Sunday, June 2, 2013

Kau sebenarnya boleh maju dari apa yang kau fikirkan.

Semasa aku mula menceburkan diri dalam dunia penyelidikan. Aku sangat bersemangat dengan dunia baru yang penuh misteri dan menyeronokkan. Sepanjang 2 bulan pertama, aku banyak mengasah pengetahuan dalam bidang yang aku dikhususkan. Agak sedikit mencabar tapi aku ambil dengan perlahan-lahan mengikut tahap kelajuan dalam pemahaman.

Sedikit demi sedikit tugas diberikan, pada mulanya bagi aku sangat senang dan tidak mencabar. Setelah selesai tugas pertama, datang tugas ke dua, dan ketiga dan selanjutnya. Aku sebenarnya tak sangka yang tugas aku sebelum ini sebenarnya persediaan untuk tugas yang bertaraf dunia. Masa tu aku mula bukak mata, pesaing aku bukan lagi budak kelas, bukan lagi orang yang kita kenal, malah lebih hebat dari apa yang kita bayangkan.

Tugas sebenar setelah latihan dan pemahaman berbulan-bulan bagi aku sangat mencabar dan kadang-kadang menyebabkan aku hilang arah. Aku banyak kali tidak yakin dengan hasil eksperimen aku. Boleh ke hasil ini diterima? Entah-entah kene reject. Lepas beberapa bulan buat kerja tu, aku terkejut sebab ada orang publish paper sebijik apa yang aku buat. Time tu aku tak sangka yang kerja aku ni, sebenarnya penting lebih dari apa yang aku bayangkan. Jadi, aku cuba lawan result eksperimen dia, amik masa berbulan-bulan dan menemui jalan buntu.


Dari A aku ke B, dar B aku ke C. Tapi bila B ke C aku tak dapat lawan dengan keputusan orang yang da publish sebelum aku tu. Sampai satu tahap, aku jadi stalker. Aku cek profile orang tu. Apa yang mengejutkan aku, dia adalah postdoc yang berpengalaman selama 7 tahun dan mempunyai berpuluh-puluh paper dalam bidang aku ceburi.

Masa tu aku dah down giler. Bertapa aku depan paper dia dengan result eksperiment aku. Rupa-rupanya, aku dah buat lebih dari apa yang aku bayangkan.


Hasil dari kegagalan aku melawan postdoc yang berpengalaman selama 7 tahun tu berbaloi apabila aku dapat silver medal dalam I-Idea2013 yang bertempat di UiTM Perlis.



Ada beberapa orang yang melihat hasil kerja aku, mereka tertarik dengan apa yang aku lakukan. Malah, ada beberapa orang yang berminat untuk kolaborasi. 

Pengajaran yang aku dapat. Sebenarnya kita boleh maju dari apa yang kita bayangkan. InsyaAllah. 

Hasbunallah waniqmal wakeel. Niqmal maula waniqman naseer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...