Salam permbuka bicara.
Actually kisah nie da lama, aku baru nak komen pasal nie. Bukan apa, ada salah sorang kawan aku post link dgn komen, I love Hitler.
Ini artikelnya,
Tak tahu pemilik asal artikel tersebut, tapi artikel tersebut ada bnyak bukti yg tak sahih dan sgt meragukan. Artikel tersebut ditulis seperti Islam membela Hitler dan Hitler membela islam. Dan secara tak langung membuatkan ramai org Islam berfikir Hitler itu hero org Islam. Bukan apa, Hitler terkenal sebagai antara diktator paling kejam di dunia ini. Tambahan pula fenomena Islam-phobia masih berlaku semenjak peristiwa 9/11. Masyarakat dunia telah menggambarkan bahawa penganut Islam itu adalah pengganas. Jika ramai yang terlampau fanatik dgn artikel tersebut, dan sampai berlaku peperangan di Internet yg hanya jaguh di keyboard, mana tahu isu Hitler ini terkeluar dan org Islam mengagung-agungkan hitler? Boleh nampak apa pandangan org bukan Islam terhadap Islam nanti? Malah ini akan memenangkan org Yahudi itu sendiri.
So apa salahnya kalau kita agungkan dia sebab dia menolong org Islam dgn membunuh org yahudi yg nyata sgt zalim dan musuh Islam sehingga sekarang? Nampak tak apa yang Yahudi buat di Palestin? Iraq? dan negara2 Islam yang lain?
Pernah baca KISAH QOTZMAN PAHLAWAN NERAKA?
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
Aku highlight skali lagi ya..
Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Hitler bukan Islam, dan dia berperang bukan kerana Islam.
So ambil iktibar la ya.
No comments:
Post a Comment