Sunday, March 10, 2013

Jom Tonton Drama Cinta Ni!

Drama ini  boleh ditonton di laman web http://www.youtube.com/user/norhelmee. Satu-satunya drama cinta Malaysia yang aku suka. Setiap episod mempunyai mesej yang tersendiri, unik dari drama-drama lain yang hanya sambungan daripada episod yang lepas.

Plot penceritaan walaupun agak perlahan, tetapi bagi saya setiap mesej yang ingin disampaikan amat jelas. Setiap adegan yang disampaikan dalam setiap episod diselitkan dengan hadis dan ayat al-Quran. Tapi awas, ada beberapa kata-kata hikmat yang betul, tapi mempunyai beberapa kelemahan seperti "Tiada percintaan antara lelaki dan perempuan melainkan percintaan suami isteri". Bagaimana pula cinta antara ibu dan anak? Anak dengan adik perempuan/kawan dan lain-lain. Cinta itu universal, cinta yang mulia membawa mereka ke syurga.

Seperti post saya yang terdahulu http://penseltekan1.blogspot.com/2012/08/awak-macam-mana-cinta-kerana-allah.html. Ada menyatakan cinta kerana Allah. "Apa bila kita mencintainya, zarah itu semakin mencintai Allah, dan keinginan kita akan bertambah untuk membawa zarah tersebut ke jalan Allah. Ianya tidak semestinya dikaitkan dengan cinta "couple" semua itu.






.
.
.
.



Remember, "kalau dah jodoh. Tak ke mana".


Tapi harus diingatkan, Jodoh adalah salah satu rezeki/takdir berusaha. Sama seperti makanan/harta/pangkat/ dan duniawi yang lain. Kita mesti berusaha mendapatkannya, tapi juka bukan milik kita, usaha macammana pun, takkan dapat. Tapi ianya rezeki kita. InsyaAllah.

Sunday, March 3, 2013

Mereka Juga Manusia.



The outcast or a person who is rejected or excluded from a social group.

Mereka disisihkan kerana mereka tidak seperti yang lain, tidak cantik, tidak popular, tidak pandai bergaul, dan lain-lain lagi.

Maka mereka yang merasakan diri mereka sempurna dan mendominasi keadaan sering melakukan eksploitasi terhadap mereka. Mereka akan memperlekehkan dan menghina sama ada dengan perbuatan atau perkataan. Bagi mereka ianya adalah sesuatu yang lucu dan menghiburkan. Tapi tidak bagi mereka yang menerima.




Tahukah anda? Mereka sama sahaja seperti anda, manusia. Mempunyai perasaan, dan bakat tertentu yang anda tidak mengtahui.

Ada antara mereka yang membunuh diri, memendamkan bakat yang mengkagumkan, dan kebanyakannya tidak mampu keluar dari kepompong hidup dan tidak terus maju untuk diri dan menghilangkan potensi individual yang mampu mengubah dunia.

Ini antara kisah benar mereka.











Bagiku, lawak yang menyakiti orang lain adalah tidak lawak langsung. Iya, mungkin kita ketawa apabila melihat seseorang diejek kerana tidak sama seperti orang lain. Cuba anda berdiri di tempat mereka. Apakah anda suka dilakukan sedemikan rupa? Apakah anda juga ketawa?




Untuk mereka yang disisihkan masyarakat. Jangan mengalah, anda seorang berguna jika anda tahu caranya. 



" No matter what you done you need respect, even you make mistake you lovable, doesn't matter you look,
   skills, or age or size or anything you worthwhile. No one can ever take it from you"
- Kai the homeless Hitchhiker.


Monday, February 4, 2013

Tadabbur Alam Dalam Perspekstif Sains

"Cikgu, saya nak pitam" Ahmad mengadu sewaktu latihan kawad.

"Tarik nafas dalam-dalam. Pandang rumput, pandang benda-benda hijau" pesan Cikgu Hasyim selaku orang yang bertanggungjawab menjaga dan melatih kawad untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

********


Pernah terfikir? Kenapa warna hijau? Jika hendak pitam kenapa warna flora menjadi pilihan?

Warna alam atau hidupan flora seringkali dikaitkan dengan warna hijau. Hampir keseluruhan flora adalah warna hijau iaitu panjang gelombang elektromagnetic spektrumnya adalah 520–570 nanometer.

Dalam fizik optik, warna hijau adalah warna yang terletak di antar kuning dan biru yang mempunyai frekuensi 526–606 THz dan panjang gelombang 495–570 nm. Walaubagaimanapun, mata kita hanya mengesan panjang gelombang 520-570 nanometer sahaja sewaktu kita melihat cahaya hijau. Dan tahukah anda, warna hijau ada mempunyai intensiti atau keamatan yang tinggi?




*intensiti cahaya yang paling tinggi adalah warna hijau-kuning.

Setelah saya membaca mengenai mata dan cahaya hijau. Saya boleh mengaitkan mengapa perbualan di atas sering berlaku.


Sewaktu fenomena pitam hendak berlaku, kepulan-kepulan hitam akan muncul dalam penglihatan kita. Sewaktu itu mata kita tidak menerima cahaya tampak dengan stabil. Apabila kita memandang ke arah warna hijau, Rhodopsin akan memberikan respon yang sangat tinggi terhadap warna hijau.

Apa itu Rhodopsin? Rhodopsin pigmen paling sensitif dalam mata yang bertanggungjawab menjadi tindak balas pertama dalam penerimaan cahaya, Rhodopsin paling sensitif ( memberikan respon yang paling tinggi) sewaktu panjang gelombang cahaya adalah 500 nanometer. Gelombang cahaya yang mempunyai 500 nanometer adalah warna hijau.




Rata-rata tumbuhan hijau mempunyai klorofil yang merupakan pigmen fotosintesis yang menukarkan tenaga cahaya matahari menjadi makanan pada dirinya sendiri dan membekalkan tenaga kimia kepada konsumer utama dalam rantai makanan seperti ulat beluncas dan lembu.





Selain menjadi pembekal utama dalam rantai makanan, tumbuhan juga bertanggungjawab menguraikan karbon dioksida kepada oksigen. Oksigen sangat penting bagi proses respirasi kepada semua fauna yang hidup atas muka bumi ini.

Sungguh cukup sempurna Allah menjadikan majoriti warna flora adalah hijau. Manusia menjadi tenang apabila memandang alam hijau yang terbentang luas. Hijau juga adalah warna kesukaan Nabi Muhammad.

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”

Selain warna putih, warna hijau juga sering dikaitkan dengan Agama islam.








*akan dikemaskini

Sunday, February 3, 2013

Filem ala-ala islamik

Jika dilihat drama/filem barat, penulis skrip bukan dari bidang sains, tapi mereka mampu membuat cerita fiksyen sains yang munasabah. Mereka mengkaji dan meneliti sesuatu ilmu sains dan mencampur aduk dengan imaginasi mereka sehingga menjadi isnpirasi para saintis dalam penyelidikan. Contoh seperti laser gun, flying skateboard, fenomena metafizik, dan mcm2 lagi. Dan ada yang dulu fiksyen sains tapi telah menjadi realiti seperti komputer/telefon skrin sentuh. Malah filem sejarah "kingdom of heaven" berkenaan perang salib antara islam dan kristian yang ditulis/diarah oleh orang bukan islam berdasarkan fakta, dan sangat menghormati mana-mana agama yang terlibat.

Jika di Malaysia, tak dinafikan ada yang berkualiti mempelajari sesuatu bidang untuk dijadikan filem. Tapi rata-rata seperti tangkap muat. Pernah terlayan satu cerita malam sabtu (lupa tajuk) yang berkenaan pelajar matrikulasi KPT mampu keluar tiap2 petang hingga malam untuk bekerja sambilan untuk meringankan beban keluarga. Bagi kami yang pernah mengalami sendiri alam matrikulasi KPT, kisah ini amat tidak logik dimana outing kami masih dikawal. Bagi filem/drama yang mengetengahkan perspektif filem islam harus dipuji kerana itulah sepatutnya yang diketengahkan daripada cerita tahyul dan gangster. Tapi penulis skrip/pengarah dan mereka yang terlibat dengan jalan cerita seolah-olah tidak mengkaji dulu kehidupan sekolah pondok/sekolah agama. Dulu dengan kisah 7 petala cinta yang dicemuh, dan kini timbul pula isu drama sahara yang terang-terang tidak mengambarkan kehidupan sekolah pondok/agama seperti berpelukan dan berpegang tangan.

Adakah filem/drama islamik diterbitkan kerana cinta enta/enti makin popular dan sejarah populariti filem/drama "Nur Kasih"??









Sunday, January 27, 2013

I always had this problem.

If didn't check the comment, I'll never know.




http://9gag.com/gag/6427424


http://9gag.com/gag/6427806




Dear my future wife,
I hope you are a frank person.



Sunday, January 20, 2013

Rindu Umat Akhir Zaman.



Aku menangis,

Ya Rasulullah, 
dengarlah rintihan umat akhir zaman ini.

Mengapa aku tidak dilahirkan di zamanmu?

Aku mahu berjuang bersama-samamu,
aku mahu mengangkat pedang bersamamu,
aku mahu menyebar syafaatmu.
aku mahu menjadi nama yang terukir sebagai perawi mu. 

Sungguh aku rindu kuliahmu.

Sahabat rapatmu,
antara 10 orang dijamin ke syurga, 
antara 4 khulafa arrasyidin yang agung,
antara panglima-panglima perang yang digeruni,
antara mereka yang dijadikan contoh sepanjang zaman.

Sungguh aku juga mahu menjadi seperti mereka,

***************************************************************************************************************************************************************************************************

'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat" jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami" celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

*******************************************************************************************************************************************************************************************************

Allahurabbi,
Ya Rasulullah, 

Ya Nabi Salamu'alaika
Ya Rasul Salamu'alaika
Ya Habib Salamu'alaika
Solawatullah 'alaika

Ya Rasulullah
Kau mengakui kami adalah ikhwanmu,
Kau mengakui iman kami paling ajaib,
Kau merindui kami sebelum kami wujud,

*menangis*

Sungguh,
rupanya kamilah yang paling bertuah,
rupanya kamilah yang paling dirinduimu,

Ya Allah,
pertemukanlah kami dengan pesuruhMU,
bebarkanlah rindu persuruhMU,
kami juga merindui persuruhMU,
kami akan terus berselawat ke atas pesuruhMU.

-Musoddiq



*this poem will be edit soon.

Tuesday, January 15, 2013

2+2=5



Mahasiswa di Perjalanan.

Kami anak muda,
kami didedahkan dengan fitnah murahan,
kami didedahkan dengan korupsi hinaan,
kami didedahkan dengan penyelewengan jutaan.
kami didedahkan dengan ideologi sampah bertan-tan.

Media,
menyebarkan berita palsu,
mengajar ilmu sains palsu,
mempermainkan agama,
membodek mereka yang ternama.

Lemas, lemas, lemas,
dengar, dengar dengar,

Kami lalang,
kami putar,
kami letih,
kami sangsi,

Kami tidak dibenarkan berifikir bebas,
kami tidak dibenarkan bersuara bebas,
kami tidak dibenarkan memilih secara bebas,
kami tidak bebas.

Sijil, ijazah, diploma, spm, pmr, upsr,
dipertaruhkan jika kami bersuara,

Jika kami salah, 
tegur dengan berhikmah,
tegur dengan cara terpuji,
bukan dengan ludah berahi,
bukan dengan alasan basi.

Demokrasi diperjuangkan,
diktator diperlihatkan.

Sana kata situ,
situ kata sana.

Kami bakal peneraju bangsa,
kami bakal peneraju agama,
kami bakal penerahu negara.

Mana contoh yang kamu patut beri??

- Musoddiq


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...