Friday, December 30, 2011

PUISI PENUH JIWA~~~~ PEREMPUANKU....

perempuanku..
mengapa kamu diperintahkan menutup kepala?
kerana kamu begitu berharga.
yang nilainya tidak mampu disamakan dengan seberapa banyak harta.
Allah ukir kamu dengan kecantikan yang tiada tolok bandingnya.
kerana itu, kamu dikejar-kejarkan oleh para pemuda.
mereka meracau menginginkan kamu setiap masa.
maka aku rayu dengan menawarkan segala jantung raga.
selubunglah dirimu tanpa tersisa.
kerana engkau ibarat permata yang perlu dijaga.
jangan calar ia melalui darah-darah noda.

pernahkah engkau membaca?
tentang surah yang nyata?
mengatakan perempuan baik hanya diserahkan pada laki-laki yang beriman waja?
tidak adil kamu berkehendak yang sempurna tapi kamu degil untuk memeliharanya.

perempuanku..
agama kita adalah agama yang cukup menjaga.
bukan mengurungmu secara suka-suka.
Allah menyusun hukum kerana Dia saksama.
digalurkan hikmah-hikmah yang mesti kita baca.
bukan dengan minda tapi dengan mata hatimu yang penuh bersedia.

cuba kau lihat antara kaca dan permata,
siapa lebih orang ambil dan suka?
permata kerana ia rapi disingahsana.
dilihat tapi takbisa disentuh rasa.

perempuanku..
mahkotamu adalah HARTA DUNIA!
maruahmu adalah TARUHAN NEGARA!
baik engkau maka baiklah RAKYAT JELATA!
jahat engkau maka punahlah SEMUA MANUSIA!
kerna rahimmu adalah punca SEGALA-GALANYA!

ya Allah..ya Rahman Rahim.
jika aku tidak fikir akan kepentinganku.
akan aku himpunkan semua impianku.
semua doa-doaku.
untuk digalang gantikan kepada semua wanita-wanita yang masih LAMBAT memahami suruhan-MU.

percayalah saudaraku..
jilbab itu adalah tanda megah.
kekuatan ummah.
jangan diremeh apalagi dihina-hina.
berani berubah!aku ada membentengi cemuhan-cemuhan dunia!
masa kita sudah singkat untuk "MENANTI HIDAYAH".
usaha.usaha.usaha!

mari...
aku pimpin tangan.
kita "pulang" yah...sayang...
Rasullulah merindukanmu...

*kesat airmata*


-UMMI~ 

Tuesday, December 27, 2011

CINTA MUKA BUKU

Jika kau cintakan aku
Jumpalah waliku~ :D

Mula2, aku tak suka gila dgn lirik cinta muka buku.. Tapi aku suka dgr melodi lagu yg agak catchy dan rileks.. Lagi bertambah suka apabila dinyanyikan oleh seorang yg agak berbakat.. Bagi aku, lirik dia agak kebudak budakan.. Tapi lirik lagu versi ini.. Aku suka! haha

Thursday, December 22, 2011

The Trending Marriage Proposal



If you read 9gag.com, you'll understand.





Both of them are using the same song.

Kalau aku pun nak proposed mcmnie orait tak? :p
Tapi aku ada imaginasi yg lain~ hehe..

Sunday, December 18, 2011

Panglima Nak Ludah Muka Mahasiswa

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.



 "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."


"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.



Mereka berjuang kerana apa?


Saturday, December 17, 2011

Edisi Sajak..



Atas permintaan, saya akan terangkan setiap maksud rangkap demi rangkap ataupun secara keseluruhan sajak yg ada di edisi sajak~


Ramai yg suka, tapi tak faham maksud. :)

But not today. dalam masa terdekat.. :)

Tuesday, December 6, 2011

Bagaimana Pelangi Terbentuk?

Salam, sepatutnya entry ini patut letak kat science site , tapi rasanya ini pengetahuan asas sahaja. Saje letak disini. Sbb tau dah, ramai yang jarang bukak science site.. Entry ini adalah untuk seseorang yang bertanya bagaimana pelangi terbentuk, tapi penjelasannya secara saintifik. Hehe..

Fenomena ini pertama kali diterangkan oleh Issac Newton, pada tahun 1672, dihadapan "The Philosophical Transactions of the Royal Society".






Dalam fizik optik, fenomena ini dinamakan "dispersion" dan  "refraction" atau dalam bahasa kebangsaan, serakan dan pembiasan. Tahukah anda bahawa warna putih adalah kombinasi daripada 7 warna? Iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu? Ya. Cahaya putih adalah gabungan dari warna-warna tersebut.

Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. Apabila cahaya melalui ketumpatan bahan yang berbeza, ia akan terbias dan berubah arah dalam sudut tertentu bergantung kepada kelajuannya.

Dispersion ataupun serakan adalah fenomena apabila gabungan 7 warna tersebut yg membentuk warna putih dipecahkan mengikut kelajuan tunggal warna tersebut. Contohnya, kelajuan tunggal warna merah, kuning dan sebagainya.

Refraction atau pembiasan adalah fonemena perambatan cahaya mengikut kelajuannya.



Mengikut Snell Laws, nisbah antara sin θ sudut tuju dan sinθ pembiasan adalah bersamaan dingan nisbah laju dalam kedua-dua bahan, dan bersamaan dengan nisbah bertentangan dengan indeks pembiasan masing-masing.


\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1} .

Seperti yang dinyatakan tadi, setiap cahaya mempunyai kelajuan tersendiri, ada yang laju dan ada yang perlahan sedikit dari yang lain.
Apabila warna putih masuk ke medium yang lebih tumpat daripada ruang asalannya. Setiap warna akan berubah arah mengikut kelajuan masing2.. Warna merah akan mempunyai sudut biasan yang rendah kerana mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain, diikuti dengan wrna jingga yang mempunyai kelajuan yang kurang dari warna merah tetapi labih laju dari warna kuning dan yang lain2. Sudut biasan yang paling besar adalah warna ungu kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih rendah.






Apabila ia melalui dinding prism yang kedua, ia akan terbias sekali lagi kerana melalui medium ketumpatan yang berbeza.

Fenomena ini sama seperti kita melihat pelangi apabila selepas hujan.


So, rumusannya adalah, 
- cahaya putih adalah gabungan dari 7 warna.
- setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza.
- kelajuan yang berbeza-beza mempunya sudut pembiasan yang berbeza.
- apabila cahaya putih masuk ke dalam medium yang berbeza ketumpatan, cahaya tunggal tersebut
  akan terserak (dispersion) mengikut halaju cahayanya tersendiri.
- maka fenomena pelangi akan terjadi.



Gud luck for next week..

Saturday, December 3, 2011

Hilter?


Salam permbuka bicara.

Actually kisah nie da lama, aku baru nak komen pasal nie. Bukan apa, ada salah sorang kawan aku post link dgn komen, I love Hitler.

Ini artikelnya,

Tak tahu pemilik asal artikel tersebut, tapi artikel tersebut ada bnyak bukti yg tak sahih dan sgt meragukan. Artikel tersebut ditulis seperti Islam membela Hitler dan Hitler membela islam. Dan secara tak langung membuatkan ramai org Islam berfikir Hitler itu hero org Islam. Bukan apa, Hitler terkenal sebagai antara diktator paling kejam di dunia ini. Tambahan pula fenomena Islam-phobia masih berlaku semenjak peristiwa 9/11. Masyarakat dunia telah menggambarkan bahawa penganut Islam itu adalah pengganas. Jika ramai yang terlampau fanatik dgn artikel tersebut, dan sampai berlaku peperangan di Internet yg hanya jaguh di keyboard, mana tahu isu Hitler ini terkeluar dan org Islam mengagung-agungkan hitler? Boleh nampak apa pandangan org bukan Islam terhadap Islam nanti? Malah ini akan memenangkan org Yahudi itu sendiri.

So apa salahnya kalau kita agungkan dia sebab dia menolong org Islam dgn membunuh org yahudi yg nyata sgt zalim dan musuh Islam sehingga sekarang? Nampak tak apa yang Yahudi buat di Palestin? Iraq? dan negara2 Islam yang lain?


Pernah baca KISAH QOTZMAN PAHLAWAN NERAKA?



Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

 "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.




Aku highlight skali lagi ya..

Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Hitler bukan Islam, dan dia berperang bukan kerana Islam.

So ambil iktibar la ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...