Betul ke puasa niat sebulan terus tak sah? Sebab mazhab imam Syafie mewajibkan niat puasa tiap-tiap hari.
jawapan:
Sebenarnya sah.
Niat kedua-dua itu diterima dari segi syarak. Niat puasa sebulan adalah
bersandarkan mazhab maliki. Tapi pada permulaan malam 1 ramadhan,
diniatkan puasa 1 bulan sebagaimana mazhab maliki. Manakala setiap malam
sebelum bermula hari puasa, kita niat untuk sehari seperti mazhab
Syafie. Supaya jika kita terlupa untuk niat sehari, tapi diganti dengan
niat puasa sebulan untuk meraikan khilaf.
- Ustaz Azrul Ismail, Editor Syariah Telaga Biru. (di Ikim.fm, 26/6/2013)
*****************************************************
Puasa tapi tidak solat.
Sah tak puasa orang yang tidak solat?
Sah, yang tidak sah adalah orang bukan islam yang berpuasa. Kerana
syarat sah puasa yang pertama sekali adalah Islam. Tiada termaktub
syarat sah puasa kena sambahyang.
Cuma orang puasa tapi tidak
sembahyang puasanya tidak kemana-mana kerana amalan yang mula-mula perlu
ada adalah (tiang) agama. Kerana Rasullullah bersabda "Solat adalah
tiang agama." (Hadis hasan diriwayat oleh Abu Nu'aim). Hendak buat
rumah perlu ada tiang. Maka puasanya adalah rijab (dinding). Maka
lantainya adalah zakat, dan atapnya adalah haji bak kata ulama'.
Jadi kalau tak ada tiang, tidak dihitung yang lain. Kerana mula-mula
dalam kubur amalan yang ditanya adalah sembahyang. Kalau sembahyang itu
ada, baru amalan lain diterima dan dihitung.
Dari segi feqah orang tidak sembahyang tapi puasa adalah sah.
Tapi jangan pula kita melawan hukum Allah dengan tidak berpuasa, kerana
ianya menjadi rukun Islam. Samseng macammanapun kita, puasalah. Kerana
yang bagi azab adalah Allah. Nanti jenuh nak ganti puasa bila sudah
bertaubat.
- Diolah dari Ceramah Ustaz Idrus,
No comments:
Post a Comment