Wednesday, July 11, 2012

Mimpi yang terlalu indah~

Ramai orang dibuai angan dengan kehidupan yang indah setelah berkahwin, adakah mereka sedar kehidupan selepas berkahwin tidak seindah itu. Ya, memang kita akan ada orang yang menjaga dan menyayangi kita, sentiasa ada di sisi, dan halal segala serba serbi. Tapi, yang datang sekali adalah tanggungjawab, mampu tak membentuk suami/isteri menjadi seorang hamba Allah yang zuhud? Yang paling penting untuk ditekankan. Anak.

Terbaru di twitter, trending " "
Ramai yang meletakkan syarat yang terlalu tinggi untuk pasangan mereka, ada yang nak penyayang, ada yang nak alim, ada yang nak mcm2 lah.. Standard yang diletakkan adalah terlalu tinggi. Sedar tak sedar, diri anda sendiri tu macam mana? "Saya nak suami saya rajin sembahyang tapi tak nak la alim sangat", "Saya nak suami saya baik tapi nakal", "Saya nak  isteri saya ustazah, tapi comel lote mcm heliza" .. Puiii! Ini yang aku boleh bagi, maaf kasar. Tapi mimpi korang tu terlalu indah.. Sila bangun dari tido!!


Apa yang anda buat?

Jika suami/isteri anda tidak seperti anda idamkan,
Apa yang anda buat?
Jika suami/isteri anda curang pada anda,
Apa yang anda buat?
Jika suami/isteri anda tiba-tiba kemalangan dan seluruh hidup anda berubah.
(dari senang ke susah, kereta + rumah kene tarik?)
Apa yang anda buat?
Jika anak anda mengandung anak luar nikah,
Apa yang anda buat?
Jika anak lelaki anda dibuang universiti atau sekolah,
Apa yang anda buat?

Ada terfikir semua tu?
Sesuatu yang baru datang bersama-sama dengan tanggungjawab. Ramai yang ingin kahwin, tapi tidak sedar tanggungjawab yang datang . Tidak terfikirkah nak membawa keluarga ke syurga? Siapa nak ajar anak mengaji? Hantar anak ke ustaz or ustazah kat masjid? Cikgu sekolah boleh ajar untuk diorang??

Mari kita dengar kisah zaman Rasullah ya.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?
Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran. Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'

Bagi aku, nafkah zahir bukan sekadar rumah, kenderaan, makanan, pakaian dan lain2 yang berbentuk diniawi. Akhirat? bukan untuk isteri/suami sahaja tapi untuk anak2 kamu.. Ok, sebab hadis mcmni la ramai yang memilih untuk suami yang alim dan isteri yang ustazah, tapi pada masa yang sama nak dia romantik itu ini, lengkap serba serbi. Orang mcm tu wujud kat dalam mimpi korang je. Tak de orang yang sempurna di dunia ini. Segala-galanya sekarang ini bergantung pada diri anda. Jika dapat suami/isteri yang malas sembahyang, bnyak cara,petua, dan ayat-ayat al-Quran boleh diamalkan. Perkahwinan bukan sekadar nak hidup bersuap, tido berteman, jalan berpengangan tangan, "I LAP U, U LAP ME" so what ever.

Perkahwinan bagi aku, adalah TANGGUNGJAWAB, aku tak kisah jika isteriku langsung tak cintakan aku. Janji dia bertanggungjawab, dan aku akan bertanggungjawab, bg aku cinta manusia ni lalang.. Cuba ingat kembali dalam 3-5 tahun yang lalu. Siapa yang kononya cinta hati kau? Konon nak hidup semati? Cinta ketat-ketat. Em, tak perlu 3-5 tahun kot, tahun lepas da cukup. Siapa? Adakah perasaan korang masih sama? Ada yang da jadi musuh, jadi ex, jadi BFF (a.k.a FRIENDZONE!!).. Tak ramai yang masih mempunyai perasaan yang sama terhadap manusia pada mula-mula berjumpa, dalam perkenalan, dan bila dah kenal sangat-sangat. Takkan sama.. Bagi aku yang tinggal sekarang adalah TANGGUNGJAWAB..

Tgok pasangan ntuk nilai anak.. sbbtu wujudnya term "tgok lah anak awak tu"

Pernahkah Rasulullah S.A.W berdoa, "Ya Tuhan, ambillah aku menjadi nabiMU" ?? Tiada bukan?? Tetapi baginda diberi tanggungjawab bukan atas permintaanya. Namun baginda tetap menunaikan tanggungjawabnya kerana tanggungjawab mesti ditunaikan walau apapun yang berlaku dan diiringi dengan Lillahita'ala.

Laksanakan tanggungjawab anda sebagai suami/isteri dengan Lillahita'ala.. InsyaAllah, ada syurga disebalik perngorbanan mu. Tanggungjawab Lillahita'ala ini merangkumi semua.

Tanggungjawab anda sebagai
-Suami/isteri,
-Anak,
-Pelajar,
-Masyarakat,
-rakyat
-lain2 lagi
-dan yang paling penting adalah, tanggungjawab anda terhadap Islam.

Hentikan mimpi yang terlalu indah, tahukah anda tanggungjawab yang perlu digalas? Setiap harta dan tanggungjawab anda akan dihitung. Isteri anda 4, maka 4-4 tanggungjawab anda akan dihitung, apakan cukup didikan agama? apakah cukup nafkah zahir, apakah cukup nafkah batin? adakah cukup sifat tak tanggungjawab kamu terhadapnya.

Anak pula, cukupkan didikan agama yang kamu beri, cukupkan didikan duniawi yang kamu bagi. Apakah yang anda lakukan bila anak tidak seperti kita harapkan. Walaupun cukup ilmu agama yang diberikan, tetiba anak didapati positif ataupun anak perempuan mengandung luar nikah. Apa yang anda buat?? Kalau typical malay akan buang anak jauh-jauh dan tak mengaku anak. For me, there is second chance to them. Syurga neraka tu bukan anda yang tentukan. Anda sebagai bapa/ibu, anda boleh bawak mereka ke jalan yang benar. Lihat kisah Rabiatul adawiyah, lihat kisah Umar al-Khattab. Siapa mereka sebelum diberi hidayah? Sekarang siapa pula? Mereka adalah yang orang-orang yang dijanjikan syurga dalam hadis. MasyaAllah, tidakkah kamu terfikir? Musuh Nabi no 1, mampu menjadi antara sahabat yang paling akrab? Perempuan pelayan mampu menjadi wali? Jangan beralah jika isteri/suami anda tidak sembahyang, Allah nak bagi pahala free untuk kamu.

But i agree with Ustazah Fatimah Syarha..
"perkahwinan bukan medan perjudian takdir"

Jangan la pula kita da tahu dia tu penagih dadah/penjenayah tegar atau pelacur kelas atasan. Lagi kita nak terima segalanya. Terus terima pinangannya. Itu menjahamkan diri. Kalau anda betul-betul ada superpower dalam menundukkan orang, baru la teruskan. 

Ingat ya, aku paling benci pepatah "lelaki semua sama, tak guna"  1 je aku balas "kau yang tak guna sebab pilih laki yang tak guna".

Ya, memang aku menegaskan redha dengan pasangan dan tidak meletakkan standard yang terlalu tinggi dalam pasangan. Tapi "ular bebisa sila jauhi".. 

Cuma aku nak korang sedar, perkahwinan tidak seindah yang korang impikan. Sila bangun dari tidur, ada tanggungjawab yang besar untuk digalas. Bersedia tidak untuk tanggungjawab tu? Bukan takat romantik 24jam! Pastu meletakkan harapan/standard yang terlalu tinggi untuk pasangan. Siapa pun jodoh anda 1 hari nanti. Terima je. Aku pun tak kisah jika bakal isteriku memang tak de dara. Aku takkan jadi macam orang gila pada malam pertama dan bercerai berai selepas 1 minggu. Cuma, jujurlah padaku, beritahu padaku. Aku akan terima dengan seadanya tapi bersyarat. Anda menyesal dan bertaubat. Biarlah permulaan kita bagaimana pun. Janji yang sekarang dan pengkahiran kira bagaimana.. Itu yang penting.. Aku pun bukanlah sealim para wali, aku pun jahat dan penuh dengan dosa. 

Ini ada kisah benar,

Suami isteri ini hidup dalam keadaan yang agak senang, dimana ada rumah sendiri, kereta mercedes dan kereta sorang satu. Kehidupan mereka mula berubah apabila suami dia diserang angin ahmar. Rumah, kereta, dan lain-lain ditarik sebab tidak bayar bulanan bank. Suami dia diberhentikan kerja keranan tidak mampu lagi bekerja dan Alhamdulilllah, diberi pampasan 2 atau 3 bulan gaji (aku tak ingat). Tapi, semua itu tidak cukup untuk bil perubatan dan kos jangka panjang untuk anak-anak dan keluarga mereka. Mereka mula tinggal di rumah kos rendah, dan bergerak hanya menggunakan pengangkutan awam. Yang mulianya disini aku nak cerita. Isteri dia yang sudah lama tidak bekerja, mula mencari kerja dan menanggung kos perubatan suami dan sekolah anak-anak mereka. Isteri dia langsung tidak abaikan suami dia, tidak tinggalkan suami dia. Dahulu ada driver untuk hantar ke sana sini, tapi sekarang masih ada driver, tapi dikongsi orang ramai (bas). Sabar menempuhi bertahun-tahun sehingga suaminya mampu untuk menyara mereka kembali. Walaupun suami dia tidak pulih sepenuhnya, tapi sudah mampu bertongkat dan pergi ke pejabat. Alhamdulillah, kini walaupun isterinya masih bekerja dan suaminya tidak dapat memberi kemewahan seperti dulu. Tapi isteri dia tetap bersama, dan sentiasa ada menyokong suami dia. Kereta pun dah ada, walaupun cuma sekadar kereta wira. Tapi berbaloi.. Ada 2 pengajaran yang aku dapat dari kisah mereka.
1. Tanggungjawab adalah segala-galanya.
2. Jangan bnyakkan hutang.

Aku sebenarnya menangis apabila tahu kisah hidup mereka. Bertapa mulianya isteri dia tu. Memang bukan berkahwin sebabkan harta, rupa, atau pun yang lain-lain. Sebab isteri dia tu sudah meletakkan tanggungjawab adalah segala-galanya. T.T


Lihat? mampukah anda menjadi seperti isteri tersebut? mampu ke ulang-alik naik bas dan berjalan kaki jauh-jauh yang dahulunya sudah biasa naik merc dan ada pemandu? Perkahwinan tidah seindah yang anda mimpikan.


*aku tahu mesti ramai yang tak puas hati dengan entry aku. Tapi lantak la, bagi aku.. Aku akan meletakkan tanggungjawab adalah yang pertama dalam segala-galanya berbanding "cinta suci" yang korang asyik perjuangkan.




Update

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya. 

Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!" 


-Ustaz Emran Ahmad.


Perkahwinan bukan semata cinta.
Perkahwinan adalah komitmen memperkasakan ibadah.
Membaca Al-Quran bersama isteri, dan memperbaiki tajwidnya.
Berkongsi pandangan dan tazkirah bersama isteri, dan mendengar juga pendapatnya,
Solat berjemaah dengan isteri, dan bangun awal bersama.

Bukannya hanya tahu bermadu perasaan.
Bukan hanya tahu berbicara berkenaan kemanisan.
Bukan hanya tahu sibuk perihal terbang ke awangan.

Rumahtangga,
adalah salah satu bisnes kita untuk akhirat sana!
-------------------------
Setiap kali saya rasa bahagia,
saya akan cakap pada isteri saya:

"Kalau ini mimpi, saya tidak mahu bangun. Kalau ini realiti, saya berdoa kita akan kekal sebegini hingga ke akhir nanti."

Moga diberikan kekuatan, kemudahan dan kelancaran oleh Allah SWT Yang Maha Memberikan.


-Hilal Asyraf

9 comments:

  1. org yg mahu dapat 10A dlam spm, @ 4 flat wktu xm wlau otak x sehebat mana..adekah kite kata org tu berangan saja??

    stp org mahu yg terbaek, dan x semestinye bila die mahu yg terbaek, die tidak berpijak d bumi yg nyata..

    p/s:klau aim yg rendah, kite mgkin akn dpat lg rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilal pun berpendapat dengan aku..

      Perkahwinan bukan semata cinta.
      Perkahwinan adalah komitmen memperkasakan ibadah.
      Membaca Al-Quran bersama isteri, dan memperbaiki tajwidnya.
      Berkongsi pandangan dan tazkirah bersama isteri, dan mendengar juga pendapatnya,
      Solat berjemaah dengan isteri, dan bangun awal bersama.

      Bukannya hanya tahu bermadu perasaan.
      Bukan hanya tahu berbicara berkenaan kemanisan.
      Bukan hanya tahu sibuk perihal terbang ke awangan.

      Rumahtangga,
      adalah salah satu bisnes kita untuk akhirat sana!
      -------------------------
      Setiap kali saya rasa bahagia,
      saya akan cakap pada isteri saya:

      "Kalau ini mimpi, saya tidak mahu bangun. Kalau ini realiti, saya berdoa kita akan kekal sebegini hingga ke akhir nanti."

      Moga diberikan kekuatan, kemudahan dan kelancaran oleh Allah SWT Yang Maha Memberikan.

      Delete
  2. iya tanggung jawab penting tapi dari post diatas seolah2 mengenepikan keprluan cinta. kalau tanggungjawab diserikan lagi dengan cinta dan perasaan belas kasihan insyaallah alam rumah tangga pasti jadi lebih indah. semua saling berkait cumanya kita harus tahu ape keutamaan. pada pendapat dija begitulah.

    p/s: suka melihat cara rasulullah bersama bini bini beliau ;) harapan semoga dapat mencontohi keharmonian rumahtangga baginda ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, cinta boleh dipupuk.. yang paling penting tanggungjawab.. org dulu2 pun bukan bercinta sgt laki bini.. Tahukah anda, Rasulullah lebih cintakan Saiditina khadijah dari Siti Aisyah? Tapi baginda beri hak sama rata dari segi tanggungjawab..

      Delete
    2. aha? tapi kamu jangan lupa. org zaman dulu lain.zaman sekarang lain.zaman sekarang ni environment itu sendiri dah lain. dah berubah. sedangkan sesetengah parents pn biakan anak2 mereka memilih jodoh sendiri sbb mereka paham dgn keadaan skrg yg xmcm zaman dulu. mereka mengerti ape yg patut mereka lakukan dan ape panduan yg mereka bg kat anak mereka.zaman sekarang environment itu sendiri mendidik kita lebih melihat kepada memiliki dr memimpin. dan lebih menghina dari membantu. iya kan? :)

      p/s:cerita kisah rasulullah itu dijadikan sandaran panduan utk kita. ;)
      iye semua org tau baginda sgt cintakan saidatina khadijah tapi mampu samarata dan dalam masa yg sama beliau masih juga cintakan bini2 beliau yg lain walau xsedalam saidatina khadijah.

      Delete
    3. Like I said before. Cinta boleh dipupuk. Ramai org meletakkan cinta tu yg penting untuk perkahwinan. Hakikatnya? bertahan berapa lama? Kadang2 sebab cinta, perempuan tanggung lelaki, dan bnyak buat benda bodoh disebabkan cinta. Including me. So, for me. I'll choose someone that really really do her responsibility. Cinta boleh dipupuk, tak mungkin la dah hari2 jumpe, dah hari2 tidur sekatil. Takkan la langsung tak de perasaan sayang itu datang. Nak tanya, dah baca dah kisah Rasulullah s.a.w sebelum baginda berkahwin dengan isteri mereka? Adakah Rasulullah betul2 mencintai mereka sebelum kahwin? Sesudah kahwin tu, Rasullah s.a.w mencintai isteri-isterinya kerana Allah.

      Baginda pun saya sangat2 pasti meletakkan tanggungjawab adalah perkara pertama sekali. Sebab itu Rasulullah s.a.w tetap meratakan tanggungjawab tapi perasaan tidak.

      Lagipun dalam al-Quran banyak menulis tentang tanggungjawab berbanding mencintai. Contoh ayat

      Laki-laki adalah pemimpin bagi perempuan-perempuan lantaran Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) daripada yang sebahagian (perempuan-perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan harta mereka. Perempuan ‘salihah’ (yang salih) ialah yang taat, yang memelihara perkara-perkara yang tersembunyi dengan cara yang dipeliharakan Allah. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan ‘nusyuz’ (kederhakaan)nya, maka ajarilah mereka dan pisahkan diri daripada tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka kembali taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan buat menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Aliy (Maha Tinggi), lagi al-Kabir (Maha Besar). (an-Nisa ayat 34)

      dan ada banyak lagi hadis/ayat al-Quran ditekankan mengenai tanggungjawab dari cinta.

      Dah agak dah, sebelum nie pun ramai yang tidak puas hati dengan kenyataan mus nie, siapa kata mus menolak cinta 100%. Cuma ramai sangat yang selalu berangan-angan dengan "islamic fairy tales" . Just wake up, perkahwinan tidak seperti anda baca share kat fb, kisah-kisah sweet melampau tengang cinta tidak perlukan sebab, saya tidak kisah itu ini, dan beratus2 kisah cinta yang diselitkan dengan elemen islam.

      Kalau dilihat dengan akal dan realiti, kisah tu takkan wujud. Cuba lihat pernyataan Hilal Asyraf,dan dari Ustaz Emran,

      "Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.

      Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

      Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!"


      Ada salah seorang kenalan mus, baru 2 minggu kahwin dan bercerai. Sebab cerai tidak tahu, tapi yang pasti perempuan yang dicerai tu nak bunuh diri sebeb tak percaya kene cerai. Sebab mereka bercinta lebih dari 5 tahun dan perkahwinan hanya 2 minggu. Nak bunuh diri sebab tidak bersedia dengan dugaan/fitnah rumah tangga. Kene sedar, "fitnah rumah tangga" sangat2 menakutkan dan sangat2 hebat sehingga kita tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi sebenarnya.

      Delete
    4. Ok lah, korang pun bnyak tengok drama2 melayu n drama2 indonesia yang menunjukkan dugaan/"fitnah rumah tangga" yang bagi korang agak dasyat. Well, kat dunia sebenar nanti ada yang lebih dasyat, mana tahu "ibu mertuaku" tu lagi hebat kelakuannya, suami pukul isteri bagai. Isteri melahirkan anak org lain. Ataupun ada org ke-3 yang datang memfitnah isteri/suami.

      Entry ini tidak menidakkan cinta 100% kalau perasan. Cuma ramai yang melatah sebab beritahu effect yang buruk dan banyak antara mereka yang terlalu fikir "islamic fairy tales". Kalau dibaca dengan mata hati, difikirkan dalam2, entry ni langsung tidak menidakkan cinta. Cuma berharap korang jangan terlalu perjuangkan "cinta suci" tapi lupa akan tujuan sebenarnya perkahwinan itu sendiri.

      Ada hadis Rasulullah, (maaf lupa perawi dan lain, cuma dengar di radio ikim).

      Di padang masyar nanti apabila amalan si lelaki dihitung, tiba2 tidak cukup pahala untuknya ke syurga, maka suami pun pergilah mencari isterinya untuk meminta pahala untuk ke syurga. Dan apabila dia pergi ke isteri, maka pada masa itu, semua perkara akan diungkitkan demi meminta sedikit pahala. contohnya si suami akan mengungkit yang pernah memberi emas atau emas atau harta yang banyak kepada isteri. Dan isterinya menyatakan dia pun tidak cukup pahala untuk ke syurga. Dan pergila mereka berdua mencari anak2 yang mereka lahirkan dan besarkan. Apabila jumpa anak2, perkara yang sama juga berlaku, mereka akan mengungkit segala kebaikan mereka pada anak2. Dan anak2 mereka pun tidak cukup pahala ke syurga. Maka tergolong lah mereka dikalangan orang-orang yang rugi. (nanti saya cari balik dalah kitab).

      See, nanti di padang masyar nanti, semua orang akan ungkit balik tentang tanggungjawab. Jika suami itu bertanggungjawab, dapat didik isteri/anak yang soleh. InsyaAllah, mereka adalah aset untuk akhirat. Bukan sanggup terjun banggunan demi "cinta suci".

      Delete
  3. okay ;) terima kasih diatas perkongsian ilmu anda. kiranya anda memilih bercinta dan berkawan serta mngenali psgn anda selepas kahwin kan/ slps die mnjadi yg halal bg anda bukan? semoga anda dpt berjumpa dgn psgn hidup yg bertanggungjawab :) semoga jodoh itu dari syurga. maaf klu anda marah atau terasa. sy cuma bertanya kerana ilmu sy pon xsbyk anda. xseluas anda. perlu byk membaca dan blaja lagi. tapi, satu yg saya tahu, kita hanya kenal psgn kita yg sebenar selepas kita hidup dgn mereka, slps kita menjadi yg halal dan juge kita hidup dgn mereka. iye bercinta 5 tahun pastu cerai sbb terkena fitnah dan xbertanggungjawab seperti mus ckp. tapi mgkn jgk sbb faktor xkenal dgn psgn mereka. perangai yg sebenar. kita berkawan 5 tahun ke 10 tahun ke tetap xcukup utk kita knl dgn psgn kita sampai la kita hidup dgn mereka kan? baru kita tahu siapa mereka yg sebenar. knl lama atau baru, bakcground family islamic ke x itu xboleh jadi kayu pengukur. iman xdapat diwarisi dari seorg ayah yg bertakwa. :)
    terima kasih diatas pekongsian ilmu.semoga anda bertemu dgn jodoh dari syurga ;) goodluck.

    ReplyDelete
  4. okey , tq 4 sharing this imu... mmg faham :)
    cinta tak bawak kemana , kalau tak ada hubungan halal... tp , hubungan halal akan merestui 'cinta' walaupun kita tak kenal apa erti 'cinta'...:) , terbaik !! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...