Dalam proses berubah, pasti kita akan sentiasa dilabel poyo, bajet alim, baru kenal islam ke? Yup, ianya disebab sejarah silam kita yang mereka sandarkan. Kehilangan kawan, goyah kedudukan, malah dibenci kerana dianggap menjengkelkan kerana cakap tidak serupa bikin. "Ah budak ni, bajet alim pulak, igt orang tak kenal kau macam mana?", "Eleh, alim keyboard. Takat menulis di keyboard pandai. Takat copy paste status orang shared sana status sini, kira bajet ustaz la nie?"
Iya, ini harga yang perlu anda bayar kerana kesilapan dan kesalahan yang lalu. Tak mungkin luka parah akan sembuh dalam 1 hari. Ianya akan mengambil masa berhari2 atau berminggu. Malah bertahun bergantung sedalam mana luka tersebut. Tapi harus diingat, walaupun sudah sembuh. Parut itu akan kekal selama-lamanya. Ada parut yang akan sembuh, tapi akan ada parut yang boleh luka kembali.
Tapi janganlah lemah dan mengalah. Bagi mereka yang betul-betul ingin berubah, jangan mengalah. Ingat zikir ini, "Hasbunallah wani'mal wakil Ni'mal maula wani'mal nasir". Maksudnya "Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik baik pelindung". Yakinlah dengan Allah. Ini cuma ujiannya untuk melihat sama ada kita betul-betul mahu kembali kepadaNYA. Jika dosa sesama manusia. Minta maaf.
Ya.. sangat susah, tapi itulah harga yang perlu dibayar. Mereka bukan Nabi, mahupun Tuhan yang sangat pemaaf. Cukuplah usaha kita untuk meminta maaf. InsyaAllah, segalanya akan ditentukan Allah. Allah melihat usaha kita, bukan hasil kita. Bukan manusia yang menentukan akhirat kita. Ada hadis tentang pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Tapi usahanya untuk bertaubat, dia telah dimasukkan ke dalam syurga.
Dalam proses berubah, insyaAllah. Allah takkan biarkan kita bersendirian. Kita akan bertemu sahabat dunia akhirat yang akan sentiasa mengajak kebaikan. Tapi jangan pula ditinggalkan kawan lama. Kerana ukhwah fillah, abadan abada. Alhamdullillah. Banyak cara kita boleh mencari sahabat akhirat. Melalui usrah, majlis ilmu, masjid, dan tempat-tempat yang sinonim dengan mencari Allah. Dan yang paling indah sekali, Kita akan tahu siapa sahabat dunia akhirat kita. Sahabat yang sentiasa memberi galakan dan bantuan. Sahabat yang menunjukkan kita jalan yang benar dan sentiasa membimbing. Sahabat inilah yang paling berharga.
Kerana dunia, sahabat paling rapat menjadi musuh,
Kerana akhirat, musuh yang paling dibenci menjadi sahabat.
Perlu diingatkan, tak semestinya kita berkawan dengan yang baik-baik sahaja dan melupakan sahabat yang lain. Mereka tetap kawan. Mana tahu, sebenarnya mereka lebih mulia dari kita ataupun mereka akan berubah dan darjatnya berganda-ganda lebih mulia dari kita. Kerana Allah sahaja yang layak menentukan syurga neraka seseorang.
Allahurabbi, mohon petunjukmu.
No comments:
Post a Comment