Monday, December 17, 2012

Ikhlas

Cerita ni, bukan untuk riak/membangga diri/bajet baik. Cuma nak kongsikan satu peristiwa yang membuatkan aku berubah. Sepatutnya dalam membuat amal kita harus menjadi "tangan kanan menderma, tangan kiri tidak tahu". Selari dengan hadis nabi seperti dibawah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud: “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”

Sumber Rujukan Hadis : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Yayasan Dakwah Islam malaysia

======================================================
Dalam 2 minggu lepas, di talk hilal asyraf di Uitm Shah Alam. Dalam wallet aku, ada sekeping not RM50, 2 keping not RM10, dan 4 keping RM1. Sebelum talk, aku ada beli air mineral RM1. Pada penghujung talk tersebut hilal asyraf ada meminta derma untuk GAZA dan pembinaan semula dewan makan asrama di MATRI.

Nak dijadian cerita, aku bagi la 4 keping not RM1. Kerana itulah yang paling rendah nilainya dalam wallet aku. Lepas beberapa jam selepas tu. Sewaktu hendak membeli minyak hitam murah di UMW (ada sales hujung tahun di UMW shah alam), aku tersedar, duit aku hilang RM50. Fikir-fikir balik baru aku teringat. Yang sebenarnya aku derma RM53, bukan RM4. RM 1 tu aku dah beli air dan terlupa. Sebab not RM50 hampir sama warna dengan RM1.

Masa tu, aku agak tergamam sedikit. Cuba untuk ikhlaskan hati, teringat lawak jozan yang "saya ikhlas RM10 je, yang lain saya tak ikhlas".

Pengajaran aku dapat dari peristiwa itu setelah muhasabah diri dan perkongsian pada rakan.

1. Aku belajar ikhlaskan diri walaupun sebenarnya aku tidak tergerak untuk menyumbang sebanyak tu. (Dah umur 23, tapi masih tak pandai ikhlaskan hati. =_=ll )

2. Aku terasa/tersedar. Selama ni, kalau bab menderma. Pasti aku akan derma nilai paling sedikit di dalam dompet. Sedangkan sales minyak hitam, beli hp, top up, makanan dan lain-lain. Aku tak kisah mengeluarkan duit lebih dari RM50. Terutama bab makanan, aku pernah sekali sekala makan di restoran yang sekali makan mencecah RM60 +- for 2 person. Tapi, bab menderma, agak lokek untuk mengeluarkan RM50 atau jumlah.

3. Aku belajar juga, walaupun berapa banyak jumlah yang diberi, yang paling penting adalah ikhlas.

4. Banyak google kisah-kisah sahabat yang menderma semata-mata untuk jalan Allah. Ada yang memberikan hampir kesemua harta dan tidak takut pada kemiskinan. Jadi, cakap kat diri sendiri, "mengapa perlu takut miskin, sedangkan rezeki Allah ada dimana-mana"

5. Dalam menderma, tidak perlulah kita memberi sehingga menyusahkan diri. Berilah sekadar yang termampu dengan ikhlas hati. Contoh nafkah yang perlu diberi pada isteri kita beri pada orang lain Dan ianya boleh menyumbang kepada pergaduhan/penceraian. Utamakan tanggungjawab anda.

JazakAllah~

Tuesday, December 4, 2012

Hasbunallah wani'mal wakil Ni'mal maula wani'mal nasir

Dalam proses berubah, pasti kita akan sentiasa dilabel poyo, bajet alim, baru kenal islam ke? Yup, ianya disebab sejarah silam kita yang mereka sandarkan. Kehilangan kawan, goyah kedudukan, malah dibenci kerana dianggap menjengkelkan kerana cakap tidak serupa bikin. "Ah budak ni, bajet alim pulak, igt orang tak kenal kau macam mana?", "Eleh, alim keyboard. Takat menulis di keyboard pandai. Takat copy paste status orang shared sana status sini, kira bajet ustaz la nie?" 

Iya, ini harga yang perlu anda bayar kerana kesilapan dan kesalahan yang lalu. Tak mungkin luka parah akan sembuh dalam 1 hari. Ianya akan mengambil masa berhari2 atau berminggu. Malah bertahun bergantung sedalam mana luka tersebut. Tapi harus diingat, walaupun sudah sembuh. Parut itu akan kekal selama-lamanya. Ada parut yang akan sembuh, tapi akan ada parut yang boleh luka kembali. 

Tapi janganlah lemah dan mengalah. Bagi mereka yang betul-betul ingin berubah, jangan mengalah. Ingat zikir ini, "Hasbunallah wani'mal wakil Ni'mal maula wani'mal nasir". Maksudnya "Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik baik pelindung". Yakinlah dengan Allah. Ini cuma ujiannya untuk melihat sama ada kita betul-betul mahu kembali kepadaNYA. Jika dosa sesama manusia. Minta maaf.

Ya.. sangat susah, tapi itulah harga yang perlu dibayar. Mereka bukan Nabi, mahupun Tuhan yang sangat pemaaf. Cukuplah usaha kita untuk meminta maaf. InsyaAllah, segalanya akan ditentukan Allah. Allah melihat usaha kita, bukan hasil kita. Bukan manusia yang menentukan akhirat kita. Ada hadis tentang pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Tapi usahanya untuk bertaubat, dia telah dimasukkan ke dalam syurga.


Dalam proses berubah, insyaAllah. Allah takkan biarkan kita bersendirian. Kita akan bertemu sahabat dunia akhirat yang akan sentiasa mengajak kebaikan. Tapi jangan pula ditinggalkan kawan lama. Kerana ukhwah fillah, abadan abada. Alhamdullillah. Banyak cara kita boleh mencari sahabat akhirat. Melalui usrah, majlis ilmu, masjid, dan tempat-tempat yang sinonim dengan mencari Allah. Dan yang paling indah sekali, Kita akan tahu siapa sahabat dunia akhirat kita. Sahabat yang sentiasa memberi galakan dan bantuan. Sahabat yang menunjukkan kita jalan yang benar dan sentiasa membimbing. Sahabat inilah yang paling berharga. 

Kerana dunia, sahabat paling rapat menjadi musuh,
Kerana akhirat, musuh yang paling dibenci menjadi sahabat.

Perlu diingatkan, tak semestinya kita berkawan dengan yang baik-baik sahaja dan melupakan sahabat yang lain. Mereka tetap kawan. Mana tahu, sebenarnya mereka lebih mulia dari kita ataupun mereka akan berubah dan darjatnya berganda-ganda lebih mulia dari kita. Kerana Allah sahaja yang layak menentukan syurga neraka seseorang. 

Allahurabbi, mohon petunjukmu.

Wednesday, November 21, 2012

Sayang yang paling ikhlas dan istimewa bagiku.


Entri kali ini rentetan membaca kisah sahabat yang mempunyai adik istimewa. http://bidadaribesi09.blogspot.com/2011/11/dia-istimewa.html


Tahun 2006, sewaktu saya bersekolah di luar bandar walaupun duduk di bandar, maka saya selalu ulang alik sorang2 dari raub ke kl apabila cuti.


Nak dijadikan cerita, pada 1 hari saya menaiki bas di ke raub untuk pulang ke asrama. Ada seorang penumpang istimewa bersama keluarganya. Budak itu sentiasa tersenyum sambil menganga dan memandang sekeliling. 

Dia bercakap agak kuat di dalam bas dan bnyak bercakap. Oleh kerana kebiasaan orang naik bas akan senyap kerana masing2 tidak kenal masing2 atau sebab tertentu. Suara dia sentiasa kedengaran dan familynya asyik melayan. 

Oleh kerana ayahnya perasan yang orang lain agak kurang senang dengan perangainya. Kerana ada orang menunjukkan reaksi menyampah kepada mereka. Ayahnya meminta dia diam secara perlahan dan menunjuk isyarat jari di mulut. 

Pada mulanya, budak itu engkar, dan gelak secara kuat. Seluruh bas pandang mereka, dan membunyikan "sshhhhhh". Saya tak tahu apa yg disebut oleh ayahnya. Tapi budak itu membalas sambil menangis. "Aiman mintak maaf, aiman sayang ayah. Aiman diam. Aiman janji tak bising lagi. Aiman mintak maaf. Aiman sayang ayah" . (Namanya bukan aiman, tapi da lupa sbb kisah lama sgt). Berair air mata saya mendengarnya. Ayahnya memeluk budak tu dan mengusap rambutnya. 

Bagi orang lain mungkin tiada apa2. Tapi perkataan sayang yang diluahkannya sangat tulus, sangat suci. Itu yang buat saya berair air mata. Luahan itu tidak menipu, tulus dari hati ke mulut. 

Orang normal boleh mengatakan perasaan sayang secara menipu. Kadang2 ada tujuan yang kita tidak tahu ayng terbuku dihati mereka. Mereka boleh berlakon dan hipokrit, Tapi tidak bagi budak istimewa. Mereka tidak suka meraka zahirkan. Jika mereka suka mereka zahirkan juga. Jika perkataan sayang dan dia memeluk dan mencium seseorang. Perbuatannya adalah sangat ikhlas. 

Itu yang saya selalu tekankan dalam hati ini. Ikhlaskan diri. Kadang2 banyak perbuatan saya buat tak ikhlas kerana terpaksa seperti menjaga hati orang, menzahirkan perasaan dan sebagainya demi kehidupan yang harmoni. Iyalah, kadang2 terlepas juga. Kadang2 kita terpaksa cakap suka, walaupun hati sebenarnya benci.

Cuba bayangkan jika kita seseorang cakap suka tapi akhirnya kita dapat tahu yang dia sebenarnya menipu. Luluh hati bukan? 


Itulah yang saya cuba sampaikan. Mereka sentiasa ikhlas menzahirkan perasaan. Sungguh bertuah mereka yang mendapat kasih sayang paling ikhlas oleh mereka yang sangat istimewa.

Monday, November 19, 2012

Palestin Iktibar Kami.



Medula oblongata kian aktif,
testosterone sebagai vaksin,
trinitrotoluene, uranium menghujani bumi,
radiasi gama dan neutron membasahi GAZA.

Allahurabbi, 

Mereka kuasai teknologi, kuasai ekonomi,
jajahan dikuasi melalui proksi,
berdekad sahaja melalui,
memperolehi kuasa duniawi.

Kita?

Sana sini illuminati,
sana sini cinta duniawi,
perjuangan apa yang kita julangi,
demi akhirat hakiki.

Perpaduan bermula dari solatmu,
luruslah saf tanpa assabiyahmu,
kiriman doa senjata kami,
En Sya Allah, janji Allah itu pasti.

-Musoddiq

Thursday, November 1, 2012

Aku yang berdosa.


Ada seorang ulama' yang memang dalam ilmunya, ramai yang pergi berguru dengannya.
satu hari, dia melihat ada seorang pemuda sering menangis teresak2 seusai solat. tangisannya bukan seperti yang biasa ulama' itu lihat. seolah-olah pemuda itu bakal mati esok dengan dosa bergunung.
hari demi hari, ulama' tersebut melihat hal yang serupa. maka, terdetik dihatinya mahu bertanya, apakah 'rahsia' atau penyebab yang buatkan pemuda itu menangis sedemikian seusai solat.
pemuda tersebut menceritakan bahawa dia pernah berbuat dosa. dia bimbang Allah tidak ampunkannya. dia takut mati dalam keadaan tidak diampunkan.
ulama' tadi pelik kerna sudah ramai orang yang dia lihat pernah lalui titik hitam bertaubat dan menangis tetapi tidak sepertinya yang begitu takut. itulah kali pertama ulama' tersebut melihatnya.
lalu pemuda itu membalas, "kalau tuan mahu merasai apa yang ku rasa, cubalah berbuat dosa sekali. pasti tuan akan lebih kusyuk dariku".
maka pemuda itu berikan pilihan.
1) minum arak.
2) berzina
3) membunuh.
ulama' yang tidak pernah tahu hal itu kerana sentiasa dalam golongan yang terjaga dan biah solehah membuat perkiraan sendiri.
ulama tersebut berkata pada dirinya. "kalau aku berzina, bagaimana jika wanita itu mengandung. pasti berat. Kalau aku membunuh pula, pasti aku pula yang bakal dibunuh. Baik aku minum arak saja, hanya seteguk, tidak perlu banyak".

Maka pemuda tadi membawa ulama' tadi pergi ke pub. Ulama' tersebut minum seteguk arak. dia terus mabuk kerana tidak pernah minum air najis tu. dia memandang wanita cantik dan terus berzina dengannya. ada seorang anak kecil melihat perbuatannya, dia bimbang aibnya terbongkar lalu terus membunuh anak kecil itu.

Orang ramai yang melihat kes pembunuhan tersebut terus menangkap ulama tadi. akhirnya dia diikat dan dihukum bunuh. pemuda tadi datang menghampirinya sambil tersenyum. ulama' tadi minta pemuda tadi membelanya dan membuka ikatannya tersebut.
pemuda tersebut berkata, "boleh, asalkan kamu keluar dari ajaran islam".
tanpa berfikir panjang, ulama tadi setuju dan menganggukan kepala. hatinya sudah beriktikad untuk keluar islam demi mahu menyelamatkan nyawa.
tidak sampai satu minit ulama tadi membuat pengakuan. kepalanya sudah dipancung. pemuda tadi tersenyum puas kerana berjaya meramaikan pengikutnya.
sebenarnya pemuda tadi itu adalah syaitan laknatullah.

moral of the story:
Dosa itu fitrah manusia.
Allah letak kita dalam jahil dan hanyut supaya kita kenal apa itu dosa.
bila hidayah dicampakkan dalam hati, itulah saat paling indah dan sangat menyesal akan dosa lalu.
masakan dikatakan beriman jika tidak pernah diuji.
Berbanding mereka yang lebih terjaga dari dosa.

Kerana itu saya katakan kamu beruntung berada dalam kalangan mereka. kesilapan yang mereka lakukan buat kamu makin dekat dengan Allah. Bukan dalam kalangan kalian kerana hidup saya sentiasa terarah dalam biah solehah

TAPI JANGAN SAJA2 BUAT DOSA, MATI TIADA SIAPA YANG TAHU..


Wahai penulis cerita ini kepadaku. Aku doakan supaya Allah sentiasa menjagamu, jangan sesekali memalingkan mukamu dari jalanNYA. Moga dia mati dalam keredhaanMU yang amat ku dambakan.

Allahurabbi. T_T

Aku yang berdosa.


Hidupku,
Atas nikmatMU,
Atas rezekiMU,
Atas keizinanMU.

Tapi,
Pernahkah ku syukurinya?
Pernakah ku menghargainya?
Pernahkah aku membalasnya?

Aku,
Cuba untuk berubah,
Menggapai seruanMU,
Mengamal sunnah pesuruhMU.

Mutakhir,
Aku hanyut dengan musuhku,
Lemah jiwaku,
Lemah imanku..

Seringkali,
Aku cuba sembahnyang awal waktu,
Aku cuba rajin berpuasa,
Aku cuba menghayati kalamMu..

Hanyalah,
Kekal sehari dua..
Berhenti dipertengahan,
Hanya beberapa juzuk ku kilas..

Ya allah,
Ku tahu pembalasanmu,
Ku tahu azabmu,
Ku tahu kekuasaanmu..

Rayuku,
Berikanlah hidayahmu,
Berikanlah agar terbuka pintu hatiku,
Berikanlah aku kekuatan..

Ya ghafur,
Moga aku peroleh cahaya keimanan,
Moga aku merasa kemanisan iman.
Moga aku tergolong dalam org yg diredhaimu.

Bertapa berdosanya aku..
Aku yg berdosa..
-Musoddiq

Thursday, October 11, 2012

Saturday, October 6, 2012

Bajet 2013 yang tidak relevan.

Assalamualaikum,

Saya bukan pakar ekonomi, mahupun pakar kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan wang. Uruskan duit sendiri pun masih tergapai-gapai. Tapi setakat ini Alhamdulillah.


Tetapi saya disini ingin membangkitkan 2 isu dalam perihal bajet tersebut. Saya sudah membaca hampir keseluruhan 173 bajet yang dibentangkan baru-baru ini, dan saya paling tidak bersetuju dengan fasal 120 bajet 2013.


Dalam fasal 73, bidang RnD hanya diberi bajet sebanyak 600juta dan diberikan kepada 5 universiti terpilih.


Saya amat tidak menyetujui pembaziran sebanyak RM300juta tersebut. Walaupun saya baru 3 bulan dalam bidang RnD disalah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, saya tahu dan mengalami sendiri situasi kekangan wang untuk membuat penyelidikan. Iyalah, baiklah, bidang RnD perlu matang dan berkualiti. Maka pandai-pandailah berjimat bukan? Tapi RM300juta duit telefon pintar adalah sesuatu pembaziran yang hakiki. Dalam masa 2-3 tahun, dalam 1 juta belia tersebut pasti akan menukar telefon pintar tersebut dengan yang lain ataupun rosak. Tetapi dalam pelaburan dalam bidang RnD akan memberikan pulangan lebih dari 300juta dalam masa jangka panjang. Mana satu yang sesuai?

Ada banyak kelengkapan dan prasarana di dalam makmal penyelidikan yang boleh dianggap tidak menepati ISO, dan agak uzur. Banyak juga prosedur yang dilakukan secara manual dan mendedahkan penyelidik kepada ralat paralaks (iaitu kesilapan manusia) yang tinggi. Sedangkan diluar negara atau institusi swasta mereka menggunakan alat yang canggih dan dapat meminimumkan ralat dalam sesuatu eksperimen. Hasil eksperimen sudah tentu lebih tepat dan memberi impak yang besar dalam penyelidikan. RM300 juta itu boleh membantu menyelesaikan masaalah kekangan wang yang dihadapi para penyelidik. Malah boleh diperluaskan di beberapa universiti untuk menjalankan penyelidian. Sudah tentu persaingan dalam bidang penyelidikan semakin berkualiti dan banyak hasil penemuan yang memberansangkan akan di cpai. Bukankah slogan  yang sering diguna pakai "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Saya tidak nampak RM300 itu akan memberi manafaat jangka panjang kepada rakyat, mahupun manafaat dalam pencapaian.

Memang bidang penyelidikan memerlukan kos yang agak tinggi, tapi pulangannya lebih dari apa yang dilaburkan. CERN, MIT, dan beberapa lagi institusi lain membelanjakan dana yang tinggi dalam bidang penyelidikan. Tetapi hasilnya? Mereka mampu memberi pulangan lebih dari apa yang mereka laburkan. Malah memangkinkan penemuan sainsifik yang terhebat dalam abad ini. Terbaru ini, intitusi asing mampu
mengejutkan dunia sains apabila memnemui beberapa bukti yang boleh mengubah sejarah sains seperti penemuan Higgs Boson, neutrino menjelajah melebihi kelajuan cahaya, dan mereka mampu membuat eksperimen big bang yang pernah dianggap mustahil 1 ketika dahulu.

Saya harap perdebatan dewan parlimen mengenai bajet 2013 akan membangkitkan isu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...