Sunday, January 20, 2013

Rindu Umat Akhir Zaman.



Aku menangis,

Ya Rasulullah, 
dengarlah rintihan umat akhir zaman ini.

Mengapa aku tidak dilahirkan di zamanmu?

Aku mahu berjuang bersama-samamu,
aku mahu mengangkat pedang bersamamu,
aku mahu menyebar syafaatmu.
aku mahu menjadi nama yang terukir sebagai perawi mu. 

Sungguh aku rindu kuliahmu.

Sahabat rapatmu,
antara 10 orang dijamin ke syurga, 
antara 4 khulafa arrasyidin yang agung,
antara panglima-panglima perang yang digeruni,
antara mereka yang dijadikan contoh sepanjang zaman.

Sungguh aku juga mahu menjadi seperti mereka,

***************************************************************************************************************************************************************************************************

'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat" jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami" celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

*******************************************************************************************************************************************************************************************************

Allahurabbi,
Ya Rasulullah, 

Ya Nabi Salamu'alaika
Ya Rasul Salamu'alaika
Ya Habib Salamu'alaika
Solawatullah 'alaika

Ya Rasulullah
Kau mengakui kami adalah ikhwanmu,
Kau mengakui iman kami paling ajaib,
Kau merindui kami sebelum kami wujud,

*menangis*

Sungguh,
rupanya kamilah yang paling bertuah,
rupanya kamilah yang paling dirinduimu,

Ya Allah,
pertemukanlah kami dengan pesuruhMU,
bebarkanlah rindu persuruhMU,
kami juga merindui persuruhMU,
kami akan terus berselawat ke atas pesuruhMU.

-Musoddiq



*this poem will be edit soon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...