Thursday, September 29, 2011

Piezoelectric Touch Screen

Salam smua.. Harini aku nak buat bahagian baru pulak. Pasal smartphone, aku akan khususkan pada bahagian skin sentuh "touch screen". Harini ramai da pakai hp android, iphone, blackberry, galaxy tab, ipad, dan bnyak lagi yang menggunakan applikasi piezoelectric. 


(idaman aku setakat ini)

Ramai yang masih tak tahu, macam mana skin sentuh berfungsi?  Tahu sentuh ada la kan? huhu.. macam aku mula2 dulu.

Ok, kita "back to basic", macamana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat eleketrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?

Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu. Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie menkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880.

Apa itu piezoelektrik?
Piezoelekterik adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik. Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjanakan kuasa elekterik, dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.


Nampak kat atas gambar nie? apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan  elektrik terhadap bahan tersebut.

Apa bahan piezoelektrik nie?
File:Quartz, Tibet.jpg              
            Kristal Quartz                                             
Rochelle salt

ada bnyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.


Aplikasi piezoelektrik.

Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.

 

budak-budak gitar panggil pickup.

Ini demonya




Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh!

skrin sentuh sangat2 popular pada telefon bimbit dan mini tablet. ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.



Aku pun tak sangka, genius sungguh mereka menggukanan aplikasi piezoelektrik, selama aku belajar, apa yang aku nampak hanyalah untuk alat muzik seperti drum elektrik, gitar dan sebagainya. 

5 comments:

  1. nice post mus!, itu la tak terfikir pun fungsi piezo kat touch screem

    ReplyDelete
  2. piezo nie gune pressure like in resistive, capacitive lebih berkesan berbanding piezo la mksud ny ek...

    ReplyDelete
  3. woah. budak meka berbicara. tak berapa nak paham aku. haha :p

    ReplyDelete
  4. kusyuk: em.. nie teknologi yg baru.. tapi org da tak guna sgt dah
    midi: iya~ capasitive lagi berkesan
    kertas: aku budak sains la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...