Tuesday, January 31, 2012
Menonton Filem, Ambillah Ibrahnya.
Betul!
Apa-apa filem atau drama atau segala jenis media hiburan sekalipun, hendaklah ditonton. ASAL SAJA pengajarannya kita ambil.
Bukan berkehendakkan kepuasan nafsu semata-mata.
Nak tonton drama Korea hinggalah drama Melayu sekalipun, selayaknya drama atau filem itu ditonton dengan niat mahu mengambil ibrah daripadanya untuk membangunkan ummah.
Mungkin post berkisar tentang K Pop yang lalu agak bias. Oke. Maaf.
Bagaimana cara untuk cam cerita yang kita baru tonton tadi ada manfaatnya?
Tanya saja kepada diri sendiri, apa pengajaran yang terdapat dalam cerita itu yang kita boleh ambil untuk membangunkan ummah?
Jawab dengan jujur.
And I hope the answers excluded :
Pegajarannya ialah kalau kita nak dapat kekasih yang handsome, kita kena jadi lurus bendul dan buat muka comel.
Atau :
Pengajarannya ialah kalau nak jadi orang alim, kita kena buat dosa sebesar gunung barulah bertaubat.
Akan tetapi kalau pengajarannya berupa :
Menipu walau dengan apa saja cara tetap salah dan dibenci orang
Dan :
Allah itu dekat sedekat urat leher kita. Ke mana saja kita pergi tetap diketahuiNya.
Ayuh kita berkenalan dengan cerita yang insya Allah pengajarannya lebih JELAS dan bukan kabur ditutupi debu.
1) Children of Heaven (Iran)
Mengisahkan Ali dan Zahra. Anak-anak kecil ini adik beradik. Suatu hari Ali disuruh ayahnya untuk mengambil kasut adiknya Zahra yang telah siap dibaiki dari tukang kasut. Tanpa sengaja, kasut itu hilang. Hanya itu satu-satunya kasut yang dimiliki Zahra untuk ke sekolah. Maka Zahra terpaksa memakai kasut Ali yang agak besar untuk ke sekolahnya di waktu pagi. Pulang dari sekolah, Ali pula yang memakai kasut itu ke sekolah sesi petang. Lantaran itu Ali sering lewat ke sekolah.
Apa yang paling mengesankan, apabila Zahra mengugut untuk mengadu kepada ayah mereka bahawa Ali telah menghilangkan kasutnya, Ali lantas menjawab lebih kurang, "Aku bukan takut akan ayah memarahiku, tetapi aku kasihankannya kerana dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membeli kasut barumu!"
Budak kecil sebegitu tahu erti pengorbanan.
2) Baran (Iran)
Sesungguhnya cerita Iran simple tetapi nilai kemanusiaannya tinggi. Kisah ini tentang cinta remaja yang tidak memerlukan sentuhan antara bukan mahram, apalagi berpeluk-pelukan atau berkucupan. Baran adalah anak sulung perempuan yang terpaksa menggantikan ayahnya bekerja di tapak pembinaan setelah ayahnya cedera ketika bekerja. Baran disangka lelaki oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut. Rahsianya lantas diketahui oleh salah seorang remaja lelaki yang turut bekerja di sana, Lateef. Lalu, Lateef jatuh cinta dengan Baran dan dia berusaha melindungi dan menolong Baran dengan caranya tersendiri.
Memandangkan Baran adalah pelarian Afghanistan, dia diberhentikan kerja oleh pegawai pekerja. Baran terpaksa menyara ayah dan adiknya dengan menerima pekerjaan yang berat-berat. Akhirnya dengan pertolongan Lateef, Baran dan keluarganya berhasil pulang ke Afghanistan.
Yang mengharukan, apabila melihat kepayahan ayah Baran berjalan kerana kecederaan di kakinya, Lateef menggunakan duitnya untuk membeli tongkat untuk ayah Baran. Keesokannya, Lateef meletakkan tongkat tersebut di hadapan rumah Baran lalu pulang. Dan ayah Baran menggunakan tongkat tersebut tanpa mengetahui siapa yang memberinya.
3) Mr Brain (Jepun)
Berkisar tentang seorang genius, Tsukumo Ryusuke yang merupakan saintis neurologi yang pakar tentang otak manusia. Kerana kegeniusan beliau, banyak kes-kes jenayah yang rumit dapat diselesaikan. Dari kes pengeboman hinggalah penculikan menteri.
Terfikir juga, semua watak antagonis dalam drama ini asalnya adalah baik, tetapi kerana terdesak dengan masalah masing-masing, mereka memilih jalan yang keji untuk menyelesaikan masalah. Syukur umat Islam kerana percaya bahawa Allah adalah tempat mengadu segala masalah.
Satu perkara yang mengesankan, Tsukumo sebelum kemalangan yang mengakibatkan memorinya hilang di awal cerita, adalah seorang yang sukakan wanita. Tetapi selepas pembedahan ke atas otaknya, dia tidak lagi menggemari wanita yang seksi. Hijrah.
4) Diary of A Wimpy Kid 1 & 2 (Hollywood)
Greg Heffley, budak lelaki yang baru masuk sekolah menengah bawah. Perkara yang sering difikirkan oleh dia ialah bagaimana nak jadi popular. Ironi bukan? Manusia hari ini kebanyakannya niat utamanya adalah untuk popular dalam segala perbuatannya. Kita sebagai Muslim beruntung bukan kerana segala amal hendaklah kerana Allah barulah beroleh pahala. Alhamdulillah.
Tetapi, ekoran ketaksuban Greg untuk jadi popular, dia lupa akan persahabatannya.
Kepincangan keluarga. Ibunya terlalu memanjakan adiknya. Segala silap adiknya dipandang sepi. Abangnya pula sentiasa mencari jalan untuk mengenakannya.
Alangkah indahnya akhlak anak-anak jika praktis Islami diterapkan dalam sesebuah keluarga. Tentu bukan begini jadinya.
5) Ramona and Beezus (Hollywood)
Ramona seorang gadis kecil yang lincah, pandangannya tentang kehidupan lebih kreatif daripada kanak-kanak lain. Tetapi kakaknya, Beezus menganggap dia sebagai pengganggu kerana luar biasanya itu. Seringkali juga guru dan kawannya tidak percaya ceritanya. Apabila ayahnya diberhentikan kerja, Ramona mencari inisiatif untuk mendapatkan duit dengan menjual lemonade di hadapan rumahnya. Tidak berhasil, dia bertukar kepada mencuci kereta jirannya. Banyak lagi malang yang menimpa sehingga Beezus menengking adiknya dan mengatakan Ramona hanya menyusahkan hidupnya. Tetapi, akhirnya mereka menjadi rapat.
Alangkah hebat jika suami isteri Muslim mendidik anak-anak mereka untuk mempunyai pandangan yang kreatif terhadap hidup dan menanamkan prinsip yang teguh dalam diri mereka. Tidak mustahil generasi gemilang yang beriman dapat diwujudkan.
6) 127 Hours (Based on true story)
Seorang pemuda yang gemar aktiviti lasak. Ketika mengembara ke Blue John Canyon seorang diri, Aron terjatuh ke dalam sebuah jurang, sebuah batu besar menghempap sebelah tangannya ke dinding jurang batu tersebut. Tiada siapa yang datang menolong. Berbagai cara digunakan untuk menarik tangannya yang terlekat kukuh. Menyedari usahanya sia-sia, dia mula memotong tangannya menggunakan pisau lipat tetapi hampa kerana pisau itu tumpul.
Selama lima hari terperangkap, sehingga terpaksa minum air kencing sendiri demi menjimatkan air di gurun yang kering kontang, akhirnya dia nekad mematahkan tangannya lalu berhasil keluar dari jurang tesebut berlumuran darah dan ditemui oleh sebuah keluarga yang sedang mengembara.
Menarik : Di akhir filem menunjukkan Aron yang sudah kudung tangannya masih terus melakukan aktiviti lasak.
Semoga umat Islam bersemangat demikian, sanggup berkorban demi Islam, meski sudah pincang, berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir.
7) One Litre of Tears (Jepun)
Rasanya ramai yang kenal cerita ni. Tentang seorang gadis 15 tahun, Aya yang menghidap penyakit saraf. Pergerakannya terbatas. Otaknya tidak boleh memberi arahan kepada tubuhnya untuk buat apa yang dia inginkan.Tiada ubatnya. Bagaimana dia meneruskan hidup dengan pandangan yang positif. Aya juga berbakti pada manusia lain dengan menyiarkan tulisannya bagi memberi semangat kepada pesakit-pesakit sepertinya seluruh Jepun. Ramai kawan yang meminggir diri tetapi sahabatnya tetap teguh di sisinya. Ibunyasentiasa mendorong meski mukanya senyum hatinya menangis. Adik beradik dan ayahnya juga sentiasa di sisi ketika Aya memerlukan.
Babak yang mengharukan : Ketika Aya diejek oleh kawan adik lelakinya kerana langkah Aya seperti orang cacat, Ako, adik perempuannya menarik adik lelakinya pulang ke rumah. Dia marah kerana adiknya tidak membela Aya, kakaknya sendiri. Ako, yang asalnya ego, keras kepala, menangis dan mengaku dia kagum dengan ketabahan Aya menahan pandangan masyarakat yang memandangnya dengan simpati. Aya yang ketika itu baru pulang ke rumah menonton di sebalik pintu, menangis. (kena tengok sendiri cerita ni).
Setakat ini sahaja. Sebenarnya banyak lagi cerita lain yang bagus-bagus.
Maaf kalau tidak kena dengan cita rasa atau pegangan kalian.
Tetapi, rasanya kalau hanya menonton video, faham pengajarannya tapi tidak mengamalkannya, tidak ada gunanya, wahai diri.
Oleh itu, amalkan ibrah yang kita dapat daripada cerita yang ditonton!
- http://kitamakanuntukhidup.blogspot.com/2011/12/menonton-filem-ambillah-ibrahnya.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ak tgk 1 litre of tears stp x ak rse down..stp x ak rse mcm ak xmmpu buat ape2..klau aya yg mcm 2 pn bole berusaha..kenapa ak xbole..cte 2 lg terkesan d hati sbb based on true story.. =')
ReplyDeletep/s:kt tv al-hijrah bnyk muvi best2..
yg dua2 dr jepun tu sya suka..children of heaven, terbaikkk..:)..
ReplyDeleteDiary of Wimpy Kid, 127 Hours, dan 1L of Tears Eika dah tengok. Memang best. Sesuai juga untuk membina fikrah. Ringan atau berat; buat pengubat minda rawan. :)
ReplyDeleteLagi filem yang bagus.. Pursuit of Happiness (based on true story, too). Lakonan Will Smith sama anaknya Jaden Smith (dalam cerita ni JS ni kecil lagi. comel:P).
Dan, Eika amat, amatlah berharap Malaysia juga suatu masa nanti dapat menghasilkan filem yang BAGUS macam semua ni.
All typical love, horror and comedy films should just be diminished! Dont want these films to be filled in our stomach anymore~ Ohho.
p/s: Ini komen terpanjang Eika pernah post kat blog orang. Ehe