Saturday, June 22, 2013

Hargai masa sebelum mati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.” (Riwayat al-Bukhari) 

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat Ahmad)

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasuk ke syurga, menanglah dia. Tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali Imran ayat 185)



10 persediaan menghadapi mati.
1. Utamakan fardu ain,
2. Menjauhkan perkara yang merosakkan amal.
3. Sentiasa bertaubat.
4. Segera meminta maf pada orang yang kita buat salah.
5. Mewasiatkan tentang agama, tentang halal dan haram.
6. Memperbanyakkan amal.
7. Menyebarkan ilmu yang bemanafaat.
8. Mendidik anak supaya menjadi soleh/solehah.
9. Selesaikan hutang.
10. Jangan syirik pada Allah.

Monday, June 17, 2013

Alahai penyokong Pak Mat yang buta hati.

Kisah Pak Mat penjual coklat.

Harga kos coklat yang sebenar adalah RM0.30.
Tapi Pak Mat jual dengan harga RM3.00
Kedai Cik Ani terletak jauh 100km dari kedai Pak Mat.
Tapi Cik Ani jual coklat degan harga RM0.50.
Coklat Cik Ani sebnarnya lagi sedap, bermutu, dan berkhasiat dari coklat Pak Mat.

Bagi mereka yang bukak minda atau pernah musafir meluaskan pengalaman, memarahi sikap Pak Mat yang mengaut keuntungan kerana mereka mengetahui permainan sebenar Pak Mat. Coklat Cik Ani lagi berkualiti, lagi sedap, dan lagi berkhasiat tapi mampu menjual dengan harga murah dan masih mempunyai keuntungan berganda.

Pak Mat ambil strategi baru dengan mengurangkan koko dalam coklat dan menjual dengan harga RM2.50.

Orang yang pemikiran katak bawah tempurung bersyukur dengan Pak Mat dan memarahi orang yang masih tidak suka dengan penurunan harga Pak Mat.
Mereka kata, "ukur baju di badan sendiri. Nak murah buat sendiri. Tau hentam dan komplen aja. Turun harga marah, naik harga pun marah."

Mereke sebenarnya masih buta. Mereka tak sedar mereka ditindas. Mereka membeli coklat berharga RM0.30 dengan harga RM2.50 yang berganda-ganda mahal dengan khasiat dan rasa yang tidak sepatutnya dinikmati dengan harga tersebut.

Sunday, June 16, 2013

Jelik dengan geng serban dan tudung labuh yang...

Assalamualaikum.

Maaf entry emosi. Aku sebenarnya jelik dengan geng serban dan tudung labuh yang memperlekehkan golongan pendosa seolah-olah tiada harapan bagi mereka.

Tak semua orang lahir ditarbiyah macam kau.
Tak semua orang ada songkok dan serban macam kau ada.
Tak semua orang ada tudung labuh macam kau ada.
Tak semua orang lahir dijaga dan terpelihara macam kau.
Tak semua orang lahir dapat masuk sekolah agama/maahad/tahfiz/sekolah pondok macam kau.

Kau tak tahu sejarah silam dia, latar belakang dia, kenapa dia jadi begitu, punca dan sebagainya.

Yang kau tahu, hukum dengan terburu-buru. Sebab apa? Sebab kaulah orang paling suci dalam dunia ini?

Sebab apa Allah asingkan kamu semua dari kami sewaktu membesar? Sebab apa Allah jaga dan pelihara kamu semua?

Supaya boleh bimbing kami yang hendak mencari.

Igt kami tak pernah mencari makna Islam yang sebenar? Tidak mencari untuk belajar Islam yang sebenar?

Orang yang menolak Islam 100% ni, dia sembah benda lain ataupun sememangnya dia syirik.

Analoginya seperti anak kecil yang tidak suka sayur. Lagi kau paksa, lagi dia tak suka, dan akhirnya boleh mendatangkan kesan emosi jangka panjang. Mak yang baik dia akan kaji, kenapa anaknya tak suka sayur?
Pahit?
Keras?
Tak suka warna hijau?
atau memang tak sedap langsung tak boleh kene tekak?

Kalau pahit,
masak dengan manisan atau perasa yang mampu hilang rasa pahit.
Keras?
Masak lama sikit, lembut la sayur tu.
Tak suka warna hijau?
Kan ada bnyak sayur yang bukan warna hijau, ungu, merah, kuning pun ada.

Tak sedap langsung dan memang tak boleh kene tekak??
Okay, ini kisah aku. Aku memang suka sayur dari kecik. Tapi aku paling tak suka kobis. Mak aku selalu beli kobis sebab dia murah dan mampu milik. Lol. Satu hari, aku makan KFC yang disertai coleslaw. Aku mampu makan dengan habis sebab mentaliti aku masa tu KFC adalah makanan yang standard, mahal, dan sedap. Oleh kerana aku banyak kali makan KFC dan memang aku habiskan semua makanan yang dalam menu tu. Aku sudah boleh makan kobis, dan sekarang aku la orang yang banyak kaut kobis dalam kuali kt dapur tu.

Point dari cerita perenggan diatas tu. Kalau tak suka, cari cara untuk buat dia suka secara halus.


Ya aku tahu, nak tarbiyah orang bukan mudah. Kadang-kadang kau pun takut nak berdepan dengan kami sebab takut hanyut bersama-sama kami. Tapi tak bermakna kau boleh membiarkan kamu 100%, malah lebih teruk memperlekeh/hina/caci/maki golongan pendosa seperti kami.

Dunia ini bukan hanya engkau dan bulatan gembira kau sahaja. Dunia ini penuh dengan orang yang tidak tahu apa itu bulatan gembira macam kau ada.


"Bergaul dengan mereka yang telah hanyut dan juga insan yang cuba mencari cahaya hidayah benar-benar membuatkan ana tersedar bahawa dibahu ini terpikul satu amanah dan tanggungjawab sosial untuk membantu dan menghulurkan tangan untuk sama-sama memimpin tangan menggapai redha Allah s.w.t. dalam segenap ruang kehidupan. ‘Dunia baru’ yang telah ku lalui ketika itu telah banyak membuka mata dan minda ini bahawa ummah semakin tenat!"


Kadang-kala kepenatan dan keletihan datang menyapa. Ketika terasa lemah dengan ujian dan halangan yang terbentang luas dihadapan. Pasti memori ketika berada di ‘dunia baru’ datang menerpa diminda, sekaligus menaikkan semula semangat ana untuk terus berada dalam arena dakwah.

Mampukah ana untuk laluinya sekali lagi untuk berhadapan dengan masyarakat yang pastinya cabaran itu lebih besar dan hebat ketika tamat Ijazah Sarjana Muda nanti?

Ana juga tidak punya jawapan akan persoalan itu. Apa yang ana tahu, “demi ummah, akan ku teruskan langkah…”Wallahua’lam.

- via http://bidadaribesi09.blogspot.com/2012/01/detik-permulaan-langkahku.html

Ni contoh buat kau. Nak berdakwah, kau kene capai hati orang. Seperti apa yang Rasulullah s.a.w lakukan walaupun ketika Islam belum lengkap dan al-Quran belum lengkap. Rasulullah amik hati orang lain dengan akhlaknya, dan sebarkan agama Islam padanya.

Tanamkan niat, betulkan niat. Hasbunalah waniqmal wakeel. Kau percaya pada Allah, Allah akan tolong kau.

Ini video untuk tatapan kau.


Saturday, June 8, 2013

Resmi Pokok.

"Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang- orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w. dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar."
-Surah AL-FATH ayat ke 29.

"Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya) dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (korma) yang berumpun dan yang tidak berumpun semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."
-Surah Ar-Radh ayat ke 4

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit."
-Surah Ibrahim ayat ke 24

Hassan al Banna menyatakan, proses pembentukan ummah yang baik dimulai dengan pembentukan peribadi baik.

Dalam Surah Ibrahim ayat ke 24, Allah membandingkan kalimah yang baik sebagai sebatang pohon yang baik.



Tadabbur dari penghayatan pembinaan pokok yang baik merangkumi dari empat komponen utama. Iaitu dari benih yang baik, petani yang cekap, tanah yang baik, dan sistem yang baik.

Perumpamaan ini boleh diselarikan dengan kehidupan kita iaitu,
1. Benih - Mutarabbi (org yang dibimbing)
2. Petani - Murabbi (orang yang membimbing)
3. Medium/tanah - Liqa (Satu kumpulan manusia yang berkumpul bukan sahaja untuk menambah keimanan di dada, tapi juga merancang bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah ini.)
4. Sistem yang baik.

Sunday, June 2, 2013

Kau sebenarnya boleh maju dari apa yang kau fikirkan.

Semasa aku mula menceburkan diri dalam dunia penyelidikan. Aku sangat bersemangat dengan dunia baru yang penuh misteri dan menyeronokkan. Sepanjang 2 bulan pertama, aku banyak mengasah pengetahuan dalam bidang yang aku dikhususkan. Agak sedikit mencabar tapi aku ambil dengan perlahan-lahan mengikut tahap kelajuan dalam pemahaman.

Sedikit demi sedikit tugas diberikan, pada mulanya bagi aku sangat senang dan tidak mencabar. Setelah selesai tugas pertama, datang tugas ke dua, dan ketiga dan selanjutnya. Aku sebenarnya tak sangka yang tugas aku sebelum ini sebenarnya persediaan untuk tugas yang bertaraf dunia. Masa tu aku mula bukak mata, pesaing aku bukan lagi budak kelas, bukan lagi orang yang kita kenal, malah lebih hebat dari apa yang kita bayangkan.

Tugas sebenar setelah latihan dan pemahaman berbulan-bulan bagi aku sangat mencabar dan kadang-kadang menyebabkan aku hilang arah. Aku banyak kali tidak yakin dengan hasil eksperimen aku. Boleh ke hasil ini diterima? Entah-entah kene reject. Lepas beberapa bulan buat kerja tu, aku terkejut sebab ada orang publish paper sebijik apa yang aku buat. Time tu aku tak sangka yang kerja aku ni, sebenarnya penting lebih dari apa yang aku bayangkan. Jadi, aku cuba lawan result eksperimen dia, amik masa berbulan-bulan dan menemui jalan buntu.


Dari A aku ke B, dar B aku ke C. Tapi bila B ke C aku tak dapat lawan dengan keputusan orang yang da publish sebelum aku tu. Sampai satu tahap, aku jadi stalker. Aku cek profile orang tu. Apa yang mengejutkan aku, dia adalah postdoc yang berpengalaman selama 7 tahun dan mempunyai berpuluh-puluh paper dalam bidang aku ceburi.

Masa tu aku dah down giler. Bertapa aku depan paper dia dengan result eksperiment aku. Rupa-rupanya, aku dah buat lebih dari apa yang aku bayangkan.


Hasil dari kegagalan aku melawan postdoc yang berpengalaman selama 7 tahun tu berbaloi apabila aku dapat silver medal dalam I-Idea2013 yang bertempat di UiTM Perlis.



Ada beberapa orang yang melihat hasil kerja aku, mereka tertarik dengan apa yang aku lakukan. Malah, ada beberapa orang yang berminat untuk kolaborasi. 

Pengajaran yang aku dapat. Sebenarnya kita boleh maju dari apa yang kita bayangkan. InsyaAllah. 

Hasbunallah waniqmal wakeel. Niqmal maula waniqman naseer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...