Monday, February 3, 2014

Lirik Lagu Cinta?? Ah!



Aku sebenarnya rindu akan lagu-lagu yang bertemakan nasihat dan komedi, bukan bertema retorik cinta yang klise. Kalau dipasang siaran radio, boleh dikatakan dari awal sampai akhir mempunyai tema yang sama. Tak kiralah dilukai, melukai, disukai, menyukai, memendam rasa dan sebagainya. Semuanya bertemakan perasaan atau cinta.

Kadang-kadang lagu yang bukan bertema cinta pun, liriknya hancur. Tidak ada kesenian langsung, tiada metafora, personafikasi, hiperbola, ironi dan lain2. Contohnya,

"Jumpaku di airport tengah beli coklat"
Kapal terbang terbang takde pilot cause Im so fly"

Aduh, hancur.

Jika diamati lirik yang penuh kesenian seperti "Tanya sama hud hud", penuh dengan metafora, personafikasi dan setiap baris mempunyai cerita yang tersendiri. M.Nasir sebenarnya mengadaptasi lirik tersebut dari sebuah karya agung nukilan Farid al-Din Atta yang bertajuk "Musyawarah Para Burung". Karya tersebut diulang cetak sepanjang zaman sehingga sekarang.

Lirik pada permulaannya berasal dari susunan ayat yang dipanggil puisi dan diadun dengan melodi yang menarik. Puisi ada berbagai jenis seperti puisi epik, puisi naratif, satiric (sarkastic) dan lain2 lagi. Contoh terdekat adalah "Ulek Mayang".

Lirik Ulek Mayang adalah puisi epik yang menceritakan kisah Puteri Bunian yang jatuh cinta dengan sorang nelayan. Dia memukau lelaki tersebut dan puisi tersebut turut menceritakan pertarungan antara si bomoh dan keenam-enam puteri. Ianya berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung seraya bertitah,

"Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat"

Maka berakhirlah pertarungan tersebut.

Contoh lain, adalah O fortuna, lagu yang tidak asing bagi penduduk dunia. Ada yang pernah dengar, tapi tak tahu ianya adalah lagu tersebut. (http://www.youtube.com/watch?v=GD3VsesSBsw). Lagu tersebut berasal dari Latin Goliardic dan sebenarnya mengisahkan seorang manusia yang mengadu tentang nasibnya. Puisi naratif atau lirik tersebut kekal hingga sekarang walaupun ianya dikarang pada kurun ke 13.

Aku juga rindu bedah lirik yang mempunyai nilai sastera yang sangat tinggi dan memerlukan pemikiran kritikal untuk difahami. Lagu sekarang banyak dikarang secara langsung dan sekadar untuk memenuhi kehendak jiwa dan berorientasikan keuntungan.

Lagu sebenarnya boleh mempengaruhi emosi seseorang. Jika radio dipenuhi dengan lagu patah hati, lagu cinta terlarang, cinta tak kesampaian, cinta yang penuh dengan angan-angan. Ianya secara tidak langsung mendidik mereka untuk jadi seseorang yang lemah. Dengar lagu sampai menangis-nangis. Aduh.

Aku suka lagu bertema santai dan komedi dari Art Fazil feat. Imuda yang bertajuk Rilek brader. Lagu-lagu bertema tersebut seperti hampir tiada. Kalau dulu, selalu juga dengar lagu isu semasa seperti, "Semua Naik", " Ayoyo Samy" dan lain-lain lagi. Tetapi zaman sekarang ini ada yang masih seniman seperti Azlan and the Typewriter yang liriknya amat berseni dan mempunyai maksud yang mendalam.

Lagu barat tidaklah terlalu membimbangkan kerana banyak liri meraka penuh dengan unsur kesenian dan sastera walaupun lagu tersebut lagu cinta. Tapi ada jugaklah liriknya berulang-ulang seperti "around the world" dan "tonight is a good night". No point, ulang berulang-ulang kali sampai kita boleh menyampuk "You dont say!".

Sejujurnya, aku tahu banyak penulis lirik yang hebat di bidang seni. Cuma, cukuplah lirik-lirik yang temanya berulang-ulang dan cukuplah lagu yang macam orang nak menangis sahaja. Susah nak hadam. Boleh dengar komen mat lutfi tentang ini.

Mat Luthfi - rant on lagu cinta
http://www.youtube.com/watch?v=0xtv12yKkm0

1 comment:

  1. ak suke lirik2 lagu salam muzik..xde la pasal cinta je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...