Wednesday, August 5, 2015

Buku Rare dari Dubook.

Salam. Saya ada menjual buku seperti judul di bawah. 




Alif Lam Lam Ha - Kru UTAM - RM 20
*Tidak termasuk pos

Bagaimana Anyss naik ke langit - Faisal Tehrani - RM18
*Tidak termasuk pos

Cursing Malay - Mantot - RM20
*Tidak termasuk pos

Prognosis - Dr Jacknaim - RM25 
*Tidak termasuk pos

Aku kafir, kau siapa - Ooi Kok Hin - RM20
*Tidak termasuk pos

Orang ngomong anjing ngomong - Mutalib Uthman - RM20
*Tidak termasuk pos

Aku_ , Maka aku ada - Faisal Tehrani - RM20
*Tidak termasuk pos


HIKAYAT CALAQISYA. - HAZWAN FAIZ - RM25
*Tidak termasuk pos


SESEMBANG - MM VECTORISTIC - RM20
*Tidak termasuk pos

Amrans fans - RM25 
*Tidak termasuk pos

Masharakat Melawan mahasiswa - Zul Fikri Zamir - RM20
*Tidak termasuk pos

Boleh PM saya di facebook https://www.facebook.com/m.musoddiq

Sunday, April 19, 2015

Kritikan terhadap Filem Islamik









Filem dan drama Islam mutakhir ini kian mendapat tempat di arena seni Malaysia. Ianya hasil daripada pembiasan sambutan tinggi filem Islamik dari Indonesia di Malaysia. Setelah drama tempatan Nur Kasih mendapat kedudukan yang tinggi dan disusuli dengan filemnya yang pecah panggung, beberapa penerbit filem mula mempertengahkan filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu, filem-filem dan drama tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif dalam berdakwah.

Terdapat beberapa elemen klise dan kurang padu dalam penulisan skripnya mahupun ideologi yang dibawakannya. Adunan filem islamik seringkali memaparkan elemen cinta dan ketakutan dalam beragama. Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak lebih kepada elemen cinta yang mengkhayalkan dan saya akui memang ada diselit elemen keagaaman dalam filem tersebut, tetapi banyak yang ditonjol adalah cara hidup orang Melayu Islam berbanding Islam yang universal itu sendiri. Drama-drama dan filem islamik yang dipaparkan kebanyakannya kosong dan mesej yang terlalu diambil mudah untuk disampaikan.

Selain itu, kisah penggali kubur lebih kepada menakut-nakutkan penganut agama Islam dan terlalu menekankan balasan alam kubur. Namun mereka kurang menengahkan kecantikan dan keindahan Islam itu sendiri. Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan penganutnya. Islam lahir dengan cinta, bagaimana Allah mencintai semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Allah mecintai semua hambanya walaupun dia adalah pendosa. Sebagaimana kisah si pelacur yang masih mampu ke syurga dengan perbuatan baik d penghujung nyawanya. Sebagaimana Bilal Bin Rabah yang dianggap hina oleh masyarakat arab tetapi dipandang mulia oleh Islam.

Selanjutnya, filem dakwah tidak semestinya bertajuk "Nur Kasih", "Dalam mihrab cinta", "Ketika cinta bertasbih", "Ustaz mu tunggu aku datang", "7 petala cinta" dan tajuk yang berkaitan dengan perkataan yang sinonim dengan agama.

Juga, filem tersebut tidak perlu berlatar belakangkan kehidupan pondok, watak pemuda hensem berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di gunung sahara, suasana kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai lagi elemen-elemen klise yang sudah boleh dijangka latar belakang tempatnya.

Filem dakwah Islam boleh sahaja berkonsepkan seperti PK, My Name is Khan, dan berbagai lagi filem yang menonjolkan fundamental Islam dan bukan penganutnya. Mungkin boleh sahaja kita cipta watak seperti Fahri, Aisha, watak-watak gadis sempurna dalam novel Ustazah Fatimah Syarha, dan lain-lain. Sedangkan realitinya tidak ada orang sebegitu. Ya benar, kita boleh mengambil iktibar untuk menjadi seperti mereka, namun yang terjadi adalah angan-angan bagi pasangan masing-masing sama ada perempuan atau lelaki.

Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.
Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!"


Filem PK banyak mengetangahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan tidak perlu membazir dengan wang yang banyak malah bersedekah dengan memberi makan orang miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah dengan berbuat baik dengan orang lain, dan bukanlah untuk bermegah-megah dengan barang/upacara keagmaannya.

Malah fundamental Islam yang lain yang diketengahkan adalah agama Islam tidak perlu menjadikan agamawan/objek/mana-mana alat berjisim sebagai perantaraan antara penganut dan Tuhannya. Tidak seperti agama sesat yang terlalu mendambakan pemimpin/ketua agama/ orang yang mengaku utusan sehingga seperti mereka adalah maksum dan apa-apa sahaja perbuatan mahupun perkataan adalah dari tuhan. Ianya dibuktikan dengan kenyataan demi kenyataan pasca filem tersebut. Tidakkah filem PK sebenarnya menengahkan pencandu agama dan penjual agama yang sepatutnya dielak dan dihadam oleh setiap penganut Islam mahupun mana-mana agama yang ada.

Selanjutnya, filem My Name Is Khan juga memaparkan ideologi Islam bukan pengganas dan ada beberapa elemen di dalam filem tersebut yang mengaitkan dengan fundamental Islam yang indah. Novel Hero karya Hilal Asyaf juga memaparkan kisah fiktif hero seakan-akan batman tetapi kisahnya disaluti dengan elemen kehidupan moden yang penuh Islamik. 

Saya boleh ambil contoh keislaman Saidina Umar al-Khattab, dia bukanlah sekadar mendengar adiknya membaca al-Quran dan terus masuk Islam. Tetapi fundamental Islam yang dibawakan dalam ayat itu yakni tiada tuhan melainkan Allah yang mencipta bumi dan langit yang tinggi. Sewaktu itu dia sendiri tertanya-tanya apakah tuhan yang sebenar? Malah dia sendiri menceritakan membawa berhala yang dibuat dari tamar(kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila Umar terasa lapar, Umar akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Tetapi apabila dia terdengar ayat yang mengatakan ada Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, siapakah Tuhan itu? Tuhan selain berhala tamarnya ataupun Tuhan berhala yang dikenali ramai? Siapakah Tuhan selain Tuhan yang dicipta manusia dengan tangan dan boleh dimusnahkan dengan tangan? Itu yang membuatkan dia tertarik dengan surah Taha dan menyuruh adiknya menghabiskan surah tersebut dan mengakui keIslamannya.

Filem-filem barat sebenarnya sudah lama mengetengahkan fundamental ideologi mereka. Tidak kiralah ideologi anti-Islam, anti-Agama, Marxism, Anarkism, Liberalism, Feminism, dan berbagai lagi Ideologi lain. Tidak kiralah persoalan mengenai ketuhanan mahupun politik atau ideologi yang dibangkitkan kepada orang ramai. Contohnya filem X-Men, The Purge, Planet of the Apes,  Malaficent, Frozen, The Matrix, dan lain-lain.

Filem Islam yang berunsurkan dakwah sepatutnya diperhalusi fundamental Islam, bukannya cinta-cinta Islamis yang melembikkan umat. Terapkan soalan fundamental seperti Siapakah tuhan yang sebenarnya? Bagaimana sifat ketuhanan yang sebenar? Apakah tauhid yang dibawakan oleh surah al Ikhlas? Terapkanlah nilai “demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

Peninju terkenal sepanjang zaman, Muhammad Ali masuk Islam kerana konsep sama rata yang ditekankan Islam kerana pada zamannya dia merasakan tertindas dengan agama lain yang mempunyai tempat ibadah berbeza warna kulit.

Ketengahkan fundamental Islam dalam karya seni dan filem bukannya drama cinta atau adegan yang menakut-nakutkan penganutnya. Orang akan menilai fundamental yang diketengahkan dan akan mencarinya dengan realiti. 

***
Notakaki: Pada 16 April 2015 yang lalu, saya menghantarkan aritkel ini kepada Malaysiakini untuk diterbitkan seperti biasa, artikel tersebut diterbitkan pada keesokan harinya. Namun editing amat banyak dan terdapat kesalahan ejaan yang agak melampau. Selain itu artikel tersebut dikurangkan daripada 940 patah perkataan kepada  506 perkataan.

Link Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/295571

Tuesday, August 12, 2014

Agama itu mati sekiranya..

Antara hujah popular golongan teologi kiri ialah, "agama mati apabila gagal memainkan fungsi kepada masyarakat", "agama juga mati apabila gagal membebaskan yang tertindas", "agama juga mati sekiranya korupsi berleluasa, tetapi agamawan sibuk beribadat di masjid sahaja" dan berbagai lagi.
Bagi aku, agama sejak diturunkan sehingga kiamat tidak akan mati. Kerana agama adalah ajaran, bukan satu sosok tubuh atau makhluk yang memainkan peranan dalam masyarakat. Agama adalah panduan kepada sosok tubuh dan masyarakat untuk mereka menjalani kehidupan di dunia. Supaya dapat memainkan fungsi kepada masyarakat, membebaskan yang tertindas, membasmi kemiskinan, membasmi korupsi, dan berbagai lagi yang diharapkan daripada agama.
Contohnya boleh dianalogikan dengan ilmu matematik. Matematik tidak akan mati jika orang tidak menggunakannya. Ilmu itu tetap ada, tetapi bergantung kepada manusia untuk diguna pakai. Sekiranya ahli fizik, jurutera dan berbagai lagi tidak menggunakan ilmu matematik dalam eksperimental mahupun teori, maka akan pincang dan musnah segala kerja mereka. Jadi sekiranya mereka berbalik dan menggunakan matematik, ia mampu menyelesaikan masaalah kerja mereka.
Contoh lain seperti urusan jual beli, sekiranya matematik tidak diguna pakai, berlaku tidakadilan dan kepincangan bagi sesuatu pihak. Terpulang kepada mereka sama ada untuk menggunakannya atau tidak. Jika, sekiranya mereka menggunakan matematik, maka masaalah dan keadilan akan tercapai.
Perlu juga diingat, ada juga masaalah yang tidak dapat diselesaikan dengan segera. Maka berbagai prosedur dan aturcara perlu digunakan.
Begitu juga dengan Agama, sebagai contoh, agama Islam, sumber utama adalah al-Quran, maka jika tiada di dalam al-Quran, cari di dalam hadis. Jika tiada, gunakan akal untuk menggodek al-Quran dan hadis.
Beza antara matematik dan agama adalah, ilmu matematik berkembang dan bertambah mengikut pengalaman dan pemerhatian. Ilmu agama pula berkembang dan bertambah tetapi berlandaskan Kitab dan Nabi/penyampai mereka.
Golongan teologi kiri mahupun atheis dan golongan yang bersetuju dengan petikan ayat "agama mati sekira gagal menjalankan fungsinya" adalah tidak tepat. Mengapa perlu menyalahkan ajaran, salahkan orang yang sepatutnya mengikut ajaran. Salahkan orang yang tidak mengikut ajaran.
Maka sebenarnya, orang yang beragamalah yang akan mati sekiranya gagal memainkan fungsi dalam masyarakat. Agama tak mati dan tak hidup. Ianya tetap ada untuk manusia dan sentiasa boleh diguna sehingga hari kiamat.

Saturday, August 2, 2014

Konsep Hero Yang Sebenar

Dalam dunia moden, hero sering digambarkan sebagai sesuatu sosok yang pada asalnya kurang bernasib baik, tetapi berubah kepada nasib yang lebih baik dimana mempunyai beberapa keistimewaan dan trofinya adalah heroin atau wanita cantik.

Berbanding dengan greek mitology, hero adalah seseorang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa dan juga seseorang yang akan menderita. Contoh terdekat adalah Hercules, dia ditakdirkan untuk menderita lebih daripada orang lain.

Konsep hero dalam masyarakat greek adalah lebih realiti, dimana kebanyakan sosok tubuh yang diangkat menjadi hero sebenarnya adalah orang yang lebih menderita dari orang kebanyakan.

Konsep ini juga selari dengan kisah para anbiya dimana para Nabi diuji dengan ujian yang lebih hebat daripada manusia biasa.

Sunday, June 29, 2014

Khilaf di bulan Ramadhan.

Betul ke puasa niat sebulan terus tak sah? Sebab mazhab imam Syafie mewajibkan niat puasa tiap-tiap hari.

jawapan:

Sebenarnya sah.

Niat kedua-dua itu diterima dari segi syarak. Niat puasa sebulan adalah bersandarkan mazhab maliki. Tapi pada permulaan malam 1 ramadhan, diniatkan puasa 1 bulan sebagaimana mazhab maliki. Manakala setiap malam sebelum bermula hari puasa, kita niat untuk sehari seperti mazhab Syafie. Supaya jika kita terlupa untuk niat sehari, tapi diganti dengan niat puasa sebulan untuk meraikan khilaf.

- Ustaz Azrul Ismail, Editor Syariah Telaga Biru. (di Ikim.fm, 26/6/2013)



*****************************************************

Puasa tapi tidak solat.

Sah tak puasa orang yang tidak solat?

Sah, yang tidak sah adalah orang bukan islam yang berpuasa. Kerana syarat sah puasa yang pertama sekali adalah Islam. Tiada termaktub syarat sah puasa kena sambahyang.

Cuma orang puasa tapi tidak sembahyang puasanya tidak kemana-mana kerana amalan yang mula-mula perlu ada adalah (tiang) agama. Kerana Rasullullah bersabda "Solat adalah tiang agama." (Hadis hasan diriwayat oleh Abu Nu'aim). Hendak buat rumah perlu ada tiang. Maka puasanya adalah rijab (dinding). Maka lantainya adalah zakat, dan atapnya adalah haji bak kata ulama'.

Jadi kalau tak ada tiang, tidak dihitung yang lain. Kerana mula-mula dalam kubur amalan yang ditanya adalah sembahyang. Kalau sembahyang itu ada, baru amalan lain diterima dan dihitung.

Dari segi feqah orang tidak sembahyang tapi puasa adalah sah.

Tapi jangan pula kita melawan hukum Allah dengan tidak berpuasa, kerana ianya menjadi rukun Islam. Samseng macammanapun kita, puasalah. Kerana yang bagi azab adalah Allah. Nanti jenuh nak ganti puasa bila sudah bertaubat.
 

- Diolah dari Ceramah Ustaz Idrus,

Saturday, June 28, 2014

Menyelongkar Falsafah Filem X-Men

http://spinoff.comicbookresources.com/wp-content/uploads/2014/05/x_men_days_of_future_past_banner-wide.jpg



Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi

Filem X-Men merupakan sebagai sebuah filem yang menarik; dimana filem ini banyak mengambarkan dimensi kehidupan sebenar didalamnya. Perbincangan seperti diskriminasi, rasis, ketidakstabilan politik dan bahaya bertindak ekstrimis adalah tema utama yang terdapat di dalam filem berkenaan.

Watak-watak yang terdapat di dalam filem X-Men mengalami krisis identiti, inferioriti kompleks, rasa bersalah dan malu untuk berhadapan dengan manusia. Akibat daripada itu, wujudnya dua kumpulan mutan yang utama iaitu daripada Xavier atau Professor X dan Eric atau Magnetto dalam merancakkan lagi plot francais filem ini.

Nilai estetika yang terdapat dalam filem ini adalah wujud dalam lingkungan sosial yang mencakup pelbagai suara rasa, pemikiran, abstrak yang mengambarkan khalayak itu sendiri, malahan tidak salah jikalau filem tersebut adalah cerminan masyarakat kita. Masyarakat yang wujud nilai perkauman, tidak boleh menerima perbezaan dan menggunakan kekerasan untuk menguruskan perbezaan. Falsafah inilah yang telah tercipta di dalam filem X-Men ini.

Antara Professor X dan Magnetto dengan Martin Luther King dan Malcolm X

Jika di selongkar filem ini secara mendalam, wujudnya dua kumpulan dominan dengan cara perjuangannya tersendiri. Kedua kumpulan ini mempunyai satu perjuangan yang sama iaitu untuk diterima oleh manusia tanpa ada rasa takut tetapi perjuangan mereka melalui cara yang agak berbeza.

Professor X memperjuangkan hak mereka secara diplomasi dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, berbincang dan menghormati manusia, manakala Magnetto memperjuangkan hak mereka secara kekerasan, keganasan dan ugutan.

Pola perjuangan Professor X yang bersifat toleran ini dianggap ada punyai mirip seperti tokoh hak asasi manusia Amerika, Martin Luther King Jr; manakala pola perjuangan Magnetto yang bersifat konfront punyai mirip yang sama seperti Malcolm X. Kedua Luther dan Malcolm X punyai perjuangan yang sama iaitu membebaskan kaum kulit hitam dari segala diskriminasi di Amerika pada setengah abad yang lalu.

Antara Professor X dan Martin Luther King, keduanya merupakan pemimpin yang percayakan bahawa mereka boleh meneruskan perjuangan mereka dengan cara diplomasi. Mereka percaya bagawa pendekatan yang tidak bersifat keganasan dapat menyempurnakan misi mereka. Integrasi dalam menangani perbedaan dan hidup dalam keadaan harmoni adalah jalan yang terbaik menurut mereka.

Magnetto tidak melihat cara yang dilakukan oleh Professor X akan berkesan. Baginya, dengan cara konfront dan keganasan dengan menggunakan kelebihan yang ada padanya boleh menyempurkan misi perjuangan ini. Gaya mirip aktivis sivil hak asasi manusia Amerika, Malcolm X yang memperjuangkan hak kaum Negro dengan menggunakan jalan yang agak keras. Dengan demonstrasi dan keganasan sahaja mampu menjadikan kaum Negro tidak ditindas.

Kedua-dua orang Martin Luther King dan Malcolm X mengalami nasib yang sama, menerima butir peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat kehidupan mereka. Bagaimanapun, nasib mereka setelah meninggal dunia agak berbeza dimana Martin Luther King diberi reputasi yang agak tinggi oleh sejarah. Layanan mereka mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan mereka.

Begitulah penonton menilai nasib kedua-dua mutan Professor X dan Magnetto, dimana penonton lebih gemar memberi kredit kepada Professor X berbanding Magnetto. Kredit ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan mereka, dimana Professor X menggunakan cara aman, sementara Magnetto mengangguk kepada keganasan.

Realiti Di Malaysia

Di Malaysia, drama atau filem kita secara umumnya berdepan dengan krisis seni dan intelektual. Ironinya, industri perfileman kita dihidangkan dengan kuantiti, bukannya kualiti. Krisis ini disuburkan lagi oleh sebahagian masyarakat yang kemarau idea dan kebanjiran idola.

Hal inilah yang membentuk masyarakat kita yang berfikiran paradoks. Krisis yang berlaku di Malaysia bukanlah permasalahan segregasi antara manusia dan mutan, tetapi kita berhadapan dengan isu segregasi kaum dan agama; di mana kaum bumiputera berhak mendapat hak yang lebih daripada kaum lain, sementara kaum lain diugut dan dinggap sebagai 'pendatang' yang menganggu kaum lain.

Krisis perkauman di Malaysia berlaku sejak sekian lama. Wujudnya NGO yang berjuang diatas nama kaum dan agama merancakkan lagi krisis perpaduan kaum ini. Sifat dogmatik segelintir pemimpin NGO yang berkeras memperjuangkan pandangan peribadi mereka tanpa menghiraukan kepada realiti dan pandangan orang lain.

NGO-NGO ini seharusnya menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam suasana pluraliti kaum di Malaysia. Tidak seharusnya pluraliti kaum di negara ini dianggap sebagai oxymoron. Ungkapan yang dianggap maksud yang sebaliknya. Perjuangan hak kaum dan kebebasan seharusnya disuarakan dengan nada yang lebih lembut dan berhemat bagi mengelakkan provokatif dan menyinggung perasaan kaum lain.

Mereka tidak perlu mengambil langkah memperjuangkan agama dan kaum seperti cara Magnetto; dengan menimbulkan banyak kenyataan yang agak menghina dan bersifat provokatif terhadap kaum lain di Malaysia. Mereka perlu kembali kepada hakikat sebenar kehidupan di negara ini.

Secara tuntasnya, filem ini membawa kita kepada perbicaraan antropomorfisme. Antropomorfisme adalah atribusi karakter manusia kepada makhluk selain manusia. Professor X dan Magnetto adalah perumpamaan kepada kaum minoriti yang mengalami kepupusan dan tertindas; menginginkan survival kaum dan bangsanya agar boleh diterima oleh masyarakat yang lain. Cuma melalui cara perjuangan berbeza.

*penulis merupakan exco penerangan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PERKEPIS)

My Ambition

http://economydecoded.com/wp-content/uploads/2014/02/TeamLogoHandler.jpg




What do you want to be when you grow up.

A hero!

There are no such thing. Look at the reality. The costume guy nowaday either going to jail because of crime or mental hospital.

No, they existed, and they don't need any costume or theme song. They are "The Unsung Hero!!"





 -The Unsung Hero mean: A person who makes a substantive yet unrecognized contribution; a person whose bravery is unknown or unacknowledged.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...