Jika di Malaysia, tak dinafikan ada yang berkualiti mempelajari sesuatu bidang untuk dijadikan filem. Tapi rata-rata seperti tangkap muat. Pernah terlayan satu cerita malam sabtu (lupa tajuk) yang berkenaan pelajar matrikulasi KPT mampu keluar tiap2 petang hingga malam untuk bekerja sambilan untuk meringankan beban keluarga. Bagi kami yang pernah mengalami sendiri alam matrikulasi KPT, kisah ini amat tidak logik dimana outing kami masih dikawal. Bagi filem/drama yang mengetengahkan perspektif filem islam harus dipuji kerana itulah sepatutnya yang diketengahkan daripada cerita tahyul dan gangster. Tapi penulis skrip/pengarah dan mereka yang terlibat dengan jalan cerita seolah-olah tidak mengkaji dulu kehidupan sekolah pondok/sekolah agama. Dulu dengan kisah 7 petala cinta yang dicemuh, dan kini timbul pula isu drama sahara yang terang-terang tidak mengambarkan kehidupan sekolah pondok/agama seperti berpelukan dan berpegang tangan.
Adakah filem/drama islamik diterbitkan kerana cinta enta/enti makin popular dan sejarah populariti filem/drama "Nur Kasih"??
dekat m'sia ni, kebanyakkan cerita mmg terlalu tgkap muat..salah 1 sebab org suke nur kasih, sbb cerita tu yg nampak realistik ckit berbanding cerita2 melayu laen..
ReplyDelete