Showing posts with label Berfikir. Show all posts
Showing posts with label Berfikir. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Kritikan terhadap Filem Islamik









Filem dan drama Islam mutakhir ini kian mendapat tempat di arena seni Malaysia. Ianya hasil daripada pembiasan sambutan tinggi filem Islamik dari Indonesia di Malaysia. Setelah drama tempatan Nur Kasih mendapat kedudukan yang tinggi dan disusuli dengan filemnya yang pecah panggung, beberapa penerbit filem mula mempertengahkan filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu, filem-filem dan drama tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif dalam berdakwah.

Terdapat beberapa elemen klise dan kurang padu dalam penulisan skripnya mahupun ideologi yang dibawakannya. Adunan filem islamik seringkali memaparkan elemen cinta dan ketakutan dalam beragama. Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak lebih kepada elemen cinta yang mengkhayalkan dan saya akui memang ada diselit elemen keagaaman dalam filem tersebut, tetapi banyak yang ditonjol adalah cara hidup orang Melayu Islam berbanding Islam yang universal itu sendiri. Drama-drama dan filem islamik yang dipaparkan kebanyakannya kosong dan mesej yang terlalu diambil mudah untuk disampaikan.

Selain itu, kisah penggali kubur lebih kepada menakut-nakutkan penganut agama Islam dan terlalu menekankan balasan alam kubur. Namun mereka kurang menengahkan kecantikan dan keindahan Islam itu sendiri. Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan penganutnya. Islam lahir dengan cinta, bagaimana Allah mencintai semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Allah mecintai semua hambanya walaupun dia adalah pendosa. Sebagaimana kisah si pelacur yang masih mampu ke syurga dengan perbuatan baik d penghujung nyawanya. Sebagaimana Bilal Bin Rabah yang dianggap hina oleh masyarakat arab tetapi dipandang mulia oleh Islam.

Selanjutnya, filem dakwah tidak semestinya bertajuk "Nur Kasih", "Dalam mihrab cinta", "Ketika cinta bertasbih", "Ustaz mu tunggu aku datang", "7 petala cinta" dan tajuk yang berkaitan dengan perkataan yang sinonim dengan agama.

Juga, filem tersebut tidak perlu berlatar belakangkan kehidupan pondok, watak pemuda hensem berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di gunung sahara, suasana kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai lagi elemen-elemen klise yang sudah boleh dijangka latar belakang tempatnya.

Filem dakwah Islam boleh sahaja berkonsepkan seperti PK, My Name is Khan, dan berbagai lagi filem yang menonjolkan fundamental Islam dan bukan penganutnya. Mungkin boleh sahaja kita cipta watak seperti Fahri, Aisha, watak-watak gadis sempurna dalam novel Ustazah Fatimah Syarha, dan lain-lain. Sedangkan realitinya tidak ada orang sebegitu. Ya benar, kita boleh mengambil iktibar untuk menjadi seperti mereka, namun yang terjadi adalah angan-angan bagi pasangan masing-masing sama ada perempuan atau lelaki.

Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.
Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!"


Filem PK banyak mengetangahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan tidak perlu membazir dengan wang yang banyak malah bersedekah dengan memberi makan orang miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah dengan berbuat baik dengan orang lain, dan bukanlah untuk bermegah-megah dengan barang/upacara keagmaannya.

Malah fundamental Islam yang lain yang diketengahkan adalah agama Islam tidak perlu menjadikan agamawan/objek/mana-mana alat berjisim sebagai perantaraan antara penganut dan Tuhannya. Tidak seperti agama sesat yang terlalu mendambakan pemimpin/ketua agama/ orang yang mengaku utusan sehingga seperti mereka adalah maksum dan apa-apa sahaja perbuatan mahupun perkataan adalah dari tuhan. Ianya dibuktikan dengan kenyataan demi kenyataan pasca filem tersebut. Tidakkah filem PK sebenarnya menengahkan pencandu agama dan penjual agama yang sepatutnya dielak dan dihadam oleh setiap penganut Islam mahupun mana-mana agama yang ada.

Selanjutnya, filem My Name Is Khan juga memaparkan ideologi Islam bukan pengganas dan ada beberapa elemen di dalam filem tersebut yang mengaitkan dengan fundamental Islam yang indah. Novel Hero karya Hilal Asyaf juga memaparkan kisah fiktif hero seakan-akan batman tetapi kisahnya disaluti dengan elemen kehidupan moden yang penuh Islamik. 

Saya boleh ambil contoh keislaman Saidina Umar al-Khattab, dia bukanlah sekadar mendengar adiknya membaca al-Quran dan terus masuk Islam. Tetapi fundamental Islam yang dibawakan dalam ayat itu yakni tiada tuhan melainkan Allah yang mencipta bumi dan langit yang tinggi. Sewaktu itu dia sendiri tertanya-tanya apakah tuhan yang sebenar? Malah dia sendiri menceritakan membawa berhala yang dibuat dari tamar(kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila Umar terasa lapar, Umar akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Tetapi apabila dia terdengar ayat yang mengatakan ada Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, siapakah Tuhan itu? Tuhan selain berhala tamarnya ataupun Tuhan berhala yang dikenali ramai? Siapakah Tuhan selain Tuhan yang dicipta manusia dengan tangan dan boleh dimusnahkan dengan tangan? Itu yang membuatkan dia tertarik dengan surah Taha dan menyuruh adiknya menghabiskan surah tersebut dan mengakui keIslamannya.

Filem-filem barat sebenarnya sudah lama mengetengahkan fundamental ideologi mereka. Tidak kiralah ideologi anti-Islam, anti-Agama, Marxism, Anarkism, Liberalism, Feminism, dan berbagai lagi Ideologi lain. Tidak kiralah persoalan mengenai ketuhanan mahupun politik atau ideologi yang dibangkitkan kepada orang ramai. Contohnya filem X-Men, The Purge, Planet of the Apes,  Malaficent, Frozen, The Matrix, dan lain-lain.

Filem Islam yang berunsurkan dakwah sepatutnya diperhalusi fundamental Islam, bukannya cinta-cinta Islamis yang melembikkan umat. Terapkan soalan fundamental seperti Siapakah tuhan yang sebenarnya? Bagaimana sifat ketuhanan yang sebenar? Apakah tauhid yang dibawakan oleh surah al Ikhlas? Terapkanlah nilai “demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

Peninju terkenal sepanjang zaman, Muhammad Ali masuk Islam kerana konsep sama rata yang ditekankan Islam kerana pada zamannya dia merasakan tertindas dengan agama lain yang mempunyai tempat ibadah berbeza warna kulit.

Ketengahkan fundamental Islam dalam karya seni dan filem bukannya drama cinta atau adegan yang menakut-nakutkan penganutnya. Orang akan menilai fundamental yang diketengahkan dan akan mencarinya dengan realiti. 

***
Notakaki: Pada 16 April 2015 yang lalu, saya menghantarkan aritkel ini kepada Malaysiakini untuk diterbitkan seperti biasa, artikel tersebut diterbitkan pada keesokan harinya. Namun editing amat banyak dan terdapat kesalahan ejaan yang agak melampau. Selain itu artikel tersebut dikurangkan daripada 940 patah perkataan kepada  506 perkataan.

Link Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/295571

Tuesday, August 12, 2014

Agama itu mati sekiranya..

Antara hujah popular golongan teologi kiri ialah, "agama mati apabila gagal memainkan fungsi kepada masyarakat", "agama juga mati apabila gagal membebaskan yang tertindas", "agama juga mati sekiranya korupsi berleluasa, tetapi agamawan sibuk beribadat di masjid sahaja" dan berbagai lagi.
Bagi aku, agama sejak diturunkan sehingga kiamat tidak akan mati. Kerana agama adalah ajaran, bukan satu sosok tubuh atau makhluk yang memainkan peranan dalam masyarakat. Agama adalah panduan kepada sosok tubuh dan masyarakat untuk mereka menjalani kehidupan di dunia. Supaya dapat memainkan fungsi kepada masyarakat, membebaskan yang tertindas, membasmi kemiskinan, membasmi korupsi, dan berbagai lagi yang diharapkan daripada agama.
Contohnya boleh dianalogikan dengan ilmu matematik. Matematik tidak akan mati jika orang tidak menggunakannya. Ilmu itu tetap ada, tetapi bergantung kepada manusia untuk diguna pakai. Sekiranya ahli fizik, jurutera dan berbagai lagi tidak menggunakan ilmu matematik dalam eksperimental mahupun teori, maka akan pincang dan musnah segala kerja mereka. Jadi sekiranya mereka berbalik dan menggunakan matematik, ia mampu menyelesaikan masaalah kerja mereka.
Contoh lain seperti urusan jual beli, sekiranya matematik tidak diguna pakai, berlaku tidakadilan dan kepincangan bagi sesuatu pihak. Terpulang kepada mereka sama ada untuk menggunakannya atau tidak. Jika, sekiranya mereka menggunakan matematik, maka masaalah dan keadilan akan tercapai.
Perlu juga diingat, ada juga masaalah yang tidak dapat diselesaikan dengan segera. Maka berbagai prosedur dan aturcara perlu digunakan.
Begitu juga dengan Agama, sebagai contoh, agama Islam, sumber utama adalah al-Quran, maka jika tiada di dalam al-Quran, cari di dalam hadis. Jika tiada, gunakan akal untuk menggodek al-Quran dan hadis.
Beza antara matematik dan agama adalah, ilmu matematik berkembang dan bertambah mengikut pengalaman dan pemerhatian. Ilmu agama pula berkembang dan bertambah tetapi berlandaskan Kitab dan Nabi/penyampai mereka.
Golongan teologi kiri mahupun atheis dan golongan yang bersetuju dengan petikan ayat "agama mati sekira gagal menjalankan fungsinya" adalah tidak tepat. Mengapa perlu menyalahkan ajaran, salahkan orang yang sepatutnya mengikut ajaran. Salahkan orang yang tidak mengikut ajaran.
Maka sebenarnya, orang yang beragamalah yang akan mati sekiranya gagal memainkan fungsi dalam masyarakat. Agama tak mati dan tak hidup. Ianya tetap ada untuk manusia dan sentiasa boleh diguna sehingga hari kiamat.

Saturday, August 2, 2014

Konsep Hero Yang Sebenar

Dalam dunia moden, hero sering digambarkan sebagai sesuatu sosok yang pada asalnya kurang bernasib baik, tetapi berubah kepada nasib yang lebih baik dimana mempunyai beberapa keistimewaan dan trofinya adalah heroin atau wanita cantik.

Berbanding dengan greek mitology, hero adalah seseorang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa dan juga seseorang yang akan menderita. Contoh terdekat adalah Hercules, dia ditakdirkan untuk menderita lebih daripada orang lain.

Konsep hero dalam masyarakat greek adalah lebih realiti, dimana kebanyakan sosok tubuh yang diangkat menjadi hero sebenarnya adalah orang yang lebih menderita dari orang kebanyakan.

Konsep ini juga selari dengan kisah para anbiya dimana para Nabi diuji dengan ujian yang lebih hebat daripada manusia biasa.

Saturday, June 28, 2014

Menyelongkar Falsafah Filem X-Men

http://spinoff.comicbookresources.com/wp-content/uploads/2014/05/x_men_days_of_future_past_banner-wide.jpg



Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi

Filem X-Men merupakan sebagai sebuah filem yang menarik; dimana filem ini banyak mengambarkan dimensi kehidupan sebenar didalamnya. Perbincangan seperti diskriminasi, rasis, ketidakstabilan politik dan bahaya bertindak ekstrimis adalah tema utama yang terdapat di dalam filem berkenaan.

Watak-watak yang terdapat di dalam filem X-Men mengalami krisis identiti, inferioriti kompleks, rasa bersalah dan malu untuk berhadapan dengan manusia. Akibat daripada itu, wujudnya dua kumpulan mutan yang utama iaitu daripada Xavier atau Professor X dan Eric atau Magnetto dalam merancakkan lagi plot francais filem ini.

Nilai estetika yang terdapat dalam filem ini adalah wujud dalam lingkungan sosial yang mencakup pelbagai suara rasa, pemikiran, abstrak yang mengambarkan khalayak itu sendiri, malahan tidak salah jikalau filem tersebut adalah cerminan masyarakat kita. Masyarakat yang wujud nilai perkauman, tidak boleh menerima perbezaan dan menggunakan kekerasan untuk menguruskan perbezaan. Falsafah inilah yang telah tercipta di dalam filem X-Men ini.

Antara Professor X dan Magnetto dengan Martin Luther King dan Malcolm X

Jika di selongkar filem ini secara mendalam, wujudnya dua kumpulan dominan dengan cara perjuangannya tersendiri. Kedua kumpulan ini mempunyai satu perjuangan yang sama iaitu untuk diterima oleh manusia tanpa ada rasa takut tetapi perjuangan mereka melalui cara yang agak berbeza.

Professor X memperjuangkan hak mereka secara diplomasi dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, berbincang dan menghormati manusia, manakala Magnetto memperjuangkan hak mereka secara kekerasan, keganasan dan ugutan.

Pola perjuangan Professor X yang bersifat toleran ini dianggap ada punyai mirip seperti tokoh hak asasi manusia Amerika, Martin Luther King Jr; manakala pola perjuangan Magnetto yang bersifat konfront punyai mirip yang sama seperti Malcolm X. Kedua Luther dan Malcolm X punyai perjuangan yang sama iaitu membebaskan kaum kulit hitam dari segala diskriminasi di Amerika pada setengah abad yang lalu.

Antara Professor X dan Martin Luther King, keduanya merupakan pemimpin yang percayakan bahawa mereka boleh meneruskan perjuangan mereka dengan cara diplomasi. Mereka percaya bagawa pendekatan yang tidak bersifat keganasan dapat menyempurnakan misi mereka. Integrasi dalam menangani perbedaan dan hidup dalam keadaan harmoni adalah jalan yang terbaik menurut mereka.

Magnetto tidak melihat cara yang dilakukan oleh Professor X akan berkesan. Baginya, dengan cara konfront dan keganasan dengan menggunakan kelebihan yang ada padanya boleh menyempurkan misi perjuangan ini. Gaya mirip aktivis sivil hak asasi manusia Amerika, Malcolm X yang memperjuangkan hak kaum Negro dengan menggunakan jalan yang agak keras. Dengan demonstrasi dan keganasan sahaja mampu menjadikan kaum Negro tidak ditindas.

Kedua-dua orang Martin Luther King dan Malcolm X mengalami nasib yang sama, menerima butir peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat kehidupan mereka. Bagaimanapun, nasib mereka setelah meninggal dunia agak berbeza dimana Martin Luther King diberi reputasi yang agak tinggi oleh sejarah. Layanan mereka mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan mereka.

Begitulah penonton menilai nasib kedua-dua mutan Professor X dan Magnetto, dimana penonton lebih gemar memberi kredit kepada Professor X berbanding Magnetto. Kredit ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan mereka, dimana Professor X menggunakan cara aman, sementara Magnetto mengangguk kepada keganasan.

Realiti Di Malaysia

Di Malaysia, drama atau filem kita secara umumnya berdepan dengan krisis seni dan intelektual. Ironinya, industri perfileman kita dihidangkan dengan kuantiti, bukannya kualiti. Krisis ini disuburkan lagi oleh sebahagian masyarakat yang kemarau idea dan kebanjiran idola.

Hal inilah yang membentuk masyarakat kita yang berfikiran paradoks. Krisis yang berlaku di Malaysia bukanlah permasalahan segregasi antara manusia dan mutan, tetapi kita berhadapan dengan isu segregasi kaum dan agama; di mana kaum bumiputera berhak mendapat hak yang lebih daripada kaum lain, sementara kaum lain diugut dan dinggap sebagai 'pendatang' yang menganggu kaum lain.

Krisis perkauman di Malaysia berlaku sejak sekian lama. Wujudnya NGO yang berjuang diatas nama kaum dan agama merancakkan lagi krisis perpaduan kaum ini. Sifat dogmatik segelintir pemimpin NGO yang berkeras memperjuangkan pandangan peribadi mereka tanpa menghiraukan kepada realiti dan pandangan orang lain.

NGO-NGO ini seharusnya menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam suasana pluraliti kaum di Malaysia. Tidak seharusnya pluraliti kaum di negara ini dianggap sebagai oxymoron. Ungkapan yang dianggap maksud yang sebaliknya. Perjuangan hak kaum dan kebebasan seharusnya disuarakan dengan nada yang lebih lembut dan berhemat bagi mengelakkan provokatif dan menyinggung perasaan kaum lain.

Mereka tidak perlu mengambil langkah memperjuangkan agama dan kaum seperti cara Magnetto; dengan menimbulkan banyak kenyataan yang agak menghina dan bersifat provokatif terhadap kaum lain di Malaysia. Mereka perlu kembali kepada hakikat sebenar kehidupan di negara ini.

Secara tuntasnya, filem ini membawa kita kepada perbicaraan antropomorfisme. Antropomorfisme adalah atribusi karakter manusia kepada makhluk selain manusia. Professor X dan Magnetto adalah perumpamaan kepada kaum minoriti yang mengalami kepupusan dan tertindas; menginginkan survival kaum dan bangsanya agar boleh diterima oleh masyarakat yang lain. Cuma melalui cara perjuangan berbeza.

*penulis merupakan exco penerangan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PERKEPIS)

My Ambition

http://economydecoded.com/wp-content/uploads/2014/02/TeamLogoHandler.jpg




What do you want to be when you grow up.

A hero!

There are no such thing. Look at the reality. The costume guy nowaday either going to jail because of crime or mental hospital.

No, they existed, and they don't need any costume or theme song. They are "The Unsung Hero!!"





 -The Unsung Hero mean: A person who makes a substantive yet unrecognized contribution; a person whose bravery is unknown or unacknowledged.

Tuesday, March 11, 2014

Berbeza Pendapat

Kadangkala, pasti kita akan salah faham, berbeza pendapat, dan sesuatu yang membuatkan proses recok (pergaduhan) berlaku.

Tapi yang membezakan setiap pelaku adalah cara melunaskan perasaan. Mereka yang bijak, akan bersabar dan bermuhasabah.

Mereka yang tidak pasti akan meneruskan provokasi dan berakhir dengan "yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu"

Maaf sendainya diri ini mencetuskan sebarang ketidakselesaan.

Maju ke hadapan

Ramai orang berangan angan. Jika diundur masa, aku nak buat itu, ini, betulkan kesilapan, jadi org kaya, dan berbagai2 lagi untuk kehidupan yang lebih baik.

Mungkin hari ini, kita menyesal untuk semalam, dan yang esok menyesal untuk hari ini. Maka loop itu akan terjadi dan terus terjadi jika kita tidak buat sesuatu.

Bagi aku, andai jam ke belakang wujud, aku akan tolak. Kerana, tanpa silamku, aku takkan jadi apa yang aku jadi sekarang, dan aku takkan target apa yang aku target sekarang. 

Mungkin ada yg cakap 'bodoh' atau tak pandai menghargai. Tapi, andai masa diputar ke belakang. Mampukah kita takkan buat kesilapan yang sama? 

Sebab, kau masih belum belajar kesilapan itu.

Teguran

Kalau ditegur, boleh jadi ianya peringatan dari Allah. 

Beruntunglah mereka yang masih ada yang sudi menegur.

Monday, February 10, 2014

Ia bermula dari secebis plastik.



Ia bermula dari seorang, dan ia juga bermula dari sampah kecil. Walaupun hanya palstik gula-gula. Tapi akhirnya melarat sehingga sampah yang besar dan lama2 menyakitkan pandangan mata.

Begitu juga pseudosains dan berita yang palsu. Bermula dari tips mitos, fakta kecil yang salah, dan lama-lama melibatkan agama dan ayat al-Quran/hadis. Dari "seramai 35 orang dilaporkan telah berubah setelah melihat video ini" dan seterusnya menjadi "ulama bersepakat bahawa suara dari tanah itu adalah suara dajjal yang cuba memanjat naik" dan semakin parah "tawaf mengelilingi hajarul aswad adalah punca bumi berpusing. Jika tidak tawaf keliling hajarul aswad, bumi akan berhenti berpusing." Kemudian dikaitkan dengan ayat al-Quran dan hadis.

Benda nampak kecik, dan menjengkelkan jika ditegur salah. Begitu juga dengan plastik gula-gula. Hanya kecil dan tidak nampak di pandangan mata, tapi setelah ia panas dan mula melekat dijalanan. Maka menjadi kesan yang sukar untuk dibuangkan.

Kesannya walaupun kita sangka, "alah benda kecil sahaja". Tapi kita sebenarnya dimalukan dan ditertawakan oleh mereka yang mengetahui.

Begitu juga amalan dosa kita. Bermula dengan sesuatu yang kecil, lama-lama menjadi besar, menggunung, dan susah ditanggalkan.

*No offended, ini pesan pada diri sendiri juga. Kerana aku jua pernah melakukannya.

http://www.muslimsandtheworld.com/nasa-confirms-that-muslims-are-idiots/

Monday, February 3, 2014

Lirik Lagu Cinta?? Ah!



Aku sebenarnya rindu akan lagu-lagu yang bertemakan nasihat dan komedi, bukan bertema retorik cinta yang klise. Kalau dipasang siaran radio, boleh dikatakan dari awal sampai akhir mempunyai tema yang sama. Tak kiralah dilukai, melukai, disukai, menyukai, memendam rasa dan sebagainya. Semuanya bertemakan perasaan atau cinta.

Kadang-kadang lagu yang bukan bertema cinta pun, liriknya hancur. Tidak ada kesenian langsung, tiada metafora, personafikasi, hiperbola, ironi dan lain2. Contohnya,

"Jumpaku di airport tengah beli coklat"
Kapal terbang terbang takde pilot cause Im so fly"

Aduh, hancur.

Jika diamati lirik yang penuh kesenian seperti "Tanya sama hud hud", penuh dengan metafora, personafikasi dan setiap baris mempunyai cerita yang tersendiri. M.Nasir sebenarnya mengadaptasi lirik tersebut dari sebuah karya agung nukilan Farid al-Din Atta yang bertajuk "Musyawarah Para Burung". Karya tersebut diulang cetak sepanjang zaman sehingga sekarang.

Lirik pada permulaannya berasal dari susunan ayat yang dipanggil puisi dan diadun dengan melodi yang menarik. Puisi ada berbagai jenis seperti puisi epik, puisi naratif, satiric (sarkastic) dan lain2 lagi. Contoh terdekat adalah "Ulek Mayang".

Lirik Ulek Mayang adalah puisi epik yang menceritakan kisah Puteri Bunian yang jatuh cinta dengan sorang nelayan. Dia memukau lelaki tersebut dan puisi tersebut turut menceritakan pertarungan antara si bomoh dan keenam-enam puteri. Ianya berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung seraya bertitah,

"Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat"

Maka berakhirlah pertarungan tersebut.

Contoh lain, adalah O fortuna, lagu yang tidak asing bagi penduduk dunia. Ada yang pernah dengar, tapi tak tahu ianya adalah lagu tersebut. (http://www.youtube.com/watch?v=GD3VsesSBsw). Lagu tersebut berasal dari Latin Goliardic dan sebenarnya mengisahkan seorang manusia yang mengadu tentang nasibnya. Puisi naratif atau lirik tersebut kekal hingga sekarang walaupun ianya dikarang pada kurun ke 13.

Aku juga rindu bedah lirik yang mempunyai nilai sastera yang sangat tinggi dan memerlukan pemikiran kritikal untuk difahami. Lagu sekarang banyak dikarang secara langsung dan sekadar untuk memenuhi kehendak jiwa dan berorientasikan keuntungan.

Lagu sebenarnya boleh mempengaruhi emosi seseorang. Jika radio dipenuhi dengan lagu patah hati, lagu cinta terlarang, cinta tak kesampaian, cinta yang penuh dengan angan-angan. Ianya secara tidak langsung mendidik mereka untuk jadi seseorang yang lemah. Dengar lagu sampai menangis-nangis. Aduh.

Aku suka lagu bertema santai dan komedi dari Art Fazil feat. Imuda yang bertajuk Rilek brader. Lagu-lagu bertema tersebut seperti hampir tiada. Kalau dulu, selalu juga dengar lagu isu semasa seperti, "Semua Naik", " Ayoyo Samy" dan lain-lain lagi. Tetapi zaman sekarang ini ada yang masih seniman seperti Azlan and the Typewriter yang liriknya amat berseni dan mempunyai maksud yang mendalam.

Lagu barat tidaklah terlalu membimbangkan kerana banyak liri meraka penuh dengan unsur kesenian dan sastera walaupun lagu tersebut lagu cinta. Tapi ada jugaklah liriknya berulang-ulang seperti "around the world" dan "tonight is a good night". No point, ulang berulang-ulang kali sampai kita boleh menyampuk "You dont say!".

Sejujurnya, aku tahu banyak penulis lirik yang hebat di bidang seni. Cuma, cukuplah lirik-lirik yang temanya berulang-ulang dan cukuplah lagu yang macam orang nak menangis sahaja. Susah nak hadam. Boleh dengar komen mat lutfi tentang ini.

Mat Luthfi - rant on lagu cinta
http://www.youtube.com/watch?v=0xtv12yKkm0

Aim High, Hope Less.

Orang kata, tanpa mimpi takkan ada impian. Dan tanpa impian takkan ada kejayaan.

Bagi aku, aku tak berani bermimpi. Aku cuma aim target tanpa bermimpi. Sebab bagi aku, mimpi adalah fikiran tanpa sedar.

Tapi aku masih mempunyai impian.

Pesanan kawan, "harapan biar rendang-rendang. Bila jatuh, tak terus mati".
Aku tambah "sasaran biar tinggi, agar pencapaian tidak kebawah"

Selengkapnya,

"Sasaran biar tinggi, agar pencapaian tidak kebawah"
"Harapan biar rendang-rendang. Bila jatuh, tak terus mati"

Semua yang kau impikan tidak semua akan jadi kenyataan. Jadi harapan biar rendah.

Aim high, hope less.

Sunday, January 5, 2014

Kenaikan Harga Barang Tidak Memberi Kesan Pada Penduduk Luar Bandar? Salah!






Hari ini (5/1/13), aku seperti biasa akan menjadi penolak troli untuk atuk aku di Pasar Benta, Raub Pahang. Beliau kalau bab tawar menawar sungguh baik. Semua harga yang dipaparkan atuk aku akan membeli dengan harga yang lebih rendah beberapa sen dan kadang-kadang mencecah diskaun sebanyak RM5.

Pasar benta adalah pasar yang banyak dikunjungi oleh pembeli dari kawasan luar bandar. Dimana ada antara mereka yang pagi-pagi seawal 7 pagi sudah keluar bejalan kaki menuju stesen bas terdekat demi untuk sampai sebelum pukul 8. Kerana pasar itu akan sesak setelah pukul 8.30 ke atas dan pukul 11 ramai peniaga akan bungkus kedai kerana barangan sudah habis dijual.

Isu yang nak diketengahkan adalah keadaan pembeli dan peniaga yang terkesan dengan kenaikan harga barang. Ayat klise yang setiasa kedengaran oleh pembeli selama satu setengah jam adalah, “RM4? Dulu RM3” “Amboi, mendadaknya naik harga” “Mahalnya” “Ha?” “Tak nak lah, mahal”. Kebanyakan pembeli selepas tawar menawar akan pergi macam itu sahaja dengan tangan kosong.

Sedikit sahaja pembeli yang setuju dengan harga selepas tawar menawar. Namun tidak semua peniaga akan tawar menawar dengan harga yang dipaparkan, terutama peniaga yang membeli dari pemborong seperti jam, selipar, baju, dan lain-lain. Harga tawar menawar hanya laku pada barangan mentah seperti sayur, ikan, ayam, dan lain-lain. Itupun hanya beberapa sen sahaja dan tidak tertakluk pada semua barang. Contoh harga sekilo adalah RM2. Apabila pembeli membeli sebanyak 2.1 kilo. RM0.20 akan diberi diskaun. Tapi pandangan aku, ada harga yang selepas ditawar masih mahal. Contohnya, ayam RM9 sekilo. Di tesco mutiara damansara ayam putih masih boleh didapati dengan harga RM6.50-RM7 sekilo. Faham kenapa ayam itu mahal, kerana kos penghantaran yang jauh.

Ayat klise penjual pula, “harga kos naik”, “minyak naik harga”, “gula naik”, “Tak nak tak pe, Nak jual kat orang ada duit je” dan beberapa alasan yang berkaitan dengan kenaikan minyak, elektrik, dan lain-lain.


Kenyataan yang menyatakan bahawa penduduk luar bandar tidak terkesan dengan kenaikan harga barangan adalah tidak benar.

Thursday, December 26, 2013

Resolusi 2014





Reaksi 2013 amat menjauhari diri ini.
Maka bermulalah persediaan untuk menempuhi tahun 2014 dengan lebih efektif.


Cukup segala masa yang dibazirkan,
cukup segala perkara yang picisan,
cukup segala memorandum yang tidak berkesan,
cukup segala benda yang tidak ketahuan.

Ada "milestone" besar yang perlu dicapai tahun 2014.
InsyaAllah.

Saturday, November 2, 2013

Daie Gedik??




Ada pro, ada con. Honestly, aku pun berjinak2 untuk mendalami islam kerana si daie gedik tersebut. Status ala cinta islamik, gambar litup bertudung yang diedit supaya nampak cantik. Sampai kadang2, upload gambar sendiri yang cun ala ustaz ustazah untuk menarik perhatian, kemudian mention 'no taaruf'.

Masa tu, perasaan ukur baju di badan sendiri muncul. Mula merasakan bahawa yang kita ni kotor dan jijik. Memang tidak layak untuk berkenalan sekalipun, dan mula bermuhasabah dengan diri sendiri. Sedikit demi sedikit, mula mengikuti share-share islamik dan mula mengenali dengan icon agama yang lain.

Masa tu, pemahaman agama mula meningkat tapi sebenarnya masih sangat-sangat sedikit. Setelah mengikut ikon yang sebenar dan beribawa, baru menyedari yang hidup ini bukan nak sweet2 sahaja. Bukan hanya untuk "sweet-sweet selepas nikah", "engkau imam, aku makmum", "akanku tunggu engkau yang terlah tercatat di loh mahfuz untuku", “Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling merindui, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing”

Bukan semua itu!

Perkahwinan tak menjanjikan kebahagiaan. Perkahwinan bukan berakhir segala2nya dan happily ever after macam cerita disney yang selalu dimomok-momokkan sejak kecil lagi. Hidup ini bukan hanya berkisarkan cinta "islamik" atau "nikah muda" semata-mata. Sebenarnya hidup ini adalah perjuangan tanpa henti. Perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Dan ada golongan yang menjadi lemah kerana angau dan terjerat seterusnya terus rebah ke tanah. (Cakap kat diri sendiri)

Kadang-kadang kita terlajak dan terlupa. So, memerlukan seseorang untuk tegur kita untuk kita terus tersedar dan tidak hanyut dengan dunia angau.

Ya betul, perasaan antara lelaki dan wanita itu dalah fitrah. Tapi haruslah dikawal. Bimbang nanti, al-qurannya entah ke mana, nak heret berjemaah pun payah. Tapi bila bincang bab baitul muslim, dialah yang paling petah berbicara.

Tak salah, tak berdosa. Tapi berpada-padalah. Tak perlu 24 jam berbicara tentang "tulang rusuk kiri", "berbalas doa dengan kekasih" 24 jam.

Perjuangan ini amat mencabar dari yang engkau bayangkan.

So, siapa yang di level 1 (iaitu yang baru berjinak2 dan tertarik dengan daie gedik), tegurlah dengan cara yang berhemat. Jangan buat mereka sentap tak tentu pasal dan mungkin boleh kehilangan diae yang berkualiti di masa hadapan.

Ada kawan saya pernah berkata, itu salah satu cara Allah menyampaikan hidayah kepada kita. Ada yang diberi hidayah apabila terjumpa dengan ustaz, ustazah. Ada yang diberi hidayah apabile terjumpa dengan mereka yang teruk. Apa yang membuatkan kita mengingati Allah dan mencuba untuk tidak melakukan dosa, pasti ada ibarah setiap kejadian tersebut. Allah merinduimu.

Bagi mereka yang dilevel 2 (iaitu yang selalu mengikuti ceramah di youtube, ikut program sana sini, seminar sana sini, suka share status islamik), sudah masa untuk kita berubah dan teruskan ke level seterusnya. Buang segala angau yang melemahkan.

Bagi mereka yang dilevel 3, jangan pernah berhenti untuk mengingati kami dan bersedia untuk diingati kembali.

Mari, Rasulullah merindui kita.


Saya sertakan sekali pesanan pedas dan berhikmah dari saudara myilham.com



 




*Nota ini pesan pada diri sendiri yang sudah terasa pedasnya setelah ditegur oleh insan-insan tertentu secara direct atau tidak direct.

Saturday, September 21, 2013

Proton "Sport Car" Terbaru?

Pada tahun 2010 di  "2010 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS)", Proton memperkenalkan 5 kereta konsep yang namanya diilhamkan dari Hikayat Lima Bersaudara.

Setelah mempertontonkan kereta tersebut di khalayak ramai. Proton mengeluarkan satu demi satu kereta konsep itu yang diikuti dengan Proton Kasturi yang diberi nama komersial sebagai Saga, dan variasinya seperti Saga SE, Saga FL, dan Saga FLX


Seterusnya diikuti dengan pelancaran kereta konsep Jebat yang dikomersialkan sebagai Proton Inspira pada tahun yang sama.





Manakala kereta konsep Lekiu telah dikeluarkan setahun awal dari tahun KLIMS. Ia dikenali dengan nama komersialnya iaitu Proton Exora yang mempunyai beberapa variasi.

Pada tahun 2012, Proton melancarkan model kereta konsep yang ke empat iaitu Proton Tuah dan dikomersialkan sebagai Proton Preve. Terbaru, Proton juga melancarkan Suprima S ,iaitu Proton Preve yang diubah suai sebagai kereta jenis "hatchback".

  

Maka, kita dapat meramal bentuk model kereta yang akan datang dari Proton. Mungkin ini kali pertama proton akan melancarkan kereta sport yang telah diperkenalkan sebagai Proton Lekir pada tahun 2010.

 




Tuesday, September 17, 2013

Ilmu

Belajar dan terus belajar.
Sampai tua sampai mati,

Bnyak benda tak tahu.
walau ilmu dunia,
walau ilmu akhirat.

Bak kata pensyarah dari Cambridge tahun lepas.
"You still a baby, come on"

Bak kata ketua jabatan.
40 years old lecturer is still consider as young lecturer.

Makin belajar,
Kita sangka kita tahu,
tapi sebenarnya kita masih tak tahu.

Masih jauh lagi perjalanan ini.
Moga Allah panjangkan umur.


*******************************************

Ada kalanya,

ilmu itu takkan dapat dinilai dengan mata,
takkan dapat dinilai dengan rasa,
tapi dapat dinilai dengan mata hati.

Ilmu itu tidak semestinya berada di sekolah,
tidak semestinya berada pada para cendikiawan,
tidak semestinya berada di buku.

Kerana dengan melihat cara burung terbang.
Ada lebih 1000 ibarah kita boleh nilai dan belajar.
Maka terciptalah kapal terbang dengan ibarah tersebut.

Hanya mereka yang melihat dengan hati akan mengetahui makna sebenar ilmu.

-Ilmu itu mendengar, melihat, berfikir, dan membaca dengan hati.

Sunday, August 18, 2013

Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari.

Assalamualaikum,

Ramai yang tertekan, sakit hati, lemah semangat, putus harapan, dan berbagai-bagai lagi perasaan negatif yang melanda jiwa kerana orang sekeliling. Implikasinya, prestasi diri merundum dan menutup peluang untuk berjaya.

Kadang-kadang timbul perasaan yang merasakan diri ini "useless", tak guna hidup, dan sampai satu tahap ada yang hendak bunuh diri. 

Semua itu dari muslihat syaitan yang sengaja meniupkan api kegusaran ke dalam hati yang meninggi supaya anda menghancurkan diri.

Hentikan.

Walau siapapun anda dimata mereka, disama "level"kan seperti binatang sekalipun. Anda tak perlu risau, kerana dia bukan penentu syurga neraka anda. Tapi jangan biarkan dia menjatuhkan maruah anda. 

Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari. 

Jika semua anda merasakan amalmu diredhai Allah, anda tak perlu risau dan gusar tentang tanggapan makhluknya terhadapmu. Siapa mereka untuk tentukan syurga mu? Siapa mereka untuk mengatakanmu ke neraka ?

Tapi bagaimana supaya syurga menari-nari untuk kita?

1) Pertama sekali, cuba lihat diri kita. Lihat hubungan kita dengan :
a. Allah
b. Ibu bapa
c. Adik beradik.
d. Keluarga.
e. Teman.
f. Orang sekeliling.

2) Perbaiki solatmu. Jika dulu tomakninah entah kemana-mana, bacaan laju entah apa yang disebut. Cuba sempurnakan solatmu.

3) Budi pekertimu dan Pakaianmu

4) Imanmu.

5) Perilaku dan peribadimu

6) Tutur katamu, budi bicaramu.

7) Akhlak, sifat, dan watakmu.

8) Perangai, tabiat, dan sikapmu.

9) Kesabaran, tarbiyah, dan amalmu.


Di sini aku ketengahkan beberapa kisah untuk membuka minda anda.

Pernah dengar kisah Luqman Al-Hakim? Rabiatul Adawiyah? dan Kisah Uwais al-Qarni?

Mereka tidak terkenal di kalangan manusia sewaktu mereka hidup, malah mereka hidup secara sederhana dan ada yang susah hidupnya. Mereka hamba yang zuhud, dan tidak meminta supaya Allah menaikkan darjat mereka di mata manusia. Mereka sentiasa bertaqwa dan sentiasa memburu keredhaan Allah. Sehinggakan Uwais al-Qarni antara nama yang disebut menjadi ahli syurga walaupun baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah bertemu dengannya. Kisah Rabiatul adawiyah yang menjadi pengajaran sehingga akhir zaman. Dihujung penghidupnya, dia hanyalah seorang wanita yang tinggal di pondok buruk tanpa pengetahuan dan jauh dari orang ramai. Tapi dia diangkat menjadi wali dan diberi pertolongan oleh Allah sewaktu ditimpa musibah. Dan yang terahir, Luqman al-Hakim. Seorang hamba Allah yang biasa, tidak diangkat menjadi Rasul, bukan juga Raja atau pemerintah yang terkenal. Tapi kata-kata nasihatnya dirakam dalam al-Quran dan dia dijadikan tauladan sepanjang Zaman. 

Biarlah sesiapa pun anda di mata dunia. Biarlah dunia menyepi untukmu. Asal syurga menari-nari untukmu. 





Kisah 1

Biografi Luqman Al Hakim
Luqmanul Hakim menurut riwayat yang lebih kuat, bukan seorang nabi. Ia seorang manusia shaleh semata. Bahkan dalam banyak riwayat shahih dikatakan, ia seorang budak belian, berkulit hitam, berparas pas-pasan, hidung pesek, kulit hitam legam. Namun demikian, namanya diabadikan oleh Allah menjadi nama salah satu surat dalam al-Qur’an, surat Luqman. Penyebutan ini tentu bukan tanpa maksud. Luqman diabadikan namanya oleh Allah, karena memang orang shaleh yang patut diteladani. Bahwa Allah tidak menilai seseorang dari gagah tidaknya, juga tidak dari statusnya, jabatannya, warna kulitnya dan lainnya. Akan tetapi Allah menilai dari ketakwaaan dan kesalehannnya.
Luqman merupakan sosok budak hina, hitam, akan tetapi Allah abadikan karena ketakwaan dan kesalehannya.
Setidaknya, ada dua manusia yang bukan nabi, tapi namanya diabadikan dalam al-Qur’an menjadi nama surat. Keduanya itu adalah Luqman dan Maryam.

Lalu siapa sebenarnya Luqman ini?

Berikut paparan singkat penulis.
Hemat penulis, tidak satu pun sejarawan yang menyebutkan bahwa Luqman berdarah Arab. Sebagian sejarawan menyebut Luqman berdarah Ibrani, sebagian lain menyebut berdarah Habasyi, dan yang lainnya menyebut berdarah Nubi, salah satu suku di Mesir yang berkulit hitam (aswan sekarang).
  • Dalam Tarikh nya, Ibnu Ishak menuturkan, bahwa Luqman bernama Luqman bin Bau’raa bin Nahur bin Tareh, dan Tareh bin Nahur merupakan nama dari Azar, ayah Nabi Ibrahim as.
  • Wahab bin Munabbih mengatakan bahwa Luqman adalah putra dari saudari kandung Nabi Ayyub as. Muqatil menuturkan, Luqman adalah putra dari bibinya Nabi Ayyub as.Imam Zamakhsyari menguatkan dengan mengatakan: Dia adalah Luqman bin Bau’raa putra saudari perempuan Nabi Ayyub atau putra bibinya.
  • Riwayat lain mengatakan, Luqman adalah cicit Azar, ayahnya Nabi Ibrahim as. Luqman hidup selama 1000 tahun, ia sezaman bahkan gurunya Nabi Daud. Sebelum Nabi Daud diangkat menjadi Nabi, Luqman sudah menjadi mufti saat itu, tempat konsultasi dan bertanya Nabi Daud as.
  • Luqmanul Hakim dalam sebuah riwayat dikatakan seorang yang bermuka biasa, tidak ganteng. Qatadah pernah menuturkan dari Abdullah bin Zubair bahwasannya ia pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah tentang Luqman. Jabir menjawab: “Dia berbadan pendek dan berhidung pesek, orang Nubi, Mesir”.
  • Sa’id bin al-Musayyib juga menuturkan bahwa Luqman termasuk orang berkulit hitam dari Mesir, akan tetapi sangat mulia, dan Allah memberikan hikmah kepadanya, juga Luqman menolak untuk diangkat sebagai Nabi. Seorang laki-laki berkulit hitam datang mengadu kepada Said bin al-Musayyib. Sa’id kemudian berkata: “Janganlah bersedih lantaran kulit kamu hitam, karena di antara manusia pilihan itu, ada tiga orang semuanya berkulit hitam: Bilal, Mihja’ budak Umar bin Khatab dan Luqmanul Hakim”.

Lalu apa pekerjaan Luqman?

Para ahli sejarah berbeda pendapat tentang profesinya. Sebagian mengatakan, profesinya adalah tukang jahit. Sebagian lainnya mengatakan, tukang kayu, yang lainnya menuturkan tukang kayu bakar, dan terakhir mengatakan sebagai penggembala.
Riwayat lain menuturkan bahwa Luqman adalah qadhi pada masa Bani Israil, sekaligus konsultannya Nabi Daud as. Bahkan riwayat lain menuturkan Luqman adalah seorang budak belian dari Habasyi yang berprofesi sebagai tukang kayu.
Khalid ar-Rib’i menuturkan: “Luqman adalah seorang budak belian dari Habasyi yang berprofesi sebagai tukang kayu. Suatu hari majikannya berkata: “Wahai Luqman sembelih kambing ini lalu keluarkan dua dagingnya yang paling enak. Luqman lalu menyembelih dan mengeluarkan lidah dengan hati.
Keesokan harinya, majikannya kembali berkata: “Luqman, sembelih domba ini, dan keluarkan dua daging yang paling tidak enak”. Luqman kembali mengeluarkan lidah dengan hati.
Majikannya lalu bertanya, wahai Luqman, saya meminta kamu mengeluarkan daging yang paling enak dan paling tidak enak, kamu mengeluarkan yang sama, lidah dengan hati. Kenapa demikian?
Luqman menjawab: “Tidak ada yang seenak keduanya, apabila dipakai dengan sebaik mungkin, dan tidak ada yang sejelek dari keduanya, manakala dipakai tidak pada tempatnya”. SubhanAllah sungguh bijak sekali Luqman ini, karena itulah Allah memberikan nama Luqmanul Hakim (Luqman yang sangat bijak).
Dalam sejarahnya Luqman menikah dan dikaruniai banyak anak, akan tetapi semuanya meninggal dunia ketika masih kecil, tidak ada yang sampai dewasa, namun Luqman tidak menangis, karena hidupnya yang sudah yakin dengan Allah.
Betapa banyak contoh-contoh kemulian Luqmanul Hakim ini yang tentunya tidak mungkin penulis sampaikan dalam kesempatan kali ini. Dalam hal ini, penulis hendak menyuguhkan wasiat-wasiat, pesan-pesan Luqman untuk putra-putranya sekaligus untuk ktia semua baik yang tercantum dalam al-Qur’an, maupun dalam riwayat lainnya.

Wasiat-wasiat Luqman dalam al-Qur’an (QS. Luqman: 13-19)

“13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
besar”.
14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
16. (Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Kisah 2
Kisah Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]

Sumber: http://sesuci-jiwa.blogspot.com/2011/05/kisah-rabiatul-adawiyah.html


Kisah 3.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al-Qur'an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.
Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak memengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah "bertamu dan bertemu" dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.
Di ceritakan ketika terjadi Pertempuran Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat?
Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya.
Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata, "Pergilah wahai anakku! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang". Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.
Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidah Fathimah binti Muhammad SAW, sambil menjawab salam Uwais.
Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang.
Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman," Engkau harus lekas pulang".
Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada Sayyidah Fathimah a.s. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, Sayyidatina Fathimah a.s. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi Sayyidah Fathimah a.s., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah SAW bersabda : "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya." Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada Imam Ali bin Abi Thalib dan Umar bin Khattab dan bersabda, "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do'a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi".
Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan Abu Bakar telah diestafetkan kepada Khalifah Umar bin Khattab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Ia segera mengingatkan kepada Imam Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka.
Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar bin Khattab dan Imam Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.
Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar bin Khattab dan Imam Ali memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan salat. Setelah mengakhiri salatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh Nabi SAW. Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara? "Abdullah", jawab Uwais.
Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan, "Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?" Uwais kemudian berkata, "Nama saya Uwais al-Qorni".
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Imam Ali memohon agar Uwais berkenan mendo'akan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, "Sayalah yang harus meminta do'a kepada kalian". Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang ke sini untuk mohon do'a dan istighfar dari anda".
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo'a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi".
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais, waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan salat di atas air.
Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. "Wahai waliyullah, tolonglah kami!" tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi, "Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!" Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi ?"
"Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak?" tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaani rrohiim!"
Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami ,"Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat". "Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? "Tanya kami.
"Uwais al-Qorni". Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, "Sesungguhnya harta yang ada dikapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" tanyanya.
"Ya, "jawab kami. Orang itu pun melaksanakan salat dua rakaat di atas air, lalu berdo'a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke Rahmatullah.
Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya.
Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, "ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Umar bin Khattab)
Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang.
Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa "Uwais al-Qorni" ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...