Monday, February 4, 2013

Tadabbur Alam Dalam Perspekstif Sains

"Cikgu, saya nak pitam" Ahmad mengadu sewaktu latihan kawad.

"Tarik nafas dalam-dalam. Pandang rumput, pandang benda-benda hijau" pesan Cikgu Hasyim selaku orang yang bertanggungjawab menjaga dan melatih kawad untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

********


Pernah terfikir? Kenapa warna hijau? Jika hendak pitam kenapa warna flora menjadi pilihan?

Warna alam atau hidupan flora seringkali dikaitkan dengan warna hijau. Hampir keseluruhan flora adalah warna hijau iaitu panjang gelombang elektromagnetic spektrumnya adalah 520–570 nanometer.

Dalam fizik optik, warna hijau adalah warna yang terletak di antar kuning dan biru yang mempunyai frekuensi 526–606 THz dan panjang gelombang 495–570 nm. Walaubagaimanapun, mata kita hanya mengesan panjang gelombang 520-570 nanometer sahaja sewaktu kita melihat cahaya hijau. Dan tahukah anda, warna hijau ada mempunyai intensiti atau keamatan yang tinggi?




*intensiti cahaya yang paling tinggi adalah warna hijau-kuning.

Setelah saya membaca mengenai mata dan cahaya hijau. Saya boleh mengaitkan mengapa perbualan di atas sering berlaku.


Sewaktu fenomena pitam hendak berlaku, kepulan-kepulan hitam akan muncul dalam penglihatan kita. Sewaktu itu mata kita tidak menerima cahaya tampak dengan stabil. Apabila kita memandang ke arah warna hijau, Rhodopsin akan memberikan respon yang sangat tinggi terhadap warna hijau.

Apa itu Rhodopsin? Rhodopsin pigmen paling sensitif dalam mata yang bertanggungjawab menjadi tindak balas pertama dalam penerimaan cahaya, Rhodopsin paling sensitif ( memberikan respon yang paling tinggi) sewaktu panjang gelombang cahaya adalah 500 nanometer. Gelombang cahaya yang mempunyai 500 nanometer adalah warna hijau.




Rata-rata tumbuhan hijau mempunyai klorofil yang merupakan pigmen fotosintesis yang menukarkan tenaga cahaya matahari menjadi makanan pada dirinya sendiri dan membekalkan tenaga kimia kepada konsumer utama dalam rantai makanan seperti ulat beluncas dan lembu.





Selain menjadi pembekal utama dalam rantai makanan, tumbuhan juga bertanggungjawab menguraikan karbon dioksida kepada oksigen. Oksigen sangat penting bagi proses respirasi kepada semua fauna yang hidup atas muka bumi ini.

Sungguh cukup sempurna Allah menjadikan majoriti warna flora adalah hijau. Manusia menjadi tenang apabila memandang alam hijau yang terbentang luas. Hijau juga adalah warna kesukaan Nabi Muhammad.

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”

Selain warna putih, warna hijau juga sering dikaitkan dengan Agama islam.








*akan dikemaskini

Sunday, February 3, 2013

Filem ala-ala islamik

Jika dilihat drama/filem barat, penulis skrip bukan dari bidang sains, tapi mereka mampu membuat cerita fiksyen sains yang munasabah. Mereka mengkaji dan meneliti sesuatu ilmu sains dan mencampur aduk dengan imaginasi mereka sehingga menjadi isnpirasi para saintis dalam penyelidikan. Contoh seperti laser gun, flying skateboard, fenomena metafizik, dan mcm2 lagi. Dan ada yang dulu fiksyen sains tapi telah menjadi realiti seperti komputer/telefon skrin sentuh. Malah filem sejarah "kingdom of heaven" berkenaan perang salib antara islam dan kristian yang ditulis/diarah oleh orang bukan islam berdasarkan fakta, dan sangat menghormati mana-mana agama yang terlibat.

Jika di Malaysia, tak dinafikan ada yang berkualiti mempelajari sesuatu bidang untuk dijadikan filem. Tapi rata-rata seperti tangkap muat. Pernah terlayan satu cerita malam sabtu (lupa tajuk) yang berkenaan pelajar matrikulasi KPT mampu keluar tiap2 petang hingga malam untuk bekerja sambilan untuk meringankan beban keluarga. Bagi kami yang pernah mengalami sendiri alam matrikulasi KPT, kisah ini amat tidak logik dimana outing kami masih dikawal. Bagi filem/drama yang mengetengahkan perspektif filem islam harus dipuji kerana itulah sepatutnya yang diketengahkan daripada cerita tahyul dan gangster. Tapi penulis skrip/pengarah dan mereka yang terlibat dengan jalan cerita seolah-olah tidak mengkaji dulu kehidupan sekolah pondok/sekolah agama. Dulu dengan kisah 7 petala cinta yang dicemuh, dan kini timbul pula isu drama sahara yang terang-terang tidak mengambarkan kehidupan sekolah pondok/agama seperti berpelukan dan berpegang tangan.

Adakah filem/drama islamik diterbitkan kerana cinta enta/enti makin popular dan sejarah populariti filem/drama "Nur Kasih"??









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...