Thursday, October 27, 2011

Malam tadi aku bermimpi~


                 Malam tadi aku bermimpi, aku ada sebuah kereta honda civic 2.0 warna putih. Bukan kereta kegemaranku, tapi aku sukakannya.. Sebab itu yg aku ada, aku hargainya dan sayangkannya. Kemana saja semua org akan memuji kereta ku. Aku berbangga, kadang-kadang aku jadi fobia bila org dekat dengan ketetaku. Takut org tu calarkan ke, apa ke. Kalau mereka dekat, aku akan lihat setiap perilaku mereka. 

                 Aku mula memgubah suai keretaku itu, supaya kelihatan makin cantik dan meriah. Aku pasang bumper yang garang dan cantik, aku tukar lampu depan, belakang dan sebagainya. Aku menambah sistem bunyi yang mantap. Makin hari makin sayang aku pada keretaku. Kemana saja mesti aku membawanya dan bermegah dengannya.

                Hari demi hari, tahun berganti tahun. Kereta ku mula meragam, rosak sana dan rosak sini. Tapi aku tak kisah, aku keluar duit dan bergadai untuk membaiki keretaku itu. Dah elok dah, aku bahagia, selang beberapa bulan kemudian, rosak tempat lain pula. Tiada apa-apa, aku masih sayangkan keretaku itu, bnyak berjasa padaku. Malah itu satu-satunya kereta yang aku ada.

                Sampai satu tahap, aku mulai tertekan. Wang simpananku telah habis, malah keretaku mula rosak kembali, duit untuk minyak pun sudah tinggal sikit. Aku mula mengabaikannya sebab aku tidak mampu menanggungnya lagi. Maafkan keretaku, aku tahu kau inginkan proses baik pulih, tapi aku tak mampu. Aku bukan mekanik untuk membaik pulih sendiri

                1 hari, kereta aku hilang. Aku terkejut sangat-sangat. Aku buat laporan polis, dan mencari dengan sedaya upaya. Tapi, apakan daya. Aku hanya aku, berlari-lari mencarimu. Akhirnya aku jumpa kamu. Jauh dari pandangan mataku. Aku ingin kita berjalan bersama, aku jadi mekanik sendiri, aku google segala cara dan setiap apa yang perlu untuk membaikimu.

                Setelah ikut setiap langkah yang ditulis di google. Kamu berjalan kembali, aku gembira sangat. Tapi aku tak sedar, yang aku dah terlebih skru. Aku abaikan sebab kau sudah pulih. Itu yang aku nampak, hakikatnya. Setelah beberapa ratus kilometer. Kau rosak kembali, aku dah buntu. Honda pun sudah mula bising dengan tindakanku membaik pulih sendiri, katanya, "sudah tiada warranty, baik jual saja kereta tu., biar kereta tu jumpa tuan baru." Aku sedih sangat, tapi aku tetap pertahankan kau. Aku tak nak kau hilang lagi.
                Kau makin rosak, aku baik pulih sendiri, makin rosak. Akhirnya, aku mengalah, aku tunggu apa yang berlaku. Keesokan paginya, kau hilang kembali. Aku tak mampu untuk buat apa. Aku biarkan saja engkau. Hari demi hari, aku merinduikan kau. Teringat bagaimana aku mengubahsuai engkau, semasa membeli set kerusi baru untuk kau. Aku bnyak tentukan kau, dan aku berubah seseorang yang berani untuki untuk memandu sebuah kereta mahal, laju, dan cantik.

                1 hari, aku dah tidak tahan, aku mencari kau, dan membaiki semula. Tapi aku tiada kepakaran, dan akhirnya, enjin kau rosak teruk. Aku sangat-sangat rasa bersalah, buntu, tak tau nak buat apa. Alu cuba mintak pertolongan. Tapi mereka semua tidak tahu membaiki enjin tersebut. Akhinya, aku pasrah. Aku da kehilangan kau wahai keretaku. 

                Tapi satu hari yang bodoh, aku membuat persiapan untuk membaiki kau kembali, lama aku tunggu dan kumpul duit dan bahan. Tapi, aku nampak kau berjalan sendiri, aku terus menengking dan memarahi kau. Aku tak sedar bahawa rupanya ada orang mengalihkan kau kerana ingatkan kau sudah tidak bertuan. Ya kau memang sudah tidak bertuan, kenapa aku tidak boleh terima hakikat itu, aku dah buat 1 kesalahan besar. Enjin kau patah di depan mataku kerana aku cuba untuk membaiki buat kali terakhir.

                Maafkan aku, makin aku membaiki, sebenarnya makin aku merosakkanmu, makin aku memaksamu berjalan, makin kau semput untuk berjalan. Tapi apakan daya, nasi dah jadi bubur.. Aku kehilangan kau lagi. Tak mampu nak apa-apa. Mekanik pun tak mampu, kecuali tukar enjin. Kalau tukar enjin kau, kau sudah tiada ingatan padaku lagi. Setiap langkah yang aku lakukan, hanyalah salah satu lagi kesilapan besar. Aku berjalan bersendirian, banyak lagi kereta tak bertuan. Tapi aku masih menoleh engkau. 



*cerita nie adalah kisah benar apa yang aku mimpi malam tadi, dan kisah ini sangat-sangat menusuk hati aku.  Sebab cerita ini adalah METAFORA terhadap kisah aku. Siot je kan mimpi ini?? (sigh!)






Faham kan maksud metafora?


 

2 comments:

  1. oh..ak paham metafora ni. ok bro, so suwiiiit~ :P

    ReplyDelete
  2. ouh~ *angguk2 faham =="

    eh muka Kamu macam pakcik Mus yang saya kenal di FB. lol.

    *tercari2 port baik untuk komen. sini je yang menarik :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...