Artikel kali ini tiada kena mengena dengan orang yang bergelar mualaf, tapi ditujukan pada masyarakat yang sememangnya yang beragama Islam.
Ramai yang bangga apabila berjaya mengislamkan orang yang bukan Islam. Tapi usahanya sampai disitu sahaja. Maka terkontang-kanting la saudara baru kita yang suci itu. Dan itulah salah satu punca mengapa saudara baru kita pulang ke agama asal. Ya, pahala mengislamkan orang adalah sangat-sangat besar dan dijanjikan syurga. Sepatutnya selepas anda mengislamkan seseorang, anda pun perlu pastikan kelangsungan dia selepas masuk Islam. Akidahnya, feqahna, dan lain-lain lagi yang perlu dijajar.
Apabila perempuan dahi licin dari kaum lain yang masuk agama Islam. yang lelaki-lelaki ramailah yang berpusu-pusu untuk mengambil dia menjadi isteri. Sehari boleh mencecah 100 atau lebih jika kisahnya di siarkan di laman sosial. Yang mendoakan baguslah, yang terus proposed kahwin tu alahai. Kalau betul-betul lelaki itu ikhlas dan jujur. Lelaki tu perlu tahu, wanita mualaf tu ibarat bayi baru lahir. Semua benda tentang islam perlu diajar. Mengenal alif ba ta, tajwid, fardu ain, rukun iman, rukun islam. Anda kene pastikan dia sembahyang 5 waktu sehari. Jangan anda ingat dia akan ikut kita 100%. Mesti ada sesuatu yang agak berbeza dengan amalan harian yang sebelum ini. Pada masa itu, dakwah penuh hikmah sangat-sangat diperlukan. Anda mampu?
Tapi kalau anda memang berjodoh dengan mualaf. Maka anda memikul tanggungjawab yang lebih besar dari wanita yang memang asalannya Islam. Jadi, jangan abaikan tanggungjawab anda tu. InsyaAllah, pahala yang dijanjikan Allah adalah sangat besar, dan anda sangat mudah dapat pahala. Secara tidak langsung anda pun boleh mengamalkan apa yang anda belajar. Anda perlu jadi guru fekah, tajwid, usuluddin, dan bidang agama-agama lain yang wajib dipelajari.
Sekarang ini antara 2 sahaja. Anda sanggup atau tidak sanggup untuk menerima tanggungjawab yang besar itu. Ini bagi yang asyik berfikir Selamat berfikir. Wassalam.
nota kaki:
Bagi Mualaf yang membaca, jangan risau. Ada beratus-ratus pertubuhan kerajaan dan NGO yang menjaga kebajikan anda, dan jangan risau tentang jodoh. Semuanya sudah tertulis sejak awal lagi. InsyaAllah, ramai yang sudi nanti. Artikel ini untuk menyedarkan bakal suami/isteri tentang tanggungjawab mereka.
islam yang dicari itu selalunya lebih difahami dari islam yang diwarisi..
ReplyDeletep/s:untuk kes yg convert bkn sbb nk kawen..