TeamLogoHandler.jpg




What do you want to be when you grow up.

A hero!

There are no such thing. Look at the reality. The costume guy nowaday either going to jail because of crime or mental hospital.

No, they existed, and they don't need any costume or theme song. They are "The Unsung Hero!!"





 -The Unsung Hero mean: A person who makes a substantive yet unrecognized contribution; a person whose bravery is unknown or unacknowledged.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...