"Dulu suami pergi mencari rezeki, isteri menguruskan rumah tangga (memasak, mengemas, basuh baju etc). Sekarang nie, perempuan pun dah keluar tolong suami mencari rezeki. So why not lelaki pun kene tolong perempuan menguruskan rumah tangga?"
Kita bertanya: Kenapa aku diuji? Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)
Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini? Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa? Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya? Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)
Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap? Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini? Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
Kita berkata: Aku sedih! Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)
Kita berkata: Aku tak tahan! Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)
Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini? Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.
Ayat Seribu Dinar
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)
Baru2 nie, bnyak la gambar yg membuka aib org tersebar kat fb melalui fanpage dan org perseorangan.. Ya, tau tujuan mereka untuk memberi kesedaran pada orang lain. Tapi tak perlu la menunjukkan muka dan nama pemilik gambar tersebut. So, kalau boleh, tutup muka dan nama orang terebut. Sebab korang dah membuka aib orang lain. Malah ada yg jadi "ustaz" dan "ustazah" dengan mencaci dan menghina dengan kata2 yg kurang enak. Hurm, korang pun boleh tengok sendiri.
Maaf, aku bukan nak sebelah mereka, cuma aku berpegang dengan hadis nabi
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya, mereka perlukan bimbingan, bukan cacian. Tak perlu caci orang yang melakukan dosa, tapi benci dengan perbuatan tersebut. Korang tak tahu apa yang mereka alami, mungkin mereka dibesarkan dari golongan keluarga yang tidak menekan cara hidup Islam. Mungkin juga cara hidup mereka memang begitu, apa korang pasti mampu menjadi orang alim jika berada di tempat mereka? Seharusnya mereka perlukan bimbingan, bukan cacian.
Aku lagi respect orang yg bertaubat, yang lahir dari lembah dosa.
Si polan 1, dilahirkan dari keluarga yang menekankan cara hidup Islam, sekolah agama, sambung belajar di mesir, amik bidang agama, dan menjadi Dr dalam bidang agama.
Si polan 2, dilahirkan dalam keluarga yang tidak menekan cara hidup islam, hidup di kalangan mereka yang kurang amalkan islam, dan dia hanyut.
Hanya Allah sahaja yang layak tentukan syurga neraka seseorang, alim mcmne pun org tu, tak mustahil dia ke neraka, berdosa besar mcmne seseorang tu, tak mustahil dia ke syurga (kecuali menyekutui Allah). Adndai kita jumpa si polan 1, belajar lah dari dia, amik manafaat yang boleh menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Andai kita menemui si polan 2, bimbingla dia, tegur dgn berhikmah.. jika tak mampu, cukup la sekadar manadah tangan, doakan supaya Allah memberi hidayah terhadapnya.Tak perlu sebarkan aib dia dan caci maki dia. Sesungguhnya akhirat kita sendiri pun tak tau mcmana.. Tak kisah permualaan kita bagaimana, yang penting akhir kita bagaimana. Sempat tak mengucap 2 kalimah syahadah? Apakah Allah meredhai kita dimuka bumi ini?
Nak shared perbuatan salah boleh untuk pengajaran boleh, tapi pastikan ditutup aib orang, tutup segala aurat dan sesuatu yang boleh dijejaki identiti dia.
Sesungguhnya aku lagi admire Rabiatul Adawiyah dari Siti Aisyah r.a (tapi aku masih admire ke-2ya sekali, Siti Aisyah antara penghulu bidadari di syurga).. Kerana Rabiatul adawiyah dahulunya kerja sebagai pemenyanyi dan pemenuang arak kepada raja dan tetamu raja. Tapi beliau meninggal sebagai salah 1 wali Allah. MasyaAllah.. Semoga kita jadi seperti beliau..
Andai aku punya peluang untuk menebus kesilapanku.
Entry ini untuk seseorang yg sangat jauh.. Mintak maaf sbb saya pernah buat silap yg agak besar. Antara kesilapan paling besar pernah saya lakukan. Semuanya kerana kelemahan kita untuk melawan godaan musuh ketat anak Adam. Ya, semua berpunca dari saya. Sepatutnya sebagai lelaki, saya yang perlu memimpin, menjadi imam. Apa yang mampu sekarang, saya doakan awak sentiasa dilindungi Allah dari segala kejahatan dan dosa yang direjam. Semoga awak adalah bakal bidadari syurga di sana nanti. InsyaAllah.
Sajak ini sajak lama, agak sedikit tunggang langgang. Tapi ni sajak original. saja tak nak tukar, untuk jadi peringatan ada sendiri dan smua yg membaca.. :)
Sajak ini untuk awak.
MAAFKAN SAYA!!
saya ingin bawa kamu ke pintu syurga.
tapi saya tersasar bawamu ke lubang neraka.
saya harap redhaNya.
tapi saya merisik murkaNya.
saya sayang kamu.
tapi saya buat kamu hilang sayang padaNYA.
saya bersalah.
saya kene cermin diriku dulu.
saya kini berubah,
saya harap kamu pun berubah.
Ingin aku.
tanggung smua dosamu.
MAAFKAN AKU.
perasaan bersalah ini.
tiada tandingan.
dosa seorang.
kesan keseorangan.
dosa bersama.
kesan bersama.
saya harap.
kita berubah.
saya tahu.
saya tidak mampu lagi jadi imammu.
saya kini, berazam jadi imammu.
kamu makmumnya.
saya doa,
kamu aminnya.
anak soleh,
anak solehah.
kerana saya.
punca kamu terus menambah 1 dosa.
syaitan!
kau menang sekarang..
esok lusa..
kau akan kalah..
kerana saya ada Allah yg maha pemurah lagi pengasih..
Ya-Allah..
Ampunkan dosa kami..
Hindarilah kami dari siksa api nerakamu.
Oh.. hambamu ini sudah lama hanyut..
Meor hassan berkata..
"boleh pandang-pandang"..
TIDAK!! TIDAK BOLEH PANDANG-PANDANG!!
DARI PANDANG-PANDANG JADI RAPAT-RAPAT!!!
Ya-Allah.. seandainya ku punya alat untuk menunjuk perasaan bersalah..
ingin aku tunjukkan padanya..
betapa bersalahnya aku
kerana hanya ENGKAU saja yang tahu perasaan bersalahku~ oh...
MAAFKAN AKU!
MAAFKAN AKU!
PULANGLAH AWAK..
RASULULLAH MENUNGGU KITA..
NASIHATKU PADA PEMBACA,
KALAU KITA SAYANG SESEORANG.
TOLONG JANGAN BAWAK DIA KE PINTU NERAKA.
By the way,
korang jangan ingat benda lain pula ya. Semoga korang pun menjauhi zina hati. Amin. :)
Akhir2 nie, aku bnyak tengok orang post pasal masalah nie.
Buat pengetahuan korang, casio fx-570MS menggunakan SVPAM iaitu, Super Visually Perfect Algebraic Method. So, bila korang tapi direct 6÷2(1+2), komputer dalam calculator tu akan detect sebagai,
6
= ---------
2(1+2)
sebab tu dia akan bagi jawapan sebagai 1.
Untuk casio fx-50FH
= 6
---- (1+2)
2
dan jawapan dia, akan dapat 9.
jika kita ikut cara lama, cara ahli matematik sebelum terciptanya kalkulator nie,
Rule BODMAS akan dugunakan.
BODMAS adalah Bracket Order, Divided and Multiply, Add and Subtract.
untuk masalah yg sama taraf seperti divided and multiply, dan add and subtract.
ianya harus diselesaikan dari kiri ke kanan.
jadi jawapannya adalah..
= 6÷2(1+2)
= 6÷2(3)
sampai mcm nie, kita guna cara kiri ke kanan.
=3(3)
=9.
So, casio sedar benda nie, so sbb tu la dia fix masalah nie dekat calculator yg baru tu.. Tapi, korang tak yah la beli kalkulator baru, korang cuma kene faham konsep matematik, dan applykan kat kalkulator tu, kalkulator tu hanya membantu, bukan otak korang. Ok?
cara nak fix masalah tu, gunakan kurungan tu kembali atau guna simbol pecahan..
=(6÷2)(1+2)
=9.
maksudnya korang taruk kurungan untuk benda yg spatutnya dibuat dahulu dalam konsep BODMAS,
contohnya,
=1x4÷4(1+2).
kalau trus direct korang dapat
=0.333333333333333
korang boleh buat mcmnie
=(1x4÷4)(1+2).
tapi mcm rumit dan bazir spaced, so aku sarankan korang buat teknik bahagi.
Once upon a time, awal2 tahun 2008.. Aku mula suka tgok vlogger instead of blogger. Sebab, mmg dah jenis otak aku kot, suka smthing yg figurative instead of words, walaupun sebenarnya aku lagi suka menulis dari menghasilkan vidoe2 nie.. Aku tak berapa suka org tgok aku. Sbb tu aku suka kerja belakang tabir dari depan tabir.. huhu..
Masa mula2 tu, vlogger pertama yg aku kenal adalah nigahiga. Nigahiga banyak kearah komedi dan parody.
Dan pada pertengahan tahun 2009.. aku mula kenal vlogger malaysia, dimana vlogger pertama yg aku kenal adalah mentol pecah. Lawak selamba je diorang.
dan mula la aku kenal matlutfi yg agak awesome..
Aku agak suka kat matlutfi, sbb dia critical thinker dan video dia bnyak buat orang berfikir, mcm blog aku. Benda yg akan membuatkan org berfikir, harap apa yg aku cuba sampaikan, sampai la. :D..
Lama lepas tu, berlambak2 vlogger muncul, ada yg sbb nak femes, ada yg mmg hobi, ada yg ntah hape2.. Bnyak yg tak de isi sgt, yg more to komedi je aku layan. Kadang2 ada yg benda diorang sampaikan tu, bercanggah dan tak patut dibuat pun ada.. =_=ll.. well, so aku layan je mana2 vlogger yg lawak dan yg berilmiah je.
Until one day, I found azmanazlan vlog.
So proud of him, dia setahun lagi muda dari aku, tapi rasanya kematangan dia jauh dari aku. vlog dia lain dari yang lain, sbb dia berunsurkan dakwah dan menarik ramai org.. buktinya, dalam masa setahun je, dia antara top 10 malaysian vlogger list.
Dalam beberapa bulan lepas, ada 1 lagi vlogger misteri yg agak osem.. Iaitu cikbeahosem.
Video dakwah yang menarik, dia maybe tak suka tunjuk muka, tu yg dia represent kartun sebagai ganti dirinya sendiri..
1-1 demi satu vlogger dakwah yang muncul ada yg menarik ntuk aku kenalkan.. Theallshared, MrTheAllshared. diorang budak2 skolah lagi, tapi osem bak kata cik beah osem..
And last and not least.. Adik Adibah dari skolah Al-Amin Gombak. You know what, So proud of her, really really really really proud. She 17, buat her maturity more than the people from my age. Faith in humanity is restored.
Dia bakal fenomena baru, aku mula jumpa video dia pasal hijab tu 23 february yg lepas.. Dia agak osem, sgt osem kot. huhu.. English accent dia, sgt2 clear dan fluent. tak mcm aku yg berterabur, da la grammar tunggang langgang.. haha.. Yang paling penting tu, apa yg dia cuba sampaikan, tak ramai perempuan sebaya aku yg berfikir seperti dia. Terutama bab hijab tu.
YA! Tudung tak wajib, tudung tu hanya sejenis pakaian, tapi yang wajib adalah menutup aurat, bukan mendedah atau membungkus aurat. Lantak korang la nak hana tajima ke, shawl ke, pasmina ke, bawal ke. Asalkan menutup aurat, tak meniru pemakaian agama lain dan tak tabarruj.. Boleh?
Ni antara syarat menutup aurat yg betul.
antara kesalahan yg selalu dibuat.
Yang paling penting.. Tudung labuh segi 3 n bulat, tetap manjadi pojaan hatiku~ hehe.. :D