Saya bukan pakar ekonomi, mahupun pakar kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan wang. Uruskan duit sendiri pun masih tergapai-gapai. Tapi setakat ini Alhamdulillah.
Tetapi saya disini ingin membangkitkan 2 isu dalam perihal bajet tersebut. Saya sudah membaca hampir keseluruhan 173 bajet yang dibentangkan baru-baru ini, dan saya paling tidak bersetuju dengan fasal 120 bajet 2013.
Dalam fasal 73, bidang RnD hanya diberi bajet sebanyak 600juta dan diberikan kepada 5 universiti terpilih.
Saya amat tidak menyetujui pembaziran sebanyak RM300juta tersebut. Walaupun saya baru 3 bulan dalam bidang RnD disalah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, saya tahu dan mengalami sendiri situasi kekangan wang untuk membuat penyelidikan. Iyalah, baiklah, bidang RnD perlu matang dan berkualiti. Maka pandai-pandailah berjimat bukan? Tapi RM300juta duit telefon pintar adalah sesuatu pembaziran yang hakiki. Dalam masa 2-3 tahun, dalam 1 juta belia tersebut pasti akan menukar telefon pintar tersebut dengan yang lain ataupun rosak. Tetapi dalam pelaburan dalam bidang RnD akan memberikan pulangan lebih dari 300juta dalam masa jangka panjang. Mana satu yang sesuai?
Ada banyak kelengkapan dan prasarana di dalam makmal penyelidikan yang boleh dianggap tidak menepati ISO, dan agak uzur. Banyak juga prosedur yang dilakukan secara manual dan mendedahkan penyelidik kepada ralat paralaks (iaitu kesilapan manusia) yang tinggi. Sedangkan diluar negara atau institusi swasta mereka menggunakan alat yang canggih dan dapat meminimumkan ralat dalam sesuatu eksperimen. Hasil eksperimen sudah tentu lebih tepat dan memberi impak yang besar dalam penyelidikan. RM300 juta itu boleh membantu menyelesaikan masaalah kekangan wang yang dihadapi para penyelidik. Malah boleh diperluaskan di beberapa universiti untuk menjalankan penyelidian. Sudah tentu persaingan dalam bidang penyelidikan semakin berkualiti dan banyak hasil penemuan yang memberansangkan akan di cpai. Bukankah slogan yang sering diguna pakai "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Saya tidak nampak RM300 itu akan memberi manafaat jangka panjang kepada rakyat, mahupun manafaat dalam pencapaian.
Memang bidang penyelidikan memerlukan kos yang agak tinggi, tapi pulangannya lebih dari apa yang dilaburkan. CERN, MIT, dan beberapa lagi institusi lain membelanjakan dana yang tinggi dalam bidang penyelidikan. Tetapi hasilnya? Mereka mampu memberi pulangan lebih dari apa yang mereka laburkan. Malah memangkinkan penemuan sainsifik yang terhebat dalam abad ini. Terbaru ini, intitusi asing mampu
mengejutkan dunia sains apabila memnemui beberapa bukti yang boleh mengubah sejarah sains seperti penemuan Higgs Boson, neutrino menjelajah melebihi kelajuan cahaya, dan mereka mampu membuat eksperimen big bang yang pernah dianggap mustahil 1 ketika dahulu.
Saya harap perdebatan dewan parlimen mengenai bajet 2013 akan membangkitkan isu ini.
No comments:
Post a Comment