Wednesday, August 5, 2015

Buku Rare dari Dubook.

Salam. Saya ada menjual buku seperti judul di bawah. 




Alif Lam Lam Ha - Kru UTAM - RM 20
*Tidak termasuk pos

Bagaimana Anyss naik ke langit - Faisal Tehrani - RM18
*Tidak termasuk pos

Cursing Malay - Mantot - RM20
*Tidak termasuk pos

Prognosis - Dr Jacknaim - RM25 
*Tidak termasuk pos

Aku kafir, kau siapa - Ooi Kok Hin - RM20
*Tidak termasuk pos

Orang ngomong anjing ngomong - Mutalib Uthman - RM20
*Tidak termasuk pos

Aku_ , Maka aku ada - Faisal Tehrani - RM20
*Tidak termasuk pos


HIKAYAT CALAQISYA. - HAZWAN FAIZ - RM25
*Tidak termasuk pos


SESEMBANG - MM VECTORISTIC - RM20
*Tidak termasuk pos

Amrans fans - RM25 
*Tidak termasuk pos

Masharakat Melawan mahasiswa - Zul Fikri Zamir - RM20
*Tidak termasuk pos

Boleh PM saya di facebook https://www.facebook.com/m.musoddiq

Sunday, April 19, 2015

Kritikan terhadap Filem Islamik









Filem dan drama Islam mutakhir ini kian mendapat tempat di arena seni Malaysia. Ianya hasil daripada pembiasan sambutan tinggi filem Islamik dari Indonesia di Malaysia. Setelah drama tempatan Nur Kasih mendapat kedudukan yang tinggi dan disusuli dengan filemnya yang pecah panggung, beberapa penerbit filem mula mempertengahkan filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu, filem-filem dan drama tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif dalam berdakwah.

Terdapat beberapa elemen klise dan kurang padu dalam penulisan skripnya mahupun ideologi yang dibawakannya. Adunan filem islamik seringkali memaparkan elemen cinta dan ketakutan dalam beragama. Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak lebih kepada elemen cinta yang mengkhayalkan dan saya akui memang ada diselit elemen keagaaman dalam filem tersebut, tetapi banyak yang ditonjol adalah cara hidup orang Melayu Islam berbanding Islam yang universal itu sendiri. Drama-drama dan filem islamik yang dipaparkan kebanyakannya kosong dan mesej yang terlalu diambil mudah untuk disampaikan.

Selain itu, kisah penggali kubur lebih kepada menakut-nakutkan penganut agama Islam dan terlalu menekankan balasan alam kubur. Namun mereka kurang menengahkan kecantikan dan keindahan Islam itu sendiri. Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan penganutnya. Islam lahir dengan cinta, bagaimana Allah mencintai semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Allah mecintai semua hambanya walaupun dia adalah pendosa. Sebagaimana kisah si pelacur yang masih mampu ke syurga dengan perbuatan baik d penghujung nyawanya. Sebagaimana Bilal Bin Rabah yang dianggap hina oleh masyarakat arab tetapi dipandang mulia oleh Islam.

Selanjutnya, filem dakwah tidak semestinya bertajuk "Nur Kasih", "Dalam mihrab cinta", "Ketika cinta bertasbih", "Ustaz mu tunggu aku datang", "7 petala cinta" dan tajuk yang berkaitan dengan perkataan yang sinonim dengan agama.

Juga, filem tersebut tidak perlu berlatar belakangkan kehidupan pondok, watak pemuda hensem berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di gunung sahara, suasana kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai lagi elemen-elemen klise yang sudah boleh dijangka latar belakang tempatnya.

Filem dakwah Islam boleh sahaja berkonsepkan seperti PK, My Name is Khan, dan berbagai lagi filem yang menonjolkan fundamental Islam dan bukan penganutnya. Mungkin boleh sahaja kita cipta watak seperti Fahri, Aisha, watak-watak gadis sempurna dalam novel Ustazah Fatimah Syarha, dan lain-lain. Sedangkan realitinya tidak ada orang sebegitu. Ya benar, kita boleh mengambil iktibar untuk menjadi seperti mereka, namun yang terjadi adalah angan-angan bagi pasangan masing-masing sama ada perempuan atau lelaki.

Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.
Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!"


Filem PK banyak mengetangahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan tidak perlu membazir dengan wang yang banyak malah bersedekah dengan memberi makan orang miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah dengan berbuat baik dengan orang lain, dan bukanlah untuk bermegah-megah dengan barang/upacara keagmaannya.

Malah fundamental Islam yang lain yang diketengahkan adalah agama Islam tidak perlu menjadikan agamawan/objek/mana-mana alat berjisim sebagai perantaraan antara penganut dan Tuhannya. Tidak seperti agama sesat yang terlalu mendambakan pemimpin/ketua agama/ orang yang mengaku utusan sehingga seperti mereka adalah maksum dan apa-apa sahaja perbuatan mahupun perkataan adalah dari tuhan. Ianya dibuktikan dengan kenyataan demi kenyataan pasca filem tersebut. Tidakkah filem PK sebenarnya menengahkan pencandu agama dan penjual agama yang sepatutnya dielak dan dihadam oleh setiap penganut Islam mahupun mana-mana agama yang ada.

Selanjutnya, filem My Name Is Khan juga memaparkan ideologi Islam bukan pengganas dan ada beberapa elemen di dalam filem tersebut yang mengaitkan dengan fundamental Islam yang indah. Novel Hero karya Hilal Asyaf juga memaparkan kisah fiktif hero seakan-akan batman tetapi kisahnya disaluti dengan elemen kehidupan moden yang penuh Islamik. 

Saya boleh ambil contoh keislaman Saidina Umar al-Khattab, dia bukanlah sekadar mendengar adiknya membaca al-Quran dan terus masuk Islam. Tetapi fundamental Islam yang dibawakan dalam ayat itu yakni tiada tuhan melainkan Allah yang mencipta bumi dan langit yang tinggi. Sewaktu itu dia sendiri tertanya-tanya apakah tuhan yang sebenar? Malah dia sendiri menceritakan membawa berhala yang dibuat dari tamar(kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila Umar terasa lapar, Umar akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Tetapi apabila dia terdengar ayat yang mengatakan ada Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, siapakah Tuhan itu? Tuhan selain berhala tamarnya ataupun Tuhan berhala yang dikenali ramai? Siapakah Tuhan selain Tuhan yang dicipta manusia dengan tangan dan boleh dimusnahkan dengan tangan? Itu yang membuatkan dia tertarik dengan surah Taha dan menyuruh adiknya menghabiskan surah tersebut dan mengakui keIslamannya.

Filem-filem barat sebenarnya sudah lama mengetengahkan fundamental ideologi mereka. Tidak kiralah ideologi anti-Islam, anti-Agama, Marxism, Anarkism, Liberalism, Feminism, dan berbagai lagi Ideologi lain. Tidak kiralah persoalan mengenai ketuhanan mahupun politik atau ideologi yang dibangkitkan kepada orang ramai. Contohnya filem X-Men, The Purge, Planet of the Apes,  Malaficent, Frozen, The Matrix, dan lain-lain.

Filem Islam yang berunsurkan dakwah sepatutnya diperhalusi fundamental Islam, bukannya cinta-cinta Islamis yang melembikkan umat. Terapkan soalan fundamental seperti Siapakah tuhan yang sebenarnya? Bagaimana sifat ketuhanan yang sebenar? Apakah tauhid yang dibawakan oleh surah al Ikhlas? Terapkanlah nilai “demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

Peninju terkenal sepanjang zaman, Muhammad Ali masuk Islam kerana konsep sama rata yang ditekankan Islam kerana pada zamannya dia merasakan tertindas dengan agama lain yang mempunyai tempat ibadah berbeza warna kulit.

Ketengahkan fundamental Islam dalam karya seni dan filem bukannya drama cinta atau adegan yang menakut-nakutkan penganutnya. Orang akan menilai fundamental yang diketengahkan dan akan mencarinya dengan realiti. 

***
Notakaki: Pada 16 April 2015 yang lalu, saya menghantarkan aritkel ini kepada Malaysiakini untuk diterbitkan seperti biasa, artikel tersebut diterbitkan pada keesokan harinya. Namun editing amat banyak dan terdapat kesalahan ejaan yang agak melampau. Selain itu artikel tersebut dikurangkan daripada 940 patah perkataan kepada  506 perkataan.

Link Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/295571
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...