Tuesday, December 6, 2011

Bagaimana Pelangi Terbentuk?

Salam, sepatutnya entry ini patut letak kat science site , tapi rasanya ini pengetahuan asas sahaja. Saje letak disini. Sbb tau dah, ramai yang jarang bukak science site.. Entry ini adalah untuk seseorang yang bertanya bagaimana pelangi terbentuk, tapi penjelasannya secara saintifik. Hehe..

Fenomena ini pertama kali diterangkan oleh Issac Newton, pada tahun 1672, dihadapan "The Philosophical Transactions of the Royal Society".






Dalam fizik optik, fenomena ini dinamakan "dispersion" dan  "refraction" atau dalam bahasa kebangsaan, serakan dan pembiasan. Tahukah anda bahawa warna putih adalah kombinasi daripada 7 warna? Iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu? Ya. Cahaya putih adalah gabungan dari warna-warna tersebut.

Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. Apabila cahaya melalui ketumpatan bahan yang berbeza, ia akan terbias dan berubah arah dalam sudut tertentu bergantung kepada kelajuannya.

Dispersion ataupun serakan adalah fenomena apabila gabungan 7 warna tersebut yg membentuk warna putih dipecahkan mengikut kelajuan tunggal warna tersebut. Contohnya, kelajuan tunggal warna merah, kuning dan sebagainya.

Refraction atau pembiasan adalah fonemena perambatan cahaya mengikut kelajuannya.



Mengikut Snell Laws, nisbah antara sin θ sudut tuju dan sinθ pembiasan adalah bersamaan dingan nisbah laju dalam kedua-dua bahan, dan bersamaan dengan nisbah bertentangan dengan indeks pembiasan masing-masing.


\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1} .

Seperti yang dinyatakan tadi, setiap cahaya mempunyai kelajuan tersendiri, ada yang laju dan ada yang perlahan sedikit dari yang lain.
Apabila warna putih masuk ke medium yang lebih tumpat daripada ruang asalannya. Setiap warna akan berubah arah mengikut kelajuan masing2.. Warna merah akan mempunyai sudut biasan yang rendah kerana mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain, diikuti dengan wrna jingga yang mempunyai kelajuan yang kurang dari warna merah tetapi labih laju dari warna kuning dan yang lain2. Sudut biasan yang paling besar adalah warna ungu kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih rendah.






Apabila ia melalui dinding prism yang kedua, ia akan terbias sekali lagi kerana melalui medium ketumpatan yang berbeza.

Fenomena ini sama seperti kita melihat pelangi apabila selepas hujan.


So, rumusannya adalah, 
- cahaya putih adalah gabungan dari 7 warna.
- setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza.
- kelajuan yang berbeza-beza mempunya sudut pembiasan yang berbeza.
- apabila cahaya putih masuk ke dalam medium yang berbeza ketumpatan, cahaya tunggal tersebut
  akan terserak (dispersion) mengikut halaju cahayanya tersendiri.
- maka fenomena pelangi akan terjadi.



Gud luck for next week..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...