assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu
1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!
2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.
3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber
multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^
banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..
aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.
kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...
isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..
Tak perlu letak sumber kat sini, sebab nak lindungi aib dia..Well cik akak engineer.. Ini balasan dari cikgu kepada anda.
answer to the question : life as a teacher?
1. Betul dah cikgu gaji 2K. Tambah-tambah elaun adalah dalam RM 3000. Standardnya mcm tu la. Memang layak la cikgu-cikgu ni dapat gaji sedemikian rupa. Diorang belajar nak dapat ijazah. Jgn la banding dengan operator kilang. Ni namenye perbandingan bodoh atau dalam bahasa baiknya perbandingan orang tak cerdik.
2. Secara hakikinya memang cikgu masuk keja pukul 7.30 keluar pukul 4.30 petang. Tapi! Balik karang kene menanda kertas, buku, buat RPH, buat ABM. pikir disiplin budak. Mesyuarat seminggu sekali kene masuk. Kelas tertinggal kene kejar balik. Meh sini aku nak citer lagi, lepas tuh kene buat analisis kedatangan, analisis subjek, pelajar lemah pelajar bijak. Kalau keje lain ade? Bila nak mengadap anak bini plak?
3. Cikgu nih keje around the clock. Balik rumah pon pikir lagi apa nak ajar esok. Kalo jadi operator kilang (bukan aku hina, tapi ko pilih perbandingan ni) tak de nye nak pikir bagai. Doktor pon tak de nye pikir. Ko igt time menanda buku budak malam-malam buta tu dapat OT ke? Kalo dokter, datang keje malam dapat OT. Kang cikgu dapat OT kang, lagi ko jaki pulak.
4. Cikgu ada annual leave. Sume orang pon ade. Cikgu ada 12 hari je setaun. Cuti ujung taun tu ko pikir duduk lenggang kaki ke? Mesyuarat jalan, kursus jalan. Belum lagi kene panggil dgn PPD, Jabatan Pelajaran Negeri. Cuti yang 12 hari setaun tu la, nak bawak mak abah sakit pegi klinik, amek anak sekolah asrama, tgk anak kat universiti. Kalau sume boleh plan time cuti ujung taun je senang. “Mak abah, kalau nak sakit tunggu ujung taun ok. Jah sebok”
5. Eleh, ko cerita nak maen blog jual kain bagai. Takkan maen blog pon salah. Tulis entri bukan smpai sehari. Ko pon update blog gak. Cikgu jual kain pon ko nak pertikaikan. Selagi tak ganggu dalam P&P dia dalam kelas, tak salah rasanya. Kitorang ni, nak jawab henpon dalam kelas kalau tengah mengajar pon salah. Tau dak? Kalau rumah terbakar pon, tau-tau dah hangus. Kalau online FB tengah mengajar tuh, jangankan ko, aku pon tak puas ati. Tapi rasenya kalau nak ckap cikgu, orang keje lain pon buat jugak...
6. Pasal cikgu yang bukak pusat tusyen nih, selalunye cikgu nih dah resign dari jadi cikgu. Tapi kalau buat kelas tambahan kat rumah tu ade lah. It upon syarat punye ketat. Ko tau tak? Bukan senang-senang je nak buat tusyen kat rumah tu. Lagi 1, ko pikir senang-senang ke cikgu nih nak ajar ala kadar je dalam kelas? Kalau budak-budak tak dapat skor, sia-sia kene panggil smpai ke peringkat negeri.
7. Ko pikir cikgu senang-senang nak escape sekolah. Yang kene hantar pegi hospital tu, kalau apa-apa jadi, ko nak tanggungjawab? sesetenga Mak ayah tau, “Cikgu salah! Anak saya trauma! SAMAN!!!”. Sedangkan cikgu tu lah yang selamatkan budak tu jatuh longkang ke. Jangan senang sgt nak bersangka buruk. Orang yang pandai sangat bersangka buruk nih mesti sebab dia pun selalu buat benda buruk. Tak gitu? HAHAHAH~
8. Ok la. Yuran mansuh. PIBG? SUWA? Ko pikir bende tuh nak kumpul sendiri? Lepas tuh, duit peruntukan kerajaan bagi tiap-tiap tahun tuh? Sape yang nak memikirkan? Takkan pak guard ngan tukang kebun plak? Bukan cikgu-cikgu ke? Ceh... suke cakap pakai lutut tau, geram I... rase nak cubit-cubit je perut u. #Dush!
9. Sekarang ni, tak ada dah budak-budak nak masukkan markah. Nak log in web kementerian tuh pon ada macam-macam etikanya. Nak suh budak-budak buat pe? Hanya kerana cikgu ko MINTAK TOLONG dulu yang ko berkira sampai sekarang, tak bermakna semua cikgu sama dan hanya pikir nak senang kerja. Kadang-kadang orang mintak tolong tu bersebab.
Zaman sekarang, budak-budak ‘nakal’nya dah lain macam. Setakat tgk blue tuh, darjah 2 tu standard dah. Bukan semua mak bapak mcm ni, tapi sesetengah tu, semuanya nak salahkan cikgu. Asal jerit sikit, tengking sikit, rotan sikit dah SAMAN je. Ko pikir nak didik budak 1 kelas mcm ne? Alangkan anak 3 org pon kadang-kadang mak ayah pening kepala jaga. Bayangkan sekelas nak jaga. Dapat plak yg macam ko. Sebulan mengajar dah layak pakai tittle arwah.
Jangan senang sangat nak memperlekehkan profession keguruan ni. Apa yang kau ada sekarang ni pon hasil didikan cikgu-cikgu ko. Bersyukur la pada tuhan sikit. Jgn kufur nikmat sgt. HAHAHAHAHA. Kalau nak tau senang susah keja cikgu ni, try la. Aku bg 2 minggu je.... lepas tuh ko sure chow.
Allah memang angkat orang yang menjaga dan memelihara Ilmu. Nabi pon cakap “Jadilah orang yang mengajar ilmu, belajar, pendengar ilmu dan pencinta ilmu. Janganlah jadi golongan kelima. Nescaya celakalah.” Agak-agakla... ko dari golongan 1,2,3,4 ke???????? 5?
Credit to : Saya Benci Harga Barang Naik.
Well, akak engineer, da nampak sedikit kesusahan profession perguruan? Sekarang ini pandangan aku pula untuk komen. Pandangan daripada seorang murid.
Tidak dinafikan maybe dia tujukan pada segelintir sahaja, bukan pada semua guru. Ada benar kata-kata balasan dari guru, dan ada benar tulisan bolgger tersebut. Tapi tak perlu dia pandang yg segilintir dan menganggap semua cikgu adalah sama seperti tulisannya.
Sejujurnya blogger tersebut ada menulis.
"aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru."
Ada benarnya kenyataan tersebut.
Zaman sekarang, nakal pelajar tidak seperti dulu. Kalau anda hadapai sendiri memang rasa nak sepak masuk longkang. Tapi kalau anda sepak, "see you in court je la"
Cikgu A: Honestly, aku sendiri pernah kena sepak dalam kelas sebab tidak datang ke kelas, pada mulanya ada perasaan benci dalam diriku kepada guru tersebut. Beliau juga dia juga di anggap cikgu paling tidak disukai oleh pejajar kerana dianggap sewenang-wenangnya merotan pelajar yang membuat kesalahan. Macam-macam gelaran teruk beliau dapat dan beliau mengetahuinya. Kalau saya sebagai manusia biasa pun mungin akan terlemah sedikt dengan gelaran-gelaran tersebut. Apabila meningkat usia, dialah antara heroku. Patutlah dia langsung tidak endah apa pandangan orang lain padanya, kerana dia tahu. Satu hari nanti pelajar tersebut akan sedar perbuatan dan kata-katanya. Mulianya beliau.
Cikgu B: Aku pernah jumpa cikgu yang selalu tidak datang ke kelas, dan bila membuat kelas ganti. Dia ajar sekali jalan dan terus dalam 1 hari habis 2-3 bab. Semasa dia manjaga peperiksaan (tidak ingat hanyalah ujian atau peperiksaan akhir tahun atau pertengahan tahun. Yang pasti memang ia memberi kesan yang besar dalam pemarkahan keseluruhan), semasa pelajar tersebut menjawab peperiksaan, testimoni pelajar kelas dia sendiri menyatakan ayat lebih kurang begini. "saya keluar sekejap pergi kantin, awak semua jawab exam baik-baik dan jangan meniru" dan dia meninggalkan tanpa pengawasan sepanjang peperiksaan dan hanya pulang apabila hampir habis waktu menjawab. Pada masa itu, apa lagi, yang betul-betul jujur sahaja yang tidak meniru. dialah hero para pelajar. Semua pelajar sayang dia. Tapi benarnya dialah penghancur masa depan pelajar-pelajarnya.. Iya, memang peperiksaan bukan 100%, tapi yang paling penting adalah mempersiapkan pelajar tersebut dalam kehidupan yang akan datang.
Kedua-dua tersebut adalah contoh cikgu yang pernah ada dalam memori aku. Iya, terdapat juga cikgu yang bukan cikgu wujud. Tapi ramai lagi cikgu yang betul-betul cikgu wujud.
Aku teringat guru besar aku semasa darjah 2-6 dahulu. Masa tahun 2001, beliau buat tusyen secara percuma untuk murid-murid yang bakal mengambil peperiksaan upsr tiap-tiap sabtu dan ahad. Buku-buku latihan beliau jual dengan harga murah. Boleh hutang dulu, bayar ansur-ansur. Yang laun beliau pakai duit beliau sendiri. Walaupun kedatangan pelajar agak tidak memberansagkan, beliau tetap buat tiap-tiap minggu. Rasanya calon upsr pada waktu itu rasanya lebih 100+, tapi kedatangan hanya 15+. Beliau tenang sahaja. Yang menariknya beliau mengajar smua subjek. Ckgu Pn Salmah Osman. She was a hero to me. Dalam masa beberapa bulan tusyen percuma dengan beliau. Aku dari tidak tersenarai langsung sebagai pelajar harapan ntuk dapat 3A, aku dapat 4A upsr, mengejutkan guru-guru yang pernah mengajarku. Walhal, aku ada rekod kedatangan terburuk di sekolah sebab sakit. Sewaktu keputusan keluar, beliau datang peluk mak aku. Sedangkan dalam fikiran mak aku hanyalah untuk mencium tangannya. Beliau ada kat pintu dewan setiap kali sebelum waktu peperiksaan. Seorang-demi sorang beliau lihat sewaktu hendak masuk dewan exam. Jadi memang tidak hairan beliau dapat anugerah guru cemerlang. Anak-anak dia pun ramai yang berjaya. Jika tidak silap aku, beliau duduk di london bersama dengan anaknya.
Wahai para guru dan bakal guru, kalau mmg anda sudah tanamkan diri betul-betul nak jadi cikgu A. Anda tidak perlu terngadah sangat dengan statement dia. InsyaAllah, anda akan jmpe kenyataan lagi teruk dari apa ayng dia tulus dia tulis. Terutama dari masyarakat yang sangat manjakan anak dan meletakkan pemikiran jauh ke bawah dari anaknya. Memang tidak dinafikan, memang wujud cikgu yang seperti blogger itu tulis.. Tapi dia lupa cikgu A masih ramai yang wujud. By the way, kenyatan dia itu cabaran untuk para guru sekalian buktikan yang kamu semua bukan apa seperti yang dia tulis.
Ya, aku tahu. Tugas guru adalah sukar, masalah disiplin dan perangai budak zaman sekarang adalah sangat naik hantu dan boleh resign kalau orang biasa yang tidak terlatih ambil tugas guru. Tapi, begitu juga dengan kerja-kerja yang lain ada didunia ini. Masing-masing ada kepakaran masing-masing.
Dari blog Aiman Azlan.
Guru Kita Tak (Dapat) Buat Kerja
Saya banyak bersembang dengan guru-guru, termasuk juga pensyarah-pensyarah universiti. Ajaib, masalah yang mereka hadapi hampir sama. Mungkin kerana meraka di bawah sistem yang sama. Selama ini saya lalui kehidupan saya di alam persekolahan tanpa menyedari hakikat ini. Kini setelah saya bersembang dengan mereka heart to heart, barulah saya tahu.
This is another side of the coin that we need to consider.
Pentadbiran: Okeh cikgu semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun ni.
Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam pace yang sederhana. Pelan ni memang nice.
Pentadbiran: Great! Kami ada satu pengumuman: sekarang kita ada satu acara untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir.
Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran forward skit la ye. Takpe-takpe.
Pentadbiran: Ha, bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar yang kita akan buat nanti. Suma pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati skit kepada yang hadir.
Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk keep up dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju skit gak ni.
Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada VIP yang nak melawat kita. Dia nak tengokprogress kita camna.
VIP datang.
VIP: Hmm…belum menepati standard.
VIP balik.
Pentadbiran: Selepas lawatan VIP, dia tekankan kepada kita supaya kita up kita punyaperformance. Kita ketinggalan skit dengan silibus kita. Keje umah pun tak cukup.
Cikgu: Baiklah. Kami akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyakhomework. Kami akan ajar lagi laju.
Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan anda, sekarang ni dah bulan September so harap-harap silibus kita akan dapat dihabiskan by the end of this month. Apa progress kita sekarang?
Cikgu: Umm...kami baru cover 20% silibus.
Pentadbiran: Say what?! Belum cukup bagus ni. Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi lagi.
Cikgu angguk sahaja.
Cikgu: Kalau macam tu, kami akan go turbo. Kami akan banyakkan keje umah dan kelas tambahan.
Meanwhile dalam kelas…
Cikgu: Tolong buat latihan daripada bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.
Pelajar: Cikgu, banyaknya keje! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni.
Meanwhile dalam pejabat guru…
Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keje umah ni?! Kesian anak saya.
Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan silibus. Sudah kesuntukan masa.
Ibu Bapa: Macam mana boleh tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran kot?
Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami, kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh tu.
Final exam menghampiri.
Pentadbiran: Hello cikgu semua, kita ada acara besar coming up. Suma pelajar wajib hadir ye. Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk habiskan silibus ek?
Cikgu: ...
Cikgu, saya sayangkan cikgu. Tidak perlu saya tunggu 16 Mei untuk saya ungkapkan kata-kata itu. Saya bersedih dengan kesusahan yang cikgu lalui. Saya lebih menghargai cikgu selepas mengetahui hal ini.
Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil, luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang sebenar.
I wish I saw this side of the coin sooner.
http://www.aimanazlan.com/2012/09/guru-kita-tak-dapat-buat-kerja.html