Friday, March 30, 2012

Mereka perlukan bimbingan bukan cacian



Sila klik untuk gambar lebih jelas.


Baru2 nie, bnyak la gambar yg membuka aib org tersebar kat fb melalui fanpage dan org perseorangan.. Ya, tau tujuan mereka untuk memberi kesedaran pada orang lain. Tapi tak perlu la menunjukkan muka dan nama pemilik gambar tersebut. So, kalau boleh, tutup muka dan nama orang terebut. Sebab korang dah membuka aib orang lain. Malah ada yg jadi "ustaz" dan "ustazah" dengan mencaci dan menghina dengan kata2 yg kurang enak. Hurm, korang pun boleh tengok sendiri.

Maaf, aku bukan nak sebelah mereka, cuma aku berpegang dengan hadis nabi
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Sebenarnya, mereka perlukan bimbingan, bukan cacian. 
Tak perlu caci orang yang melakukan dosa, tapi benci dengan perbuatan tersebut. 
Korang tak tahu apa yang mereka alami, mungkin mereka dibesarkan dari golongan keluarga yang tidak menekan cara hidup Islam. Mungkin juga cara hidup mereka memang begitu, apa korang pasti mampu menjadi orang alim jika berada di tempat mereka? Seharusnya mereka perlukan bimbingan, bukan cacian.

Aku lagi respect orang yg bertaubat, yang lahir dari lembah dosa.

Si polan 1, dilahirkan dari keluarga yang menekankan cara hidup Islam, sekolah agama, sambung belajar di mesir, amik bidang agama, dan menjadi Dr dalam bidang agama.

Si polan 2, dilahirkan dalam keluarga yang tidak menekan cara hidup islam, hidup di kalangan mereka yang kurang amalkan islam, dan dia hanyut.

Hanya Allah sahaja yang layak tentukan syurga neraka seseorang, alim mcmne pun org tu, tak mustahil dia ke neraka, berdosa besar mcmne seseorang tu, tak mustahil dia ke syurga (kecuali menyekutui Allah). Adndai kita jumpa si polan 1, belajar lah dari dia, amik manafaat yang boleh menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Andai kita menemui si polan 2, bimbingla dia, tegur dgn berhikmah.. jika tak mampu, cukup la sekadar manadah tangan, doakan supaya Allah memberi hidayah terhadapnya.Tak perlu sebarkan aib dia dan caci maki dia. Sesungguhnya akhirat kita sendiri pun tak tau mcmana.. Tak kisah permualaan kita bagaimana, yang penting akhir kita bagaimana. Sempat tak mengucap 2 kalimah syahadah? Apakah Allah meredhai kita dimuka bumi ini?

Nak shared perbuatan salah boleh untuk pengajaran boleh, tapi pastikan ditutup aib orang, tutup segala aurat dan sesuatu yang boleh dijejaki identiti dia.

Sesungguhnya aku lagi admire Rabiatul Adawiyah dari Siti Aisyah r.a (tapi aku masih admire ke-2ya sekali, Siti Aisyah antara penghulu bidadari di syurga).. Kerana Rabiatul adawiyah dahulunya kerja sebagai pe
menyanyi dan pemenuang arak kepada raja dan tetamu raja. Tapi beliau meninggal sebagai salah 1 wali Allah. MasyaAllah.. Semoga kita jadi seperti beliau.. 

2 comments:

  1. Biasalah..manusia. Adakala yang susah itu kita ada-adakan sahaja, Abang Mus. Yang mudah itu kita khilafkan agar tidak nampak. Ironi, walau kita damba yang mudah-mudah, kadang kita lebih memilih yang susah susah. Panjatkan doa jelas lebih mudah daripada lancarkan penghinaan. Kan?

    Dalam keadaan seperti ini, apa yang penting ialah membuka mata dan telinga. Membuka hati untuk lebih celik dalam nyata. Perlu lebih halus untuk memahami segala yang ada. Pandang dari sudut berbeza. pasti nampak ia lebih bermakna. Kerana tanggapan itu sering jadi musuh no 1 pada kefahaman diri.

    Yang dah faham, bagus. Yang tak reti-reti bahasa tu yang menjengkelkan.

    BTW, thanx and congrates for bringing this stuff up. At least someone can stop a while and ponder~ :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...