Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)
Inilah hakikat kehidupan di akhir zaman, masa berlalu dengan begitu pantas. Tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Kalau tahun lepas kita terasa begitu sibuk tetapi tahun ini terasa lebih sibuk; masa terasa begitu pantas beredar, belum sempat menarik nafas, hari baru mula menjenguk tiba-tiba.
Masa adalah kehidupan dan kehidupan itu tiada lain dari ujian. Ujian yang akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Bagaimana kita memanfaatkan masa yang singkat dan bagaimana kita menghargai masa lapang yang kita masih miliki.
Segalanya akan ditanya di Akhirat nanti.
Yang terbaik dikalangan kita ialah orang yang menjaga Taqwanya pada Allah SWT, masa yang paling berharga ialah masa yang dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang utama (awla) bukan 'banyak kerja'.
Allah menguji kita untuk melihat bagaimana kita manfaatkan kehidupan yang singkat ini dengan amal-amal yang berkualiti.
Kegagalan untuk mengukur masa dengan 'Nilai Taqwa' akan menyebabkan kita hilang keseimbangan (tawazun) dalam kehidupan. Tanpa disedari kita menyibukkan diri dalam perkara-perkara yang kurang penting.
Bahkan, kadang-kadang kita korbankan tanggungjawab besar demi melaksanakan tanggungjawab yang kecil dan ringan. Kita bertungkus lumus mencari kekayaan untuk membangunkan rumahtangga dan keluarga tetapi akhirnya kita korbankan keluarga 'yang kita kasihi' demi kekayaan dunia dengan segala janji-janji palsunya.
Kita 'cari makan' hingga tak sempat nak makan, kita membangun kehidupan hingga akhirnya jiwa kita mati terbiar.
Kita membeli hati anak-anak dengan kemewahan tetapi kita menggadai kasih sayang yang sangat mereka inginkan.
Sibukkanlah diri dengan amal soleh, dengan pjuangan utk memartabatkan Islam, dengan dakwah dan dengan kerja- kerja yang betmanfaat..
Semoga Allah menjadikan kita sebagai pemikul risalah Islam dan anak-anak kita nanti sebagai pewarisnya.
Wallahu'alam.
Copy dari https://www.facebook.com/ilinur90/posts/753633677989147?stream_ref=10
Ramai orang berangan angan. Jika diundur masa, aku nak buat itu, ini, betulkan kesilapan, jadi org kaya, dan berbagai2 lagi untuk kehidupan yang lebih baik.
Mungkin hari ini, kita menyesal untuk semalam, dan yang esok menyesal untuk hari ini. Maka loop itu akan terjadi dan terus terjadi jika kita tidak buat sesuatu.
Bagi aku, andai jam ke belakang wujud, aku akan tolak. Kerana, tanpa silamku, aku takkan jadi apa yang aku jadi sekarang, dan aku takkan target apa yang aku target sekarang.
Mungkin ada yg cakap 'bodoh' atau tak pandai menghargai. Tapi, andai masa diputar ke belakang. Mampukah kita takkan buat kesilapan yang sama?
Ia bermula dari seorang, dan ia juga bermula
dari sampah kecil. Walaupun hanya palstik gula-gula. Tapi akhirnya
melarat sehingga sampah yang besar dan lama2 menyakitkan pandangan mata.
Begitu juga pseudosains dan berita yang palsu. Bermula
dari tips mitos, fakta kecil yang salah, dan lama-lama melibatkan agama
dan ayat al-Quran/hadis. Dari "seramai 35 orang dilaporkan telah
berubah setelah melihat video ini" dan seterusnya menjadi "ulama
bersepakat bahawa suara dari tanah itu adalah suara dajjal yang cuba
memanjat naik" dan semakin parah "tawaf mengelilingi hajarul aswad
adalah punca bumi berpusing. Jika tidak tawaf keliling hajarul aswad,
bumi akan berhenti berpusing." Kemudian dikaitkan dengan ayat al-Quran
dan hadis.
Benda nampak kecik, dan menjengkelkan jika ditegur
salah. Begitu juga dengan plastik gula-gula. Hanya kecil dan tidak
nampak di pandangan mata, tapi setelah ia panas dan mula melekat
dijalanan. Maka menjadi kesan yang sukar untuk dibuangkan.
Kesannya walaupun kita sangka, "alah benda kecil sahaja". Tapi kita
sebenarnya dimalukan dan ditertawakan oleh mereka yang mengetahui.
Begitu juga amalan dosa kita. Bermula dengan sesuatu yang kecil, lama-lama menjadi besar, menggunung, dan susah ditanggalkan.
*No offended, ini pesan pada diri sendiri juga. Kerana aku jua pernah melakukannya.
Aku sebenarnya rindu akan lagu-lagu yang bertemakan nasihat dan komedi,
bukan bertema retorik cinta yang klise. Kalau dipasang siaran radio,
boleh dikatakan dari awal sampai akhir mempunyai tema yang sama. Tak
kiralah dilukai, melukai, disukai, menyukai, memendam rasa dan
sebagainya. Semuanya bertemakan perasaan atau cinta.
Kadang-kadang lagu yang bukan bertema cinta pun, liriknya hancur. Tidak
ada kesenian langsung, tiada metafora, personafikasi, hiperbola, ironi
dan lain2. Contohnya,
"Jumpaku di airport tengah beli coklat"
Kapal terbang terbang takde pilot cause Im so fly"
Aduh, hancur.
Jika diamati lirik yang penuh kesenian seperti "Tanya sama hud hud",
penuh dengan metafora, personafikasi dan setiap baris mempunyai cerita
yang tersendiri. M.Nasir sebenarnya mengadaptasi lirik tersebut dari
sebuah karya agung nukilan Farid al-Din Atta yang bertajuk "Musyawarah
Para Burung". Karya tersebut diulang cetak sepanjang zaman sehingga
sekarang.
Lirik pada permulaannya berasal dari susunan ayat
yang dipanggil puisi dan diadun dengan melodi yang menarik. Puisi ada
berbagai jenis seperti puisi epik, puisi naratif, satiric (sarkastic)
dan lain2 lagi. Contoh terdekat adalah "Ulek Mayang".
Lirik
Ulek Mayang adalah puisi epik yang menceritakan kisah Puteri Bunian yang
jatuh cinta dengan sorang nelayan. Dia memukau lelaki tersebut dan
puisi tersebut turut menceritakan pertarungan antara si bomoh dan
keenam-enam puteri. Ianya berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang
ketujuh dan paling sulung seraya bertitah,
"Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat"
Maka berakhirlah pertarungan tersebut.
Contoh lain, adalah O fortuna, lagu yang tidak asing bagi penduduk
dunia. Ada yang pernah dengar, tapi tak tahu ianya adalah lagu tersebut.
(http://www.youtube.com/watch?v=GD3VsesSBsw).
Lagu tersebut berasal dari Latin Goliardic dan sebenarnya mengisahkan
seorang manusia yang mengadu tentang nasibnya. Puisi naratif atau lirik
tersebut kekal hingga sekarang walaupun ianya dikarang pada kurun ke 13.
Aku juga rindu bedah lirik yang mempunyai nilai sastera yang
sangat tinggi dan memerlukan pemikiran kritikal untuk difahami. Lagu
sekarang banyak dikarang secara langsung dan sekadar untuk memenuhi
kehendak jiwa dan berorientasikan keuntungan.
Lagu sebenarnya
boleh mempengaruhi emosi seseorang. Jika radio dipenuhi dengan lagu
patah hati, lagu cinta terlarang, cinta tak kesampaian, cinta yang penuh
dengan angan-angan. Ianya secara tidak langsung mendidik mereka untuk
jadi seseorang yang lemah. Dengar lagu sampai menangis-nangis. Aduh.
Aku suka lagu bertema santai dan komedi dari Art Fazil feat. Imuda yang
bertajuk Rilek brader. Lagu-lagu bertema tersebut seperti hampir tiada.
Kalau dulu, selalu juga dengar lagu isu semasa seperti, "Semua Naik", "
Ayoyo Samy" dan lain-lain lagi. Tetapi zaman sekarang ini ada yang masih seniman seperti Azlan and the Typewriter yang liriknya amat berseni dan mempunyai maksud yang mendalam.
Lagu barat tidaklah terlalu
membimbangkan kerana banyak liri meraka penuh dengan unsur kesenian dan
sastera walaupun lagu tersebut lagu cinta. Tapi ada jugaklah liriknya
berulang-ulang seperti "around the world" dan "tonight is a good night".
No point, ulang berulang-ulang kali sampai kita boleh menyampuk "You
dont say!".
Sejujurnya, aku tahu banyak penulis lirik yang
hebat di bidang seni. Cuma, cukuplah lirik-lirik yang temanya
berulang-ulang dan cukuplah lagu yang macam orang nak menangis sahaja.
Susah nak hadam. Boleh dengar komen mat lutfi tentang ini.