Filem dan drama Islam
mutakhir ini kian mendapat tempat di arena seni Malaysia. Ianya hasil daripada
pembiasan sambutan tinggi filem Islamik dari Indonesia di Malaysia. Setelah
drama tempatan Nur Kasih mendapat kedudukan yang tinggi dan disusuli dengan
filemnya yang pecah panggung, beberapa penerbit filem mula mempertengahkan
filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu,
filem-filem dan drama tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif dalam
berdakwah.
Terdapat beberapa
elemen klise dan kurang padu dalam penulisan skripnya mahupun ideologi yang
dibawakannya. Adunan filem islamik seringkali memaparkan elemen cinta dan
ketakutan dalam beragama. Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak
lebih kepada elemen cinta yang mengkhayalkan dan saya akui memang ada diselit
elemen keagaaman dalam filem tersebut, tetapi banyak yang ditonjol adalah cara
hidup orang Melayu Islam berbanding Islam yang universal itu sendiri. Drama-drama
dan filem islamik yang dipaparkan kebanyakannya kosong dan mesej yang terlalu
diambil mudah untuk disampaikan.
Selain itu, kisah
penggali kubur lebih kepada menakut-nakutkan penganut agama Islam dan terlalu
menekankan balasan alam kubur. Namun mereka kurang menengahkan kecantikan dan
keindahan Islam itu sendiri. Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan
penganutnya. Islam lahir dengan cinta, bagaimana Allah mencintai semua orang
tanpa mengira bangsa dan agama. Allah mecintai semua hambanya walaupun dia
adalah pendosa. Sebagaimana kisah si pelacur yang masih mampu ke syurga dengan
perbuatan baik d penghujung nyawanya. Sebagaimana Bilal Bin Rabah yang dianggap
hina oleh masyarakat arab tetapi dipandang mulia oleh Islam.
Selanjutnya, filem
dakwah tidak semestinya bertajuk "Nur Kasih", "Dalam mihrab
cinta", "Ketika cinta bertasbih", "Ustaz mu tunggu aku
datang", "7 petala cinta" dan tajuk yang berkaitan dengan
perkataan yang sinonim dengan agama.
Juga, filem tersebut
tidak perlu berlatar belakangkan kehidupan pondok, watak pemuda hensem
berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di gunung sahara, suasana
kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai
lagi elemen-elemen klise yang sudah boleh dijangka latar belakang tempatnya.
Filem dakwah Islam
boleh sahaja berkonsepkan seperti PK, My Name is Khan, dan berbagai lagi filem
yang menonjolkan fundamental Islam dan bukan penganutnya. Mungkin boleh sahaja
kita cipta watak seperti Fahri, Aisha, watak-watak gadis sempurna dalam novel Ustazah
Fatimah Syarha, dan lain-lain. Sedangkan realitinya tidak ada orang sebegitu.
Ya benar, kita boleh mengambil iktibar untuk menjadi seperti mereka, namun yang
terjadi adalah angan-angan bagi pasangan masing-masing sama ada perempuan atau
lelaki.
Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.
Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.
"Kesilapan paling
besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu
banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak
bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.
Khususnya bagi
anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak
bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab
terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'
Apabila diuji dalam
rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan
akhirnya rebah!"
Filem PK banyak
mengetangahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan tidak perlu
membazir dengan wang yang banyak malah bersedekah dengan memberi makan orang
miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah dengan berbuat
baik dengan orang lain, dan bukanlah untuk bermegah-megah dengan barang/upacara
keagmaannya.
Malah fundamental Islam
yang lain yang diketengahkan adalah agama Islam tidak perlu menjadikan
agamawan/objek/mana-mana alat berjisim sebagai perantaraan antara penganut dan
Tuhannya. Tidak seperti agama sesat yang terlalu mendambakan pemimpin/ketua
agama/ orang yang mengaku utusan sehingga seperti mereka adalah maksum dan
apa-apa sahaja perbuatan mahupun perkataan adalah dari tuhan. Ianya dibuktikan
dengan kenyataan demi kenyataan pasca filem tersebut. Tidakkah filem PK
sebenarnya menengahkan pencandu agama dan penjual agama yang sepatutnya dielak
dan dihadam oleh setiap penganut Islam mahupun mana-mana agama yang ada.
Selanjutnya, filem My
Name Is Khan juga memaparkan ideologi Islam bukan pengganas dan ada beberapa
elemen di dalam filem tersebut yang mengaitkan dengan fundamental Islam yang
indah. Novel Hero karya Hilal Asyaf juga memaparkan kisah fiktif hero
seakan-akan batman tetapi kisahnya disaluti dengan elemen kehidupan moden yang
penuh Islamik.
Saya boleh ambil contoh
keislaman Saidina Umar al-Khattab, dia bukanlah sekadar mendengar adiknya
membaca al-Quran dan terus masuk Islam. Tetapi fundamental Islam yang dibawakan
dalam ayat itu yakni tiada tuhan melainkan Allah yang mencipta bumi dan langit
yang tinggi. Sewaktu itu dia sendiri tertanya-tanya apakah tuhan yang sebenar?
Malah dia sendiri menceritakan membawa berhala yang dibuat dari tamar(kurma),
agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila Umar terasa lapar,
Umar akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Tetapi apabila dia terdengar
ayat yang mengatakan ada Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi,
siapakah Tuhan itu? Tuhan selain berhala tamarnya ataupun Tuhan berhala yang
dikenali ramai? Siapakah Tuhan selain Tuhan yang dicipta manusia dengan tangan
dan boleh dimusnahkan dengan tangan? Itu yang membuatkan dia tertarik dengan
surah Taha dan menyuruh adiknya menghabiskan surah tersebut dan mengakui
keIslamannya.
Filem-filem barat
sebenarnya sudah lama mengetengahkan fundamental ideologi mereka. Tidak kiralah
ideologi anti-Islam, anti-Agama, Marxism, Anarkism, Liberalism, Feminism, dan
berbagai lagi Ideologi lain. Tidak kiralah persoalan mengenai ketuhanan mahupun
politik atau ideologi yang dibangkitkan kepada orang ramai. Contohnya filem
X-Men, The Purge, Planet of the Apes,
Malaficent, Frozen, The Matrix, dan lain-lain.
Filem Islam yang
berunsurkan dakwah sepatutnya diperhalusi fundamental Islam, bukannya
cinta-cinta Islamis yang melembikkan umat. Terapkan soalan fundamental seperti
Siapakah tuhan yang sebenarnya? Bagaimana sifat ketuhanan yang sebenar? Apakah
tauhid yang dibawakan oleh surah al Ikhlas? Terapkanlah nilai “demi masa
sesungguhnya manusia dalam kerugian”.
Peninju terkenal
sepanjang zaman, Muhammad Ali masuk Islam kerana konsep sama rata yang
ditekankan Islam kerana pada zamannya dia merasakan tertindas dengan agama
lain yang mempunyai tempat ibadah berbeza warna kulit.
Ketengahkan fundamental
Islam dalam karya seni dan filem bukannya drama cinta atau adegan yang
menakut-nakutkan penganutnya. Orang akan menilai fundamental yang diketengahkan
dan akan mencarinya dengan realiti.
***
Notakaki: Pada 16 April 2015 yang lalu, saya menghantarkan aritkel ini kepada Malaysiakini untuk diterbitkan seperti biasa, artikel tersebut diterbitkan pada keesokan harinya. Namun editing amat banyak dan terdapat kesalahan ejaan yang agak melampau. Selain itu artikel tersebut dikurangkan daripada 940 patah perkataan kepada 506 perkataan.
Link Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/295571
No comments:
Post a Comment